Kahwin tanpa restu.
Posted on: 25 Disember 2010
- Dalam: aksara umum
- 51 Komen
Saya cuba menjawap kemusykilan daripada sahabat maya LadyBird.
“Apa pendapat Abg Reds jika perkahwinan tanpa restu ibu si lelaki..
sedangkan perempuan dan lelaki tu dah berjanji untuk berkahwin?”
Sedikit umum soalan ini. Apakah maksudnya : yang mana lebih utama – janji berkahwin dengan bakal isteri, atau taat atas ibu sendiri..?
Kita juga tak tau kenapa ibunya tidak merestuinya? Apakah ibunya sudah diperkenalkan kepada bakal menantunya itu?
Adakah ibunya tahu pemuda itu sudah berjanji untuk berkahwin dengan calon menantu tersebut? Apakah alasan ibunya itu berlandaskan syarak?
Ini ulasan saya :
1. Pemuda itu ada pertalian darah dengan ibunya hingga ke akhir hayat. Adalah menjadi tanggungjawap dia untuk memberi keutamaan kepada ibunya berbanding yang lain-lain termasuk janji kahwinnya itu.
2. Pemuda tersebut sepatutnya berbicara terlebih dahulu dengan ibunya perihal bakal isterinya. Mungkin ibunya ada nasihat atau pandangan yang mahu diberitahu kepada pemuda itu.
3. Pemuda itu tidak sepatutnya berjanji jika diketahui olehnya masih ada perkara yang belum beres urusannya. Ini untuk mempastikan dia tidak terbeban atau terikat kata kepada sesiapa.
4. Jika alasan ibunya tidak memberi restu berdasarkan syariat, maka ibunya di landasan yang benar dan pemuda itu harus akur serta mencari jalan agar calon isterinya berubah ikut saranan ibunya berlandaskan ilmu agama.
5. Jika alasan ibunya berdasarkan akal fikiran sendiri seumpamanya, kerana harta dan pangkat, atau kerana janji keluarga dan sebagainya, maka pendapat itu tidak hak dan boleh dipertikai atau dibincangkan semula.
6. Untuk perkara (5) di atas, pemuda itu boleh berbincang menasihati sendiri ibunya sekiranya dia mampu dan berilmu. Jika tidak, dia perlu mencari orang yang boleh memberikan nasihat kepadanya ibunya.
7. Ibu dan anak boleh sama-sama berusaha memberi atau menerima yang terbaik masing-masing termasuk soal jodoh. Masing-masing perlu berdoa, solat sunat istikharah, sunat hajat dan lain-lain memohon petunjuk.
8. Bagi pihak ibu/bapa, mintalah petunjuk bagi pihak mereka untuk jodoh anak mereka…sama ada beri restu atau sebaliknya. Pemuda pula minta hidayah bagi pihak dirinya pula sama ada gadis itu adalah jodohnya atau bukan.
9. Kesemua itu menuntut kembalinya pemuda dan ibunya kepada Allah SWT. Insya Allah, dengan keihklasan mereka beribadah, berdoa dan bermunajat, akan terpancarlah sinar cahaya kebenaran.
10. Untuk pengetahuan, perkahwinan tanpa restu ibu bapa adalah sah tapi tanpa redha Allah kerana redha Allah itu datang bersama-sama redha atau restu ibu bapa.
11. Jika diamati, kes kahwin tanpa restu banyak berlaku di kalangan mereka yang kurang ilmu serta didikan agama. Kalau hidup menjauh dari agama, tinggal sembahyang tinggal puasa, macam mana nak dapat petunjuk?
Itulah ulasan saya yang nampak sebijik karangan SPM..
.
