Posted by: abgreds on: 6 September 2011
Syukur alhamdulillah, seminggu sudah aidil fitri disambut oleh umat islam. Mudah-mudahan pengisiannya dapat kita laksanakan menurut syariat.
Antara memori indah penulis kali ini ialah pertemuan semula rakan-rakan persekolahan dulu yang ada antaranya sudah berbelas tahun tidak ketemu.
Sebaik bertentang mata, ingatan penulis langsung mengimbau pelbagai peristiwa dan kenangan yang pernah dilalui saat bergelar pelajar bersama dengan rakan-rakan tersebut.
Kami bersembang panjang tentang diri masing-masing. Memang tak cukup masa. Tapi cukup memadai untuk merungkai rindu kepada mereka yang Allah takdirkan bagi kita sebagai SAHABAT.
Sahabat ialah orang yang sangat kita percayai. Seorang yang menjadi diri kita yang kedua. Yang sanggup bersusah payah dan berkorban untuk kita.
Penulis pernah bertemu seorang guru yang mengungkapkan betapa pentingnya peranan sahabat bagi seseorang.
Mengambil contoh dari riwayat Rasulullah, Nabi sendiri berkenan mengangkat sebilangan pemeluk Islam awal sebagai sahabat kepada Baginda.
Sokongan keluarga memang penting. Namun jika tiada para sahabat, tugas Baginda untuk berdakwah tentu menjadi lebih sukar.
Para sahabat Bagindalah yang mewarisi kitabullah dan segala macam sunnah untuk disebarluaskan di kemudian hari.
Para sahabat Bagindalah yang bekerja keras dan bertungkus lumus berusaha agar syiar islam terus berkembang dan ke seluruh alam ini.
Atas usaha para sahabat itulah jua kita dapat mengenal Allah dan mengecap kemanisan iman dan taqwa di bumi nusantara sekarang ini…
Ala, kisah pasal kawan saja? Bagi penulis, setiap peristiwa ada hikmahnya. Tidak mengira kecil besarnya, penting tidaknya, semua terkandung ilmu yang sangat tinggi.
Seharusnya kita insaf, apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah dengan takdir Allah. Sudah tentu ada ‘sesuatu’ yang menjadi bahagian kita.
Setidak-tidaknya, kita terfikir perihal persahabatan kita. Adakah kita punya sahabat? Bagaimana kita menjaga persahabatan dengan teman-teman rapat kita?
Adakah kita waktu ini tidak punya sahabat sejati? Jika tiada, kenapa? Kenapa orang lain sukar berkawan dan bersahabat dengan kita?
Adakah boleh sahabat di alam siber ini menjadi sahabat di alam realiti? ![]()
Tentu saja boleh asal ada kemahuan…kan?
Seperti kisah kawan penulis ni… http://familiazam.com/dari-alam-maya-ke-alam-nyata.html
Kakak terpikat dengan kata-kata ini…
….Seharusnya kita insaf, apa jua peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah dengan takdir Allah. Sudah tentu ada ‘sesuatu’ yang menjadi bahagian kita….
trimakasih kerana mengingatkan kakak..
Saya baru baca buku tentang Fatimah binti Rasulullah. Meamng diceritakan dengan detail semua sahabat RAsulullah begitu peka dengan perjuangan Rasulullah.
Susah benar nak cari sahabat sejati ni Abgreds,
Kadangkala keikhlasan kita dalam persahabatan diambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka sendiri. Berapa ramai pula yang sanggup nak susah senang bersama, yang faham kesedihan dan berkongsi kesulitan.
Yang mengaku sanggup di lidah memanglah ramai tetapi nak mencari yang sanggup dalam perbuatan tu yang susah
salam abg reds.. selamat hari raya.. maaf zahir batin ![]()
semoga sihat sokmo…
Bertemu rakan dan sahabat yang lama terpisah memang sesuatu yang mengembirakan. Namun kerana tempoh waktu yang lama terpisah maka perjalanan hidup antara kita dan sahabat kita juga jauh berbeza dari apa yang kita gambarkan.
Terasa rendah diri jika sahabat lama yang kita temui jauh lebih beruntung dari kita namun terasa sebak bila sahabat kita melalui perjalanan hidup yang penuh ranjau duri, kecundang, bangkit dan kecundang semula malah ada yang terus kecundang lantaran kehilangan semangat.
Di sinilah peranan kita untuk menaikkan semangat rakan sahabat yang kecundang walaupun terasa diri sendiri pun bukanlah berada dalam keselesaan yang amat sangat.
Rakan siber – ada yang boleh buat sahabat di alam nyata, tapi berhati2lah. Kita tak tahu sejarah hidup mereka. Mesti ada rakan-rakan blogger yang ada pengalaman tentangnya. Boleh kongsikan kot..
10 September 2011 pada 3:28 pm
sahabat sejati yang sanggup susah senang bersama memang susah…tapi mengenali kawan2 baru atau lama sekalipun tetpa memberi makna..termasuk juga kawan2 maya…
15 September 2011 pada 10:01 am
Segala yang terjadi memang ada hikmahnya. Rajin-rajinkanlah diri untuk mencari dan memanfaatinya…