Blog Abgreds

Kertas kerja tentang ‘kertas kerja’.

Posted on: 18 Januari 2011

Ini ada satu kerja untuk anda. Kerja anda ialah memahami satu kertas kerja. Kertas kerja itu adalah tentang ‘kertas kerja’. Harap anda sudah bersedia.

Ini suatu kertas kerja. Kertas kerja ini adalah tentang ‘kertas kerja’. Apakah itu kertas kerja? Kertas kerja bererti kerja yang dilaksanakan di atas kertas.

Ia satu perancangan. Satu rangka kerja. Satu kerja permulaan untuk satu kerja sebenar yang akan dimulakan serta dihabiskan satu masa kelak.

Katakan ada kerja sebenar yang mencapai 100 tingkat bangunan. Atau 100 hektar keluasan. Atau 100 orang tenaga pekerja. Atau 100 minggu pembuatan.

sumber : google

Maka semuanya itu diringkaskan dalam satu kertas kerja seringkas yang mungkin. Setebal 10 mukasurat. Atau 10 keping slide. Atau 10 kali mesyuarat. Dan sebagainya.

Siapakah pekerja yang kerjanya membuat kertas kerja? Apakah dia juga memerlukan satu ‘kertas kerja’ untuk membuat satu kertas kerja?

Sudah tentu dia ada kertas kerjanya sendiri sebelum membuat sesuatu kertas kerja yang lain. Kertas kerja tersebut ada di dalam kotak fikirannya.

Dengan kata lain, sudah tentu dia ada ilmu dan pengetahuan membuat kertas kerja sebelum bekerja sebagai penulis kertas kerja.

Kertas kerja asalnya bukan dari kertas, tapi dari minda pekerja tersebut. Dinamakan kertas kerja bila kerja itu dipindahkan dari otak ke kertas.

Anda lihatlah, pekerja itu telah mengerjakan suatu kerja yang begitu besar, begitu gah, dan hebat hanya dalam satu kertas kerja.

Sebenarnya, setiap satu kerja mesti ada kertas kerja. Kalau kerjanya senang, senanglah kertas kerjanya. Kalau kerjanya susah, kertas kerjanya pun ikut susah.

Perlu diingat, kertas kerja yang baik belum tentu menghasilkan kerja yang baik. Ini kerana kerja yang baik dihasilkan oleh pekerja yang baik, bukan oleh kertas kerja yang baik semata-mata.

Oleh kerana kertas kerja ini penting kepada pekerja, ia mestilah dikerjakan dengan berhati-hati. Kertas kerja yang baik seharusnya membuatkan kerja tersebut berjalan dengan lancar dan menyenangkan.

Kertas kerja juga menjadi panduan agar pekerja yang melaksanakan kerja itu dapat bekerja secara cekap dan optimum. Dan kuranglah sibuknya.

“Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap. Orang yang cekap sebenarnya tidak sibuk…”

Itulah peranan penting kertas kerja. Kalau anda dapat memahami kertas kerja ini, anda bolehlah bekerja sebagai penulis kertas kerja!

Siapa akan jadi pelanggan anda? Oh, tidak perlu khuatir. Ramai bakal pelanggan pinjaman institusi kewangan sedang menanti anda. Cubalah! :)

Nota : teringat dulu buat kertas kerja nak buat pinjaman asyik kena tolak saja. Rupanya duit nak bagi kat peminjam tak dak!  Huhu…

About these ads

27 Respons to "Kertas kerja tentang ‘kertas kerja’."

dua tiga kali saya baca entri nih abg reds. kesimpulannya,,kertas kerja amat penting. sebelum buat apa-apa tindakan mesti ada kertas kerja.. rangka kerja dan melahirkan kertas kerja yang berkualiti. bak kata pepatah inggeris nih. if u fail to plan, u plan to fail.

Entri ni memang ‘sekolah’ sikit. Jadi nak fahamkan memang kena baca 2/3 kali. Yang tulis pun kena baca 2/3 kali biar pasti agar maksud entri ni tak lah sukar amat untuk difahami :)

tiada kerja kertas tak boleh buat kerja.

Semua kerja ada kertas kerja Ali.. tinggal lagi kertas kerja tu samada dalam kertas atau dalam fikiran kita..

hahaha….

maza masa skool dulu selalu kena buat kertas kerja utk projek kolej dan persatuan…

kendian tu kat ofis sekarang pun kekadang (jarang yg amat sebenarnya) kena buat kertas kerja.. aderkkkk..

Baca blog Maza pun tau dah bakat ‘kertas kerja’ Maza tu.
Makasih bro drop komen..

cik tom tak suka buat kertas kerja…pening..hehehe

Mana-mana kerja pun memang pening cik tom dan ianya cuma boleh di atasi dengan latihan dan pengkhususan yang lama. Saya pun tak pernah buat kertas kerja yang berkisar pada projek pembinaan. Jadi kalau tolak pada saya, sure bingung jugak. Normally, sykt2 besar ada QS utk buat kerja ni.
Kalau setakat kertas kerja untuk business plan dan tender2 kecik2 ada lah pengalaman sedikit.
Untuk lagi mudah ikuti kursus. Depa akan ajar cara mudah dan mengikut skema. :D
Btw, entri yang menarik Abgreds walaupun mula-mula pening saya baca perkataan kertas kerja yang berulang-ulang tu.. he he.

Cik Tom kerja tak yah pakai kertas dan tak de buat kertas kerja..memang le best kan…tak le pening-pening.. :)

Abg Mail..kerja site supervisor ke?..
Apapun tahniah pasal boleh tangkap maksud entri ni..berbelit sikit..saja nak test balik dulu-dulu belajo kat sekolah..kalau faham kira ok lah tu..