51 Respons to "Kahwin tanpa restu."
salam .. saya sedang mengalami masalah begini..banyak komen kalian membuatkan saya ingin melontarkan pendapat..
saya adalah seorang yang berbangsa Sharifah .. dan bakal suami adalah orang kebanyakkan . bagi saya, tiada istilah bangsa disini.yg menjd permasalahan sekarang ialah, ibu bakal suami saya tidak merestui hubungan kami atas sebab kami sendiri kurang jelas. saya sudah berjumpa ibunya untuk kali yg ke2 dan telah memujuk dgn berbagai cara. saya dilayan semacam sampah apabila menjejakkan kaki ke rumah beliau.huluran salam saya tidak bersambut dan dia siap maki saya dengan kata2 kesat . dan saya seorg hamba ALLAH yg tidak kuat iman dan kesabaran.hati saya amat tersentuh dgn kata2 beliau.salahkan saya jika saya teruskan niat utk berkahwin ini?bakal suami tetap memilih untuk hidup bersama saya kerana hubungan cinta kami telah terjalin semenjak 12 tahun yg lepas . berdosakah dia membelakangkan ibunya? kami sama2 mempunyai ilmu agama yg kukuh didada..TAPI, kenapa ibunya bertindak demikian? saya dan dia telah mengerjakan sembyg istikarah, meminta di tunjukkan kebenaran. yg dtg tetap muka bakal suami dan saya tetap muncul dlm kehidupan dia..soalan saya..
a)salahkah saya dan dia meneruskan hubungan ini dan teruskan perkahwinan ini tanpa restu ibunya ??
b) berdosa bagi seseorg meruntuhkan dan menghalang niat seseorg untuk mendirikan masjid .
c) kami ingin membina masjid, salahkah? mana lebih baik ? dirikan masjid tanpa restu atau hidup bergelumang maksiat ??
saya sudah tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan isi hati saya. berat beban yg kami tanggung..cuba kalian letakkan diri kalian d tempat kami..mungkin kalian akan merasa sedikit perasaan kami.
keluarga saya tidak membantah malah menyokong keputusan kami utk berkahwin tetapi meminta kami berfikir panjang .. kami sudah berfikir sedlm dlmnya dan tetap jwpn utk meneruskan yg muncul. maafkan kami..
terbaik…
cukup baik utk mana2 pasangan yg ada masalah, rujuk tip2 yg broreds kita tulis ala2 karangan tuh…walau pnjg sikit, tp byk isi yg perlu pasangan sama2 baca dan fahami…
ingatlah, akad nikah tu mmg senang, tp intipati dalam akad itu yg berat nanti andai kita tak pegang pada amanahNYA…
askum wbt.. sy nk tanye n nak mintak pendapat.. sy nie dr keluarga yg dr kalangan korporat.. khidupan sy mewah dan sempurne.. sy ade seorang kekasih tetapi hanya mempunyai SPM saja.. sedangkan sy ade DIPLOMA.. sy serius dlm hubgn sy dn si sia. hubungan sy dan si dia sudah di ketahui oleh ibu saya.. ibu sy xmrh sy bercinte dgn si dia.. tapi dlm masa yg sama.. ibu sy seakan tidak mahu saya berkahwin dgn si dia.. ibu sy sering kata kepada sy ” carik la orang yg kaya.. yang boleh menjamin masa depan ko.. carik yg berpelajarn “.. kata-kata tu terbawak2 di fikiran saya.. saya rasa serba salah sangat.. saya sygkan ibu dan sy sygkan dia sgt2.. salah ke sy mencintai seseorg yg hanya pelajaran nya tahap spm..? sy xnk kecewakan ibu dan sy xnak kecewakan si dia.. sy xtahu ape saya perlu buat.. sy buntu.. tlg la bantu sy..
restu ibubapa menjamin kebhagiaan rumahtangga
yang penting mesti ada berkat dari kedua22 pihak..barulah rumah tangga akan bahagia.. =)
wah abg reds boleh buat ruangan pakar rujukan nie..bgusla membantu orang yang memerlukan jawapan dan merungkaikan semua masalah yg ada..
salam…ni org muo dtg ziarah kembali…
Rasanya kluarga lbh pnting dr segala2nya..ikatan boleh trputus dlm sekelip mata shj sdgkn hubungan darah kekal sepjg hayat….
