Posted by: abgreds on: 11 Mac 2011
“Depan rezeki ni, abg Red aku cerita. Bukan nak mengajar ke apa ke…tak ada. Betul-betul pengajaran buat aku bang…”
“Masa aku jumpa doktor, doktor tu pun terkejut. Eh, dua ratus lebih ni. Macamana awak boleh ke sini? Biasa macam ni dah tumbang dah…”
“Aku jawablah, doktor tak payah tanyalah…itu semua kan kerja Allah. Orang sihat pun boleh mati. Doktor buat jer kerja doktor..”
“Aku lalu ditahan dan di masukkan ke wad. Macam-macam kes ada. Ada yang darah tinggi macam aku ni. Ada kencing manis dan lain-lainlah…”
“Abang Red tau, wad tu rupa-rupanya untuk kes kronik. Aku dah termasuk kronik juga. Aku kat wad tu tiga hari”
“Tapi dalam tiga hari itulah aku rasa ajal aku dah dekat, bang. Pesakit dalam wad tu sorang-sorang ‘pergi’. Kejap kiri, kejap yang kanan…”
“Nanti ganti pesakit lain, macam tu juga. Kalau nampak ada ahli keluarga dah sain borang tu…alamatlah…tak lama akan diusung keluar…”
“Betul-betul aku insaf, bang. Dah tak ingat apa lagi dah. Ingat mati jer. Ingat dosa aku yang banyak. Ingat nak ngadap ajal…takut bang…”
“Ada sorang pesakit tu, dah berenti dah jantung dia. Doktor buat renjatan elektrik. Dua tiga kali aku tengok dadanya ditekap lalu terangkat-angkat”
“Tak lama lepas tu, aku pergi tengok dia. Aku cuit la beberapa kali- bang…bang…senyap..tak ada respon.”
“Aku cuit lagi…bang-bang…lama-lama dia buka mata. Dia tengok aku atas bawah atas bawah…eh, AKU HIDUP LAGI?…tanyanya kat aku…”
“Aduhh…berdebar aku. Dengan kepala yang berdenyut-denyut, badan dah tak bermaya, tenaga dah tiada…agaknya akan tiba masa aku pula?”
“Di depan aku terasa ajal sedang menanti. Malaikat Izra’il sedia menjemput…hanya menunggu sampainya masa…”
Demikian luahan hati seorang teman. Patutlah sudah lama saya tidak ketemu dengannya. Rupa-rupanya sedang berjuang dengan nyawa.
Bukan dipinta nasib sebegitu. Siapalah yang mahu derita sengsara? Namun takdir bukan di tangan hamba. Ia mutlak milik Yang Esa.
Teman itu memelihara ibunya yang sudah uzur. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, mungkin sedikit menjejaskan sabar tabahnya.
Mungkin juga untuk memberi insaf akan dirinya, serta kita sebagai manusia, maka diujikan Allah dengan pengalaman begitu.
Hidup ini penuh kematian. Mati hati, mati jiwa, mati semangat, mati jasad…namun kita sebagai mukmin dan muslim punya Allah yang Maha hidup, punya nabi yang amat pengasih.
Itulah iman kita. Itulah tujuan kita. Hidup ini hanya sementara. Akhirat jualah yang kekal selama-lamanya…
omu sukalah entri ni…semalam tengok video tsunami rasa takut sangat…takut untuk berdepan dengan dosa yang banyak ni…huhuhu…
Ajal dan maut di tangan tuhan. 200++ masih hidup mmg mcm tak masuk akal jugak tu. Kawe pun kalau cecah 140, rasa mcam tak selesa hidup, ni pula 200 lebih. Hmmm… Sesekali dengar kisah org di ambang maut ni betul2 buat kita insaf hidup di dunia hanya tumpangan sahaja. Kalau tak cukup bekal, entah macam mana lah di akhirat nanti.
Assalaamu`alaikum abgreds,
pengalaman yang sungguh menginsafkan diri saya, bahawa kematian itu sangat dekat dan boleh mengundang diri pada bila-bila masa. Semoga perkongsian ini bisa menyedarkan manusia-manusia millenium yang buta hatinya agar kembali kepada ajaran-NYA.
terima kasih bro utk peringatan ini..mati itu bila2..tiada awal dan lewatnya..
12 Mac 2011 pada 9:50 pm
mule2 ld bc ingtkn abg red yg sakit.. huhuhu.. ajl ni kt x tahu bl dia akn dtg
16 Mac 2011 pada 1:42 am
Abgreds hari-hari pun sakit Lady…sakit mata, sakit ‘ati’, sakit kocek, haha….