Posted by: abgreds on: 19 Disember 2010
Dah hampir enam tahun aku buat benda yang sama setiap bulan – bayar ansuran kereta. Empat tahun terakhir aku bayar guna cek.
Tak pernah lat. Bayar lebih dari amaun sepatutnya. Tak la lebih mana. Genapkan saja. Sekarang ada terlebih bayar sebulan lebih.
Sekali peristiwa, aku terlupa nak catit tarikh pada cek aku. Langsung aku tak perasan. Macamana boleh tak perasan? Terberanganlah aku ni…
Member kat bank penerima telefon. Dia kawan baik aku. Luar bank pun kamcing. Dulu kalau bayar tunai selalu tuju kat dia minta buatkan.
Dia cakaplah, “Red, cek ko tak ada tarikh ni. Mana boleh bank in”. “Iya ke? Eh, Mat, ko tulis je lah tarikh dia. Aku lupalah” jawab aku.
“Gila ko!” Tiba-tiba terkena ‘gila’ aku. “Mana boleh”, sambung Amat lagi. “Eh duit aku cukuplah. Ko bukan tak tau”, balas aku.
“Bukan soal ada duit ke tak ada duit. Memang pantang bank macam tu”, terang Amat lagi. “La, gitu ke? Mana aku tau” akhirnya aku surrender.
Dalam kes macam ni, kawan baik ke, track record baik ke, semua belakang kira. Jangan sentuh apa-apa kat cek tu, cerita Amat lagi.
Amat suruh aku pergi bank ambil surat pengembalian. Perh.., surat tu siap dengan gambar cek aku depan belakang. Pen merah tanda kat tempat tarikh yang kosong. Aku kena tandatangan penerimaan surat.
Kata Amat, nama aku dah masuk senarai cek tendang kali pertama. Kalau masuk tiga kali, akaun aku kena gantung. Hoho..dah kena amaran nampaknya.
Aku akui silap tertinggal tarikh. Tapi tak tau sampai macam tu bank punya prosedur. Ertinya institusi perbankan ni memang mengutamakan prinsip serta tegas dalam kawalseliaannya. Itu memang baik.
Lagi satu pantang bank, kata Amat, jangan sampai akaun tak balance.
Kalau tak seimbang biar satu sen pun, kena cari sampai dapat kat mana silapnya.
Kalau akaun yang silap tu antara duit rekod dengan duit fizikal, hah, ko carilah satu sen tu sampai dapat. Jangan memandai top up sendiri.
Karang ko top up, sekali satu sen yang hilang tu ada orang jumpa, hah, dah jadi dua sen. Tak balance lagi.
Dah jadi kerja lain pulak nak cari dari mana datangnya satu sen yang lebih ni. Sekali dia orang dapat detech ada orang top up sendiri.
Siapa tu? Engko nak ngaku? Kalau tak ngaku, satu office kira salah, ko nak macam tu? Kalau ngaku…jawapnya…hehe..aku pun tak tau…
Aku bukan kerja kat bank. Korang tanyalah kawan-kawan korang yang kerja bank tu. Aku cerita kisah aku saja.
Ada kerja adalah masalah. Ada masalah adalah kerja!
jemputlah baca entri baru,
Tips-tips untuk Kawal Perkembangan Naluri Seksual anak di shirashafrida.blogspot.com
kalau terkurang byr (w/pun 1 sen) mmg dia org alert benar tapi kalau kita terlebih byr dan nak pulangkan semula bakinya, lama benar… kenapa tu ya?
err..baru tau strict jugak eh? heh, kene hati2 la pasni abgreds..
thanks abgreds komen ritu..betul cakap abgreds..sedangkan nabi maafkn umat, sapelah kite ni taknak maafkan org lain kan?
huhu. bahaya cek tendang ni, nanti ada rekod buruk ngn bank kan.
*mujur mak dulu kerja ngn bank, senang lah sikit ayah nak tanya apa2 berkaitan bank
Takpe Baru amaran pertama..
Pastikan tiada ke-2 dan yg ke-3
alamat payah nak diterima.
saya pernak cek kena tendang sebab bos lupa letak perkataan sahaja. gilo apa.. bank pun satu hehe
kaya dep kalau mcm tue..
Salam
Ya, saya faham situasi ni. Teringat zaman bekerja sebagai cashier. Nak tutup akaun kena seimbang. Bila terkurang dan terlebih, kena marah. Bukan jadi tambah kerja tapi tambah masalah lebih selirat.
=)
Hati-hati bermain dengan perihal wang.
tak balance? hehe..tingat zaman belajar dulu masa nak amik SPM..kemain kecoh bila buat akaun tak balance 1 sen..rasa macam grrrrrrrrr gerammmm! Tapi betul, memang ada perasaan nak tampung guna duit belanja sekolah sendiri time tu.haha..
Jap…tertinggal satu..kui kui kui….ada orang femes datang nampak????Tahniahhh…..eemmm…bila nak join deklamasi sajak kat Istana Budaya?….jangan lupa jemput tau…ai nak tiket free….
ASSALAMUALAIKUM……WAACHAAAA……..!!!!!!!hai abgreds….windu ai….Nggeee…i’m back…..wah…femes ai jadi Nurin Inn…pandai ai buat laporan….
En. ardzham..memang susah jadi orang kerja bank ni…sebelum jadi cikgi,ai pernah kerja kat bank..memang semedannngggnyeerr balik lambat sebab nak mengira cukup ke tidak duit 1 sen ni…jaga bank lagi laaaa balik lambat….
Abgreds…tolong doa ai…esok dan lusa dua paper lagi wehhh….
Huhuhu macam tu pulak ceritanya ye, ingatkan kurang 1 sen boleh seluk poket tambah jer. Bukan bernilai sangat pun 1 sen tu. Rupa-rupanya tak boleh pulak. Susah jugak orang kerja bank ni yek.
Pernah dulu saya dah tutup akaun kad kredit, datang lagi statement kena bayar 4 sen, nasib baik saya bayar kalau tak bayar mungkin lepas 10 tahun entah berapa faedahnya dikira.
21 Disember 2010 pada 2:19 am
nasib baik dah tak keje jaga bank punya sistem.. teringat dulu masa buat internet banking ada bug sikit menggelabah tak tido 2 hari nak cari rootcause
22 Disember 2010 pada 7:34 am
Wa.. ko ni genius komputer rupanya…kasi jempol untuk ko, che Arm.
Ada juga dengar citer macam ko ni. Kawan Abgreds tu jaga sistem komputer kat kilang ST (kilang beso nih), gaji beso keje sikit. Tapi siaplah kalau komputer kilang tu virus ke bugs ke..memang kene settel sampai tak tido..