Blog Abgreds

Morfologi dan sintaksis.

Posted on: 25 Ogos 2010

Anda seorang blogger. Anda minat blogging. Anda tentu tahu istilah morfologi dan sintaksis. Apa? Ada yang masih belum tahu morfologi dan sintaksis?

Mari kita ketahui dan belajar morfologi dan sintaksis. Morfologi dan sintaksis adalah istilah kajian tentang bahasa melayu.

Morfologi adalah kajian tentang perkataan. Sintaksis pula kajian tentang ayat. Hasil kajian morfologi dan sintaksis ini, maka terbitlah ilmu laras bahasa.

Ada banyak laras bahasa. Ada bahasa iklan, bahasa politik, bahasa sastera, bahasa perundangan, bahasa dakwah, dan lain-lain lagi.

Dunia blog juga ada pelbagai laras bahasa, menurut gaya empunya blog. Blog iklan guna bahasa iklan. Blog politik guna bahasa politik. Dan seterusnya.

Jadi, inilah yang anda semua praktikkan. Anda berblogging. Anda menulis dan membaca, samada karya anda sendiri, mahupun hasil tangan orang lain.

Ketika anda membaca dan cuba memahami maksud, anda sebenarnya sedang meneliti perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang digunakan.

Anda akhirnya dapat mengenalpasti laras bahasa karya tersebut. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Bergantung tahap mana ia tahu tentang morfologi dan sintaksis ini, serta kefahaman apa yang dibacanya.

Keputusan tersebut juga akan mengaitkan tulisan dengan penulisnya. Semakin anda  mahir tentang morfologi dan sintaksis, semakin tepat kaitannya.  

Seperti ciri identiti anda yang lain, tulisan dan karya anda juga boleh ditelaah dan dikaji. Karya anda ada pasti ada identiti tersendiri yang mewakili sebahagian peribadi diri anda.  

Sebab itu ada orang boleh membayangkan peribadi orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Sebab itu juga ada orang boleh membayangkan peribadi dirinya kepada orang lain melalui gaya tulisan dan hasil karyanya.

Anda seorang blogger? Jadi anda tahu tulisan anda sedang dimorfologi dan disintaksis.  Jangan marah kalau orang tahu siapa anda.

Baiklah, itu saja untuk perkongsian ilmu kali ini. Mungkin ada yang sedang memorfologi dan mensintaksis tulisan abgreds ini…

Semoga anda berjaya ..  🙂

p/s : kalau kata terbitan morfologi dan sintaksis itu salah, sila beritahu. abgreds pun bukan pandai bahasa.

7 Respons to "Morfologi dan sintaksis."

reds, blog kawe tu apa laras bahasanya? macam rojak aje 😀 Ko kaji ler morfologi dan sintaksis nya. Bagitahu jwpnya skali…:D

malware detected..
please removed logo Geng Blogger. 😀

tau juga masalah tu. tapi tak tau camne nak settel. kalau removed logo boleh settel, abgreds ikut je. tolong tengok kalau ada lagi… t/kasih bagitau.

adakah kamu kenal saya siapa??huhuhu~ =p

1st time tau psl dua perkataan ni =)

kenal yana. ala budak comel yg pakai tudung tu..ngee.. terima kasih bagi komen yana.

bukan ke morfologi? setahu sy bidang mengkaji kata ialah morfologi..sorry if i’m wrong..tp itu la yg sy bljar utk satu sem..hehe

btw, betol la 2..bhsa/ gaya penulisan mencerminkan peribadi seseorg 😉

maaf…salah eja pulak. terima kasih sue. untuk pengetahuan semua, tadi abgreds eja morfologi sebagai marfologi. nasib ada yang perasan. sue sekarang jadi pakar bahasa kot.. apapun terima kasih sekali lagi.

Tinggalkan Jawapan kepada abgreds Batal balasan

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,624 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my