Saya keje di legal firm sendiri.
Dulu lama keje dgn company2 construction dan selalu lepak dgn manager QS. So sikit2 belajar dari depa. Pernah ada niat nak jadi kontraktor – pegi kursus sana sini tapi lepas tu lesen F dibekukan oleh kerajaan, so niat tu pun dibekukan jugak. :D

Don’t worry psl entry yg belit-belit. Saya suka kalau blogger tulis something yg boleh educate org lain. So, kami yg browsing ni tak le kosong2 aje.. Dapat ilmu or at least food for thoughts … keep it up.

Wah…jadi tokeh doh…jempollah cek Mail..

Mudah-mudah bisnes cantekk dan masyuk pun cantekk belake ye cek Mail..

Antara tujuan saya menulis ni biarlah ada ole-ole buat pembaca. Sesekali tulis entri yang mesra Bahasa, sesekali tulis entri yang mesra pembaca…
tak gitu ? :)

Bekunjung :)

maaf baru sempat mampir

Alamak terlambat lak komen entri ni…pesal sekarang saya tengah sibuk dengan kertas kerja macamana nak buat kerja yang nampak kita memang buat kerja.

Betul tu,“Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap. Orang yang cekap sebenarnya tidak sibuk…”
Setuju sesangat…macam haku sekarang tengah berblog…tak sibuk kannn? cekap la tu….hi hi hi…( gurau jer…sebenarnya faham dan suka dengan statement tu…..)

Kellass ko cikgu..
Nak buat kerja bio orang nampak buat kerja…abih kalo tak der orang ko tak yah kerja gitu..?
Gurau doh.. aku tau yang namanya cikgu Nurin ni tak der kerja pun dia buat ada-ada kerja kan.. :)

“Orang yang sibuk sebenarnya tidak cekap. Orang yang cekap sebenarnya tidak sibuk…”

suka dengan ayat diatas…kualiti kerja yang bagus itu juga perlu utk menghasilkan kerja yang bagus kan.

Suka-suka juga Rose.. soalnya nak buatnya tu ha… nak jadi betul-betul tu ha… :) kan?

entry ni mempunyai mesej yg mendalam..

Terima kasih Hajar atas komentar anda…

Assalaamu’alaikum…

Bukan senang nak buat kerja atas kertas kerja kerana perkara pertama harus dikerja adalah mencari kertas sebelum dikerjakan. Oleh itu, kerana Abgreds bagi kerja dengan membuat kertas kerja maka saya harus berfikir kerja apa yang perlu saya tulis atas kertas yang hendak saya kerjakan.

hahahaha…. satu tulisan yang sangat saya suka dengan ayat pengulangan. Dulu, untuk memahirkan diri dalam penulisan ayat mengulang, saya suka buat tulisan seperti di atas. Ia memberi kelainan dan mencabar minda kita untuk berfikir.

Syabas abangreds. Saya sangat suka entri berbisa ini. Kerjalah kamu kertaskerja itu sebelum kamu dikerjakan oleh kertas kerja yang belum disiapkan kerjanya. hehehe.

Salam mesra selalu dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt..puan Siti..

Haha…bunda Siti pandai ya bikin lelucon. Lawak yang bernas begitu. Ya…entri ini memang saya tulis untuk memahirkan kembali pemahaman saya dalam mengarang.

Kemahiran untuk menangkap maksud perkataan yang sama tapi berbeda erti setelah ditambah awalan dan akhiran sangat-sangat mengujakan saya.

Cumanya barangkali kurang mesra pembaca, terutama yang kurang mahir asas bahasa Melayu ini. Sebenarnya entri ini saya ambil dari salah satu kertas kerja saya yang lama.

Saya dah agak puan Siti mesti dapat dan cepat memahami dan mengerti tujuan entri ini ditulis. Eh, pengamal bahasa mana mungkin bisa dikelirui oleh rencana bahasa yang mudah seperti ini.. :)

Saya harap entri ini dapat mengasah minat dan kemahiran pembaca terhadap bahasa Melayu ini…

Hahahaha…. udahlah tu, saya bukan pengamal bahasa tetapi belajar bahasa dari orang yang berbudi bahasa seperti Abgreds, kerana dengan kita memberi ada orang yang merasa tapi jangan pula makan cili saya terasa pedasnya… hehehe. ke lain pulak jadinya. Itulah, jangan puji sangat. kan dah tersasar ni. :D

terima kasih Abgreds, saya menghargai kata-kata di atas. Mudahan kita selalu berbangga dengan amalan bahasa kita. Salam ceria selalu. :D

Salam,
Famous perkataan kertas kerja kat pejabat ida sekarang ni abgreds. Kebetulan pula abgreds angkat tajuk ini sebagai entry.
Pada yang memandang membuat kertas kerja ini sebagai satu masalah memang pekerja yang bermasalah. Mereka selalu saja merungut kalau diberi tugasan membuat kertas kerja. Lagi haru kalau kerja yang diamanahkan itu diamanahkan pula bulat -bulat pada staff bawahan tapi bila dalam meeting, dialah juara mengembangkan dada dan hidung mengaku dia membuat kertas kerja tersebut.

Ini suara hati yang staff bawahan yang dimaksudkan hahahaha..

Aduh…kasihan ya kak SK…
Tak apalah kak SK..biar sang arjuna kembang kempis idungnya, bukan tambah ganteng..
Kita sebagai orang kecil bikin sajalah kerjaan yang disuruh tu.. nanti kapan-kapan rejeki kita tambah, kita bisa juga jadi orang besar … ya kak.. :)

aku suka duit kertas berbanding duit syiling :D

Aku tambah sikitlah…duit kertas dollar atau euro, bukan rupiah..kan Tehr… :)

Makasih ya drop komen…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 41,387 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: