Posted by: abgreds on: 22 Januari 2011
Perkahwinan mengandungi hikmah dan rahsia yang cukup banyak. Antaranya mengangkat darjat, mengelak maksiat, melahirkan zuriat, dan lain-lain.
Islam sangat menggalakkan perkahwinan sebagaimana yang diajar dalam Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.
Islam juga menyuruh suatu perkahwinan itu hendaklah diuar-uarkan secara sederhana dengan mengadakan suatu majlis keraian.
Yang disuruh ialah kahwin dan dapatkan rahsia-rahsianya. Tapi sesetengahnya menterbalikkan pula. Kahwin dan rahsia-rahsiakannya!
Waduh...belajar dari mana ini? Rahsia kahwin itu bagus dan dituntut untuk belajar dan mempelajarinya. Kahwin rahsia itu tak bagus dan dituntut untuk tidak melakukannya…tentu ada hikmahnya pula!
Adik lelaki seorang kenalan saya berjaya menyembunyikan perkahwinannya sehingga mendapat tiga orang cahaya mata! Hebatkan? Hebatkah?
Lebih hebat lagi, dia berperwatakan seorang yang berilmu, khususnya dalam hal ehwal agama. Gaya dan tuturnya lembut dan menarik.
Yang lagi hebat, isterinya juga dikhabarkan seorang ustazah. Maka kedua- duanya diandaikan sudah ada bekal ilmu agama di dada. Tapi begitulah…. Kenapa mereka boleh sampai berbuat demikian?
Saya tak punya jawapan. Cumanya saya tertanya apa rahsia lelaki itu hingga boleh berahsia paling kurang pun empat tahun perkahwinannya itu! Kena belajo nih...
...ops..
Agaknya dia lupa rahsia Allah lebih hebat dan mengatasi segala rahsia manusia. Akhirnya, suatu masa terbongkar jua status dirinya sebagai suami dan bapa.
Seluruh keluarganya terkejut. Lelaki itu bernikah di utara semasa dia berada di sana atas suatu urusan. Kemudian kembali ke selatan (tempat saya inilah) tanpa sebarang pengumuman.
Sesungguhnya berat dosa yang terpikul di bahu dia. Dia meletakkan dirinya seumpama seorang teruna, sedangkan dia telah berkahwin. Walhal keluarganya tiada masalah apa pun jua dengan dia.
Pendek kata dia telah menipu ahli keluarga, anggota masyarakat, keluarga mertuanya, malah dirinya sendiri.
Walau apa pun alasannya, seharusnya dia tidak bertindak sejauh itu. Apatah lagi dengan pendidikan yang telah keluarga beri.
Meletakkan diri kita ke dalam fitnah juga sangat dilarang. Lelaki itu tidak boleh menyalahkan orang di sekelilingnya akibat silapnya sendiri.
Kisah ini menjadi teladan bagi kita. Cubalah agar kita tidak berbuat perkara yang tidak elok. Perkara yang tidak elok tandanya ialah kita tidak mahu ia diketahui orang.
Mungkin lelaki itu ada sebabnya tersendiri untuk merahsiakan perkahwinannya. Namun natijahnya, dia menanggung beban dosa jika tidak bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Alhamdulillah, khabar terbaru yang saya diberitahu, lelaki itu sudah bermaafan dengan keluarganya. Dia juga sudah membawa isteri dan anak-anaknya bertemu keluarganya.
Saya juga sudah bertemu dengan dia. Tapi saya tidak tertanya pula apa kaedah dia berahsia selama bertahun itu! Hehe…
kter pon nikah gntung abg red,,sedara mara kt blh mak byk blum tau,,insyaallah hbis blaja nh kenduri la kt sana,,kter xsuka simpan rahsia mcm ni,,tapi nk buat cmner,,bercinta pun bkn elok sgt,x sdp hati jer,huhu,,
A ShOulDer To Me To CrY oN,,: Pergaduhan adik beradik paling TOP di Malaysia!!
seriau dengar perktaan kawen…huuuuuuuuuuu…
perlu juga dirahsiakan sesuatu perkara sekiranya dikhuatiri akan membawa musibah yang lebih besar kalau tidak dirahsiakan
hehe
Assalaamu`alaikum abgreds.. Lama tidak menjenguk ke blog abgreds dan menulis artikel baru. Terlalu sibuk dengan kehidupan seharian. Pasal artikel di atas, saya lebih suka mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana takut komen saya akan bertukar kepada fitnah atau mengaibkan. Tapi saya bersetuju dengan abgreds dan yang lainnya, perkahwinan tidak elok disembunyikan. Salam manis buat abgreds..
4 tahun agak lama..
Hebat tue orang..
P/s: Ilmu tanpa amal takde beza dengan orang memang takde ilmu..
perkahwinan adalah kesempurnaan bagi sebahagian agama..kenapa berahsia dalam menyempurnakan agama yg dpt memberi pengajaran kpd orang lain..berkahwinlah jika kita sudah mampu…
kadang2 tak faham juga kenapa nak rahsiakan perkahwinan.. walau macamana sekalipun rahsia tu akan terbongkar juga satu masa nanti.. sedih si isteri apabila statusnya dirahsiakan walaupun bernikahkan secara sah..
Org yg kawin rahsia tu dapat ilmu dr P. Ramlee..( tak pasal pasal pulak )…
Emmm…kenapa lelaki tu buat macam tu ye? dia ada rahsia nak tambah cawangan lagi kut…ish ish..mulut haku….
27 November 2011 pada 1:09 pm
Rahsiakn perkahwinan…hmmm, besar pahala tu kalau isteri prtama bole redha a/bila rahsia tu kantoi. bdw elok la brterus-terang sblum brlaku prkahwinn. kesian cik kak tu ibarat ditipu hidup2.