Posted by: abgreds on: 3 September 2010
Sekali sekala, kita luahkan perasaan hati kita. Sekali sekala, kita pula mendengar luahan hati orang di sekeliling kita…
Yang ini ayah : Saya cakap, dia tidak mahu mendengar. Langsir dulu pun tidak dipakai, sudah beli langsir baru. Sekali sekala katanya.
Yang ini emak : Dia kata sudah berubah. Hendak terawih setiap malam. Tapi tengok asyik bersandar saja depan televisyen. Sekali sekala katanya.
Sana anak teruna : Adik saya itu pantang ada fesyen baru. Semua dia mahu cuba. Tapi dia tidak akan mengaku. Sekali sekala katanya.
Sini anak dara : Abang saya selalu balik bila rumah sudah gelap. Masuk rumah macam pencuri. Ingat kita tidak tahu. Sekali sekala katanya.
Kita selalu ingat sekali sekala kita itu menjadi sekali sekala itu sahaja. Tiba-tiba kita diberitahu sekali sekala itu sudah menjadi banyak kali dan banyak colour.
Tapi anehnya, kita tidak mahu mengaku bahawa sekali sekala kita itu sudah banyak. Oleh sebab itu, jadilah kita selalu sekali sekala.
Sekali sekala, marilah kita muhasabah diri, ya. Sekali sekala, orang lain nampak apa yang ada pada diri kita – yang kita tidak nampak. Sekali sekala terimalah teguran daripadanya.
Jika teguran yang sekali sekala itu kita boleh terima, Insya Allah, hati kita akan lembut dan mudah menerima teguran orang.
Apabila teguran itu memberi kesan baik kepada kita, itu tandanya kita telah belajar dan memahami erti tegur menegur.
Lalu, sekali sekala, kita pula cuba menegur teman-teman kita. Sekali sekala tahu! Kalau selalu menegur, itu cari nahas namanya!
Awak yang baca : Kata boring tengok laman ni. Tak best. Tak brutal. Habis, kenapa datang lagi? Er.. er… sekali sekala abgreds..tak boleh ke?
Saya yang tulis : Hah, sekali sekala? Kalau sekali sekala awak jadi selalu, hah macamana? Siapa nak jawab?
hehehhe sekali sekala datang sini berkongsi ilmu tak apa kan???
3 September 2010 pada 6:02 pm
kalau dah camtu namanya selalu :p
4 September 2010 pada 8:08 am
tapi ada orang tak nak cakap ‘selalu’, pada dia ‘sekali sekala’, tu yg jadi masalah.