Posted by: abgreds on: 24 Oktober 2010
Berapakah usia yang sesuai untuk memperkenalkan IT kepada si kecil?
Pertanyaan ini tercetus apabila aku terlihat sekumpulan budak sekolah rendah baru ni. Masing-masing memegang henpon sorang satu.
Bila aku risik-risik, peh..! kalah henpon aku. Dia orang punya ada kamera, ada tv, ada online game, ada internet.. macam-macam ada!
Lepas tu, aku terbaca juga cerita perihal anak-anak, adik-adik atau budak- budak sekolah rendah yang dah pandai berinternet.
Yang lebih hebat, ada juga yang diceritakan itu masih belum bersekolah. Kiranya umur kanak-kanak lagi. Pun dah berjinak-jinak main game.
Agaknya apa motif keluarga dia orang buat macam tu? Mengenalkan subjek internet dalam usia yang begitu muda? Kenapa ya?
Kalau pun memang ada duit, boleh belikan anak-anak henpon yang canggih-manggih, takkan tak boleh tunggu besar kot?
Tak pun belikan dulu henpon yang ‘cap ayam’ punya dulu. Bila anak tu dah besar, dah sekolah menengah, baru beli yang sofistikated tuh, tak boleh ke?
Budak-budak kecik (belum sekolah) tu tak payahlah dihadapkan kat depan komputer dulu. Tak payahlah dibukakan internet kat dia orang.
Entahlah. Aku cuma buat ‘demo’ perasaan aku je. Buruk baik pun, anak-anak korang jugak. Aku ni bukan siapa-siapa.
Okeylah, sapa-sapa yang pandai pasal psiko budak-budak berkaitan internet ni mungkin boleh kongsi panduan kat sini. Aku nak tau jugak.
rumah aku skrng ada internet.
bnyk gak belajar benda baru
dari internet.
anak saya mula guna internet sejak umur 3 tahun (cbeebies.co.uk), sekarang dah 8 tahun, celik IT dan boleh tahan result di sekolah. Pada saya tiada masalah pengunaan internet jika betul jalannya.
bagi aku, tak salah ajar anak-anak guna internet dari kecik…tapi yang penting, kena pantau betul2, kearah mana penggunaan diorang, dan hadkan masa untuk mereka.
entahlah, tengok anak sedara nak ajak keluar gi jalan-jalan kat tasik pun taknak. Asyik dengan komputer dan internet. Susah gak kalau tak control. Kalau orang dewasa boleh addicted, budak2 apatah lagi.
Assalaamu`alaikum abgreds..
ini mungkin salah satu contoh yang dapat kita ambil melalui dasar pandang ke timur. Positifnya pendedahan teknologi sedari awal boleh meningkatkan pengetahuan anak-anak kita kepada bidang teknologi tinggi dan memupuk minat mereka agar lebih kreatif. Tapi saya rasa kesan negatif akibat pendedahan awal gajet ini jauh lebih banyak berbanding positif. Masing-masing boleh fikirkan sendiri. Apa pun ia bergantung kepada pengawasan ibu-bapa sebenarnya. Kalau niat penggunaan itu baik, maka baiklah hasilnya.
boleh kalu nak dedah anak pada internet tapi kita sebagai ibubapa kena pantau dan bagitau apa yg boeh dan tak boleh.
Saya rasa boleh saja anak-anak dikenalkan dengan internet, agar tidak ketinggalan teknologi yang makin berkembang sekarang ini.
tapi tetap perlu adanya pengawasan orang tua, jangan dibiarkan mengakses internet sendiri, tetap didampingi dan diberikan pengertian tentang baik buruknya berinternet..
salam sahabat dari Jakarta, Indonesia..
waktu paling sesuai masa Tingkatan 1..pernah aku pergi ke cyber cafe,penuh dengan budak2..ada yg buka FB,main game online..kecik2 lagi dah hanyut dengan dunia maya
9 Disember 2011 pada 6:37 pm
click http://www.1mystar.my