SaLAM aZHAN, BİLA DPT RESTU İBBAPA BARU RASA AMAN DAMAİ HİDUP BERUMAHTANGGA.
salam..
kasihnya ibu bawa ke syurga..
ibu mana yang mahukan anak2 nya
menderita..ibu mana yang mahukan
anaknya susah..9 bulan dalam kandungan
di belai ,di tatang penuh cermat..
jadi kerana seorang wanita sanggup
menderhaka pada ibu..baik jauhkanlah
setitik air mata ibu,sudah tergelincir
laluan ke syurga..(wallahualam) pada
saya..restu ibu adalah perlu..biar sejauh
mana ranjau yang perlu di hadapi..restu ibu
membawa kebahagian hakiki…
sebagai anak dia memang kena utamakan ibu bapa dia. sekiranya mereka tak setuju kena slow talk sebab apa tak setuju. bila dah dapat reason dia kena redha, sebab apa yang ibu bapa buat untuk kebahagiaan anak dia jugak.
..^_^..
jadi panduan kepada semua yang belum nikah dan ibu bapa yang bakal menerima menantu.
pelajaran penting nih, restu orang tua terutama restu ibu adalah kebahagiaan bagi pasangan yg hendak menikah
terimakasih kunjungannya sahabat, salam kenal ![]()
salam dari manado,sulawesi Indonesia
wiwing
Salam
Karangan SPM yang bernas. Isinya cukup dan pandangan Abgreds dijelaskan sebaiknya. Penulisan ini cukup bermanfaat sebagai panduan.
Salam abgreds.
setuju dgn jawapan abgreds.
Restu ibubapa mmg amat penting dlm kehidupan berubahtangga. Tanpa restu mereka, hidup kita pasti ada yg tak kena. Mmg boleh kalau nak kahwin tanpa restu tp kesudahannya mereka la yg tanggung sendiri kalau terjadi perkara buruk di kemudian hari. Masa nak kawin, buang keluarga, bila dah susah, terpaksalah jilat semula ludahan sendiri…
risau la aku kahwin
tak dapat restu.
owh.mcm kisah my brotherlah..(sampai sekarang xkahwin lg)..huhu
susah juga nak cari jodoh ye..kadang kala yang dah berjanji dan mendapat persetujuan ibu sekalipun, xjadi-jadi juga kahwin dengan sebab yang pelbagai.Inilah dinamakan jodoh.
kalau ada jodoh xkan kemana.kalau ada jodoh xkan ibu melawan.kalau ada jodoh xkan diri menghadapi masalah.
buat ladybird, serahkan segalanya kepada Tuhan.Hanya Dia Maha Segala.=)
Perkahwinan tanpa restu sudah menjadi lumrah skrg.Taat kepada ibu bapa adalah kewajipan tetapi Islam tidak rigid dengan hukum.Faktor keadaan perlu diambil kira dan selalu disebutkan dengan ‘darurat’.Bagi pendapat saya yang cetek agama..(betulkan saya jika saya salah)masih ada ruang untuk berkahwin tanpa restu orang tua.Kita lihat saja rujukan kes mahkamah syariah dalam kes Raisuddin Hamzah(artis-contoh shj) yg bernikah tanpa mnggunakan bapa sebagai wali.Adakah wali hakim sah digunakan jika bapa kandung masih hidup.Dan kenapakah wali hakim dibenarkan dalam Islam..?tentu Allahsw.t Maha Mengetahui dan manusia melalui akal fikiran perlu melihat kewajaran adanya wali hakim dan sudah ramai yg bernikah menggunakan wali hakim kerana masalah mndapatkan restu orang tua dan mereka ini sekarang sudah beranak pinak hingga beberapa keturunanan.Wajarkah kita mengatakan perkahwinan mereka tidak sah..?Panjang pulak aku ceramah…nanti sambung lagi..tunggu respon….
owh,,jadi menyokong la yea kahwin tanpa restu?
In my opinion, ibu bapa itu asas yang paling penting.Mereka sudah tahu asam garam dalam kehidupan.Mereka telah hidup lama.
So better, dengar kata ibu bapa. Selalunya, arahan dan saranan ibu dan bapa tidak sesekali melanggar syariat Islam mahupun tabii keluarga itu sendiri kerana anaknya itu juga lahir daripada didikannya sendiri.Perkahwinan mereka tanpa restu itu sudah tentu sah tetapi kita lihat juga penerimaan hati orang tua.
