Posted by: abgreds on: 12 September 2011
Sempena aidil fitri, saya berkesempatan menziarahi sanak saudara di sekitar Johor Bahru kelmarin. Perjalanan yang agak jauh bagi saya.
Memperuntukkan waktu perjalanan lebih kurang 2 jam pergi dan 2 jam balik, dan 2 hari 2 malam tempoh ziarah, saya berdoa agar jentera usang kancil 660 saya tidak bermasalah.
Alhamdulillah, saya kini selamat kembali dengan ole-ole kenangan indah bertemu saudara mara saya.
Setahun sekali sudah cukup. Inilah masa yang sesuai bagi saya yang jarang berpergian jauh-jauh seperti sesetengah orang daripada kita.
Inilah masa untuk saya memperingati, memahami lantas membuat amali ilmu-ilmu bermusafir sebagaimana yang dipelajari dulu.
Inilah masa mempraktikkan sebanyak mungkin hukum-hakam dan sunnah Rasulullah yang berkaitan kaedah bermusafir.
Dapatlah saya melakukan beberapa perkara yang jarang dibuat seperti solat jamak dan qasar yang amat berguna sekali dalam musafir. Maha suci Allah yang mengetahui kekurangan umat Muhammad ini.
Banyak sekali sebenarnya adab-adab perjalanan yang dianjurkan oleh Islam. Lihat saja sejarah Nabi saw. semasa berhijrah ke Madinah.
Sebelum perjalanan, semasa perjalanan, dan sesudahnya…cukup lengkap dan sesuai di setiap masa di setiap zaman. Adakah kita tahu?
Perancangan zahirnya, doa, usaha dan tawakkalnya, solat-solatnya, adab bertemu dan berpisah…macam-macam. Semuanya ada. Adakah kita tahu?
Bertemu dengan beberapa kemalangan semasa perjalanan, serta berita-berita kecelakaan lain di jalanraya mengundang kepada persoalan tentang adab berpergian ini.
Bagaimana penghayatan mereka untuk berpergian ini? Adakah mengikut Nabi, atau hawa nafsu sendiri? Tepuk dada tanya iman!
Sememangnya faktor takdir Allah itu benar, namun tidakkah Allah juga telah menyediakan modul dan contoh perjalanan yang baik untuk diikuti?
Ziarah menziarahi sangat digalakkan dalam Islam. Apatah lagi didalam bulan kemenangan ini. Kita dapat bersua muka, bermaaf-maafan dan mengeratkan silaturrahim.
Sedih juga melihat adanya budaya menyendiri di hari yang mulia ini. Tidak mahu keluar rumah. Apalagi untuk bermusafir jauh-jauh untuk bertemu kaum keluarga. Seronokkah beraya macam itu?
Atau sememangnya kita tidak lagi ghairah untuk melawat sanak saudara yang semakin jauh di mata dan jauh di hati?
Atau kita lebih kasihankan kepada anak-anak kita yang tidak dapat ber’facebook’, ber’twitter’, atau berinternet?
assalamu alaikum wr. wb
yg paling lady suka time jadi musafir adalah antr waktu tuk berdoa yg mustajab.. kalau lady th je sape2 yg berperjalanan jauh.. pasti lady akan kirim doa..
Abg Reds, ada org kata skrg fasiliti byk. Boleh berhenti solat di mana-mana tanpa perlu jamak & qasar kn solat. Tapi bukan ke tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia.
Pasal adab-adab perjalanan dan bertemu sejujurnya tidak berapa saya ketahui. Mungkin ada di antaranya yang sudah pernah diajar sedari kecil lagi, cuma diri sendiri yang culas dan jarang mempraktikkannya. Membaca artikel ini menyedarkan saya bahawa kita sebenarnya tidak harus menganggap mudah perkara ini.
Satu yang saya rasakan ketika ini ialah semakin jarang kita mengaplikasikan sesuatu dalam kehidupan, maka semakin lupalah kita dengan perkara tersebut. Saya akui artikel ini terkesan buat saya. Terima kasih abgreds.
kalau hendak seribu daya, kan…
17 September 2011 pada 8:33 am
menyentuh bab rukhsah dalam solat ni, jamak ketika musafir diumpamakan sbg hadiah tuhan kepada hambaNya..mmg haruslah ketika jamak solat ketika musafir
17 September 2011 pada 1:27 pm
Kalau dah tau, tapi masa berpeluang nak buat tak pula dipraktikkan, kan itu jadi lebih bodoh dari yang tidak tau?