Posted by: abgreds on: 1 Ogos 2010
Tarikh : bila – bila serba boleh
Lokasi : dalam dewan serba guna
Penceramah : tukang cakap serba tahu
Pencatat : tukang catit serba merah tahu!…..
Catatan 1 :
“Okey tuan-puan, sedara sedari, siapa kat sini kaki nombor, angkat tangan?”
“Hai, sorang pun tak de?. Baiknya sedara semua ni? Takkan saya sorang kot?”, tuan penceramah masih mengangkat tangannya.
“Wah, tak baik betul saya ni, kan?…”. Dewan masih penuh dengan dahi-dahi yang berkerut.
“Sedara semua dengar betul-betul. Siapa kat sini kaki nombor…kalau tuan semua tak mengaku, itu bohong.”
“Bangun pagi tengok nombor. Masuk kerja tengok nombor. Balik rumah pakai nombor. Kira bini ikut nombor…ha ha…ni yang ada bini lebih la, kot satu jer nak kira hape?..”
“Jadi tuan-tuan sedara sedari, kita ni kaki nombor. Hari-hari tengok nombor. Hari-hari kira nombor, kira kaki nombor lah,betul tak?”
Satu dewan mula tersengih. Tukang cakap ni lawak jugak ya, bisik sesetengahnya.
“Kalau kita ni kaki nombor, itu betul. Tak salah. Tapi kalau saya kata kita ni kaki nombor ekor, yaaa…itu baru betul kita salah”.
“Ada ke yang kaki nombor ekor kat sini, angkat tangan?”
“Sorang pun tak ada?. Wei… baiknya orang sini. Betul ke Tok, tak ada kaki nombor ekor ni?”, penceramah menjeling Tok penghulu.
Tok penghulu sengih-sengih sumbang. Beberapa hadirin terbatuk-batuk kecil.
“Iyelah tu, Tok…, saya percaya. Kalau ada pun, mana nak ngaku. Lagi mahu tanya, nak cari nahas, ha ha …”
“Okey. Kita sambung… nombor ni tuan-tuan, memang ada kepala, ada ekor. Tapi yang dok orang perambat ramai-ramai…tu ha, ekor nombor”.
“Ekor nombor ni duduknya kat belakang kepala nombor. Dari nombor 4 sampai 9, sampai 0 balik. Itulah ekor nombor”
“Tapi kaki nombor ekor ni tamak. Di jamak semua dari nombor 1 sampai 9, sampai 0. Dipusing-pusing. Lepas tu, tikam!”
“Berbomoh berpawang dia orang nak beli nombor ekor. Betul punya bangang. Kalau tok bomoh tu pandai, baik dia tikam sendiri. Boleh dia jadi jutawan . Tak payah kerja jadi bomoh lagi…”
Ha ha…dewan bergema. Tertawa sakan para hadirin mendengar celoteh tukang cakap serba tahu itu.
“Tuan-tuan, sedara sedari,… tak payah lah nak main nombor ekor ni. Memang pun dah dilarang agama. Mudaratnya pun banyak”.
“Banyak lagi cara cari rezeki yang halal dan berkat. Cuba belajar kira nombor, sekurang-kurangnya kita tahu mengira. Tak lah nanti kena tipu dengan orang…”
“Nak expert lagi, belajar dengan Dr. Azizan Othman. Kira nombor tarikh lahir. Untung-untung bakal jadi jutawan!”.
Dewan agak riuh rendah, tawa bicara sama sendiri. Dan hari semakin petang. Sessi kali ini hampir ke hujung waktu.
“Eh, saya belum sampai point dah habis masa? Saya nak cerita pasal kepala nombor. Dok cerita nombor ekor memanjang, dah habis masa. Jadi, kita tutup dulu tajuk ni, ya”.
“Insya Allah, pada sessi akan datang, saya akan highlight pada tajuk kepala nombor. Tajuk yang lebih penting dari ekor nombor ni, atau nama glamernya nombor ekor”.
“Tuan-tuan, sedara sedari, balik dulu. Rehat cukup-cukup. Ingat, jangan tikam nombor ya, berdosa”.
“Jadi kaki nombor – OK! Jadi kaki nombor ekor – KO!….haha…”
“Sekian dulu, terima kasih banyak-banyak dan assalamu’alaikum wbt…”
Hahahahaha..paling suka part.. kalau bomoh tu pandai lebih baik dia tikam sendiri.
Setuju . Kadang-kadang hairan dengan kaki nombor ekor ni. Pernah saya tanya, kalau menang duit, mahu buat apa ?
Jawabnya..oh tak apa. Saya tahu ini duit tak berkat, jangan buat makan. Saya tak beri anak bini makan dengan hasil nombor ekor. Saya buat repair kereta ke, repair motor dan apa-apa yang tak berkaitan dengan makan. Nanti jadi darah daging .susah.
Saya terkedu. Dangkalnya pemikiran insan ini. Buat repair kereta tapi kereta itu juga adalah medium untuk dia keluar mencari rezeki. Jadi apa bezanya ?
eh~
igt smbg pasal kepala eko teros…
bsmbung lak
jeles tul dgn motivator/penceramah punya style masa bercakap. kreatif utk tarik perhatian orang =)
6 Mac 2011 pada 10:04 pm
yes..betul tu..klu betul bomoh tu bijak pandai, p la tikam sume..msti dh kaya raya, goyang kaki ja..xyah wt keje tilik menilik lg dh..