Blog Abgreds

Archive for Ogos 2010

Mereka merdeka.

Posted by: abgreds on: 31 Ogos 2010

Ini otak penjajah. Tidak begitu saja mengalah. Anak watan bangkit melawan. Penjajah pusing dengan tawaran. Beri kemerdekaan, itu yang kamu mahukan? Tapi syaratnya, beri kerakyatan pada imigran. Malaya gumbira terima berita. Merdekalah kita daulatlah negara. Otak penjajah otak keparat! Mereka (mencipta) merdeka penuh khianat! Satu tersurat seribu tersirat! Merdeka diberi seumpamanya jerat! Lahirlah Malaya bumi [...]

Kad hari raya daripada kak maiyah….terima kasih!

Posted by: abgreds on: 31 Ogos 2010

Tanah tumpah darahku.

Posted by: abgreds on: 29 Ogos 2010

  Di sini aku dilahirkan. Di sini aku dibesarkan. Di sini, tanah tumpahnya darahku. Di sini, di desa permai yang indah. Inilah rumah ayahanda dan bonda. Ketika itu, berdinding kayu beratap rumbia. Kecil, usang, penuh cerita derita. Inilah sebuah perigi. Berdinding plastik empat segi. Tempat kami membersihkan diri. Tiada bath tab, shower apatah lagi. Inilah [...]

Puasa @ Suria Bmcc

Posted by: abgreds on: 27 Ogos 2010

Nama aku Man, kawan Red. Tumpang blog dia. Aku tak ada blog. Tak pandai buat blog. Tak reti tulis blog. Aku nak citer sikit ni. Ala, citer orang marhaen macam aku. Semalam dok aku tengah lepak kat opis, boss suruh aku hantar barang. Alamak boss, dah tengahari ni. Petang sikit le. Petang? Sergah boss aku. [...]

Morfologi dan sintaksis.

Posted by: abgreds on: 25 Ogos 2010

Anda seorang blogger. Anda minat blogging. Anda tentu tahu istilah morfologi dan sintaksis. Apa? Ada yang masih belum tahu morfologi dan sintaksis? Mari kita ketahui dan belajar morfologi dan sintaksis. Morfologi dan sintaksis adalah istilah kajian tentang bahasa melayu. Morfologi adalah kajian tentang perkataan. Sintaksis pula kajian tentang ayat. Hasil kajian morfologi dan sintaksis ini, maka terbitlah [...]

Selunak hatinya…

Posted by: abgreds on: 23 Ogos 2010

Jarang kami melihat Pak Tua semuram itu. Kenapa agaknya? Kami ada berbuat salahkah? Tidak, katanya. Bahkan akulah yang berbuat salah. Aku telah keliru… Apa yang terjadi Pak Tua? Tanya salah seorang antara kami. Tadi ini aku perhati lukaku. Sudah sembuh. Ada cebis kulit yang kering. Aku gosok lalu tanggallah cebisan kulit itu. Diam Pak Tua [...]

Puasa seorang pakwe…

Posted by: abgreds on: 21 Ogos 2010

Pukul tujuh buka puasa. Makan nasi tambah-tambah. Teguk air tak kira-kira. Perut kenyang duduk termengah. Pukul lapan buka komputer. Layan internet, layan chatting. Ingat buka sekejap saja. Alih-alih sampai terbaring. Pukul sembilan masih kat situ. Mak ayah tak ambil tahu. Pukul sepuluh member telefon. Ajak keluar nak pinjam handphone. Pukul sebelas keluar rumah. Dekat dataran [...]

“Jangan diam-diam Tuman…”

Posted by: abgreds on: 19 Ogos 2010

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip. Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya. Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, [...]

Seri misteri.

Posted by: abgreds on: 17 Ogos 2010

Tidak semua perkara kita ketahui secara tepat. Bukan semua cerita diberitahu dengan terang dan nyata. Sebahagiannya tersembunyi. Sebahagiannya bersembunyi. Sebahagiannya disembunyikan. Kerana apa? Sebab ia adalah satu misteri… Kita adalah penyeri misteri. Kita ada intuisi, gerak hati, dan mimpi serta realiti. Kita bersikap suka mengambil tahu, mencari erti dan belajar ilmu. Semakin banyak yang kita [...]

Senyum pun masalah!

Posted by: abgreds on: 15 Ogos 2010

Adegan satu. Adi : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia? Ida : Siapa nama awak? Berapa umur awak? Apa nombor henset awak? Dia : Tak buat apa-apa. Dia cuma senyum aje…! Adegan dua. Ida : Siapa nama dia? Berapa umur dia? Apa nombor henset dia? Adi : Siapa nama awak? Berapa [...]


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 26,631 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.