Lihat juga konsep janji dalam Islam.Ada syarat dan rukunnya apabila berjanji.Sempurnanya ‘ihsanuddin’ dalam tubuh seorang manusia adalah diawalkan dengan syrat dan rukun.Kalau tidak menepati syarat dan rukun, maka janji itu bukanlah janji.=)
Tuhan itu Maha Penentu Jalan.Dipermudahkan urusan dalam setiap hal.InshaAllah=)
erma,boleh kawin tanpa restu/guna wali hakim kalo alasan ibubapa utk tak membenarkan anak berkahwin itu tiada kaitan dgn syarak. dalam kes Azizah bt Mat v. Mat b. Salleh. bapa perempuan tersebut tak bersetuju anak perempuannya berkahwin dengan lelaki tu sbb lelaki tu ada kerja. Isu kerja dan tak kerja kat sini bukanlah isu syarie. Mahkamah membenarkan Azizah tersebut utk menggunakan wali raja/hakim utk berkahwin dgn lelaki tersebut..
Kalau mak ayah tak bersetuju perkahwinan anak dsbbkan isu syarie contohnya lelaki adalah penagih dadah dan memudaratkan. ambil wali raja/hakim kat sini terpakai..contoh di dalam kes Haji Mohamed v Bahrunnasran dan Mazliani binti Mohamed.
Wallahua’lam. Dalam mazhab Hanafi, seorang perempuan tak perlu persetujuan wali untuk bernikah kerana wali bukan rukun perkahwinan dlm mazhab Hanafi. Wallahua’lam…
tersalah sikit. dalam kes AZIZAH tu, LELAKI TERSEBUT TAK ADA PEKERJAAN.huhu
terdapat kesalahan lagi***kalau lelaki penagih dadah dan memudaratkan,wali raja/hakim kat sini adalah TAK TERPAKAI.
segala kesulitan amatlah dikesali.resah menunggu result sbnrnya nih.uhuhuhu
Saudari adele..
Kes wali ini timbul bila perkahwinan takmendapat restu.Apa yang sy cuba utarakan ialah kesan bila tetap meneruskan perkahwinan.Soal sah atau tidak bergantung kepada kes.
Masih banyak kesan lain tetapi ruang ini terlalu terhad.
Jangan salah faham seolah2 saya merestui perkahwinan tanpa restu.Apa yg cuba saya ketengahkan ialah kesan perkahwinan bukan menggalakkan..saya masih waras dan tidak emosi.Berbalik kepada pokok entry..ianya berkaitan dilema dan konflik.Pengadu cuma ada dua 3 pihan objektive :-
1- Menurut kemahuan ibubapa dalam menentukan jodoh.
2-Tidak menurut kemahuan ibubapa dan meneruskan hasrat berkahwin dengan jejaka pilihan.
3- Tidak akan berkahwin bagi menjaga hati ibu bapa @ kekasihnya.
Keutamaan harus diberikan kepada kesan mudarat yang paling minimum.
em, kawen tanpe restu? aish, dila kecik lagi la nak pikir bende2 nih. tapi bg dila, tak elok kot.
Salam abgreds,
Perbincangan dan pendapat tuan rumah yang sangat menarik untuk perkongsian bersama.
omu pun xberapa suka bila tanpa restu ni…tak bahagia perkhawinan…sebab tu kalau nak jumpa jodoh…sembahyang dulu istikharah…mana tau kita buang masa bercinta lama2…
terbaiklah jwpn bro abgreds! rmai pasangan yang berjanji nak kawin tapi sebenarnya janji diorang tu tak kena pada tempatnya. btul ckp bro, antara janji lelaki dan restu ibu yang mna lebih utama? mestilah ibu! ibu takkan menolak lelaki tersebut tanpa sebab yang kukuh. ibu terlebih dahulu makan asam garam, kita hidup setahun jagung baru, kenal lelaki tu baru brpa bulan..sanggup ke nak lukakan hati ibu….huhuhu
Eemm macam kaunselor rumahtangga la plak ni…bagi saya kalau berkahwin tanpa restu ibu…tak payah lah diteruskan…buatnye mak mentua tu nanti jadi mak mentua Kassim Selamat….buta pulakkk….



29 Disember 2012 pada 9:15 am
Jika seorang laki” ingin rujuk dgn istri’y sedangkn orng tua’y tidak restui apa humum’y jika seorang laki” itu tetap rujuk tanpa restu dri orang tua’y ??? Mohon penjelasan