Posted by: abgreds on: 10 Disember 2011
Agak lama juga tidak menulis di blog. Manusia makin ramai. Makin banyak mulut dan perut yang minta diisi.
Jadilah kek ekonomi makin kecil, makin kenit. Terpaksa peruntukan lebih masa mencari-cari di mana kek yang kita punya.
Baiklah, entri kali ini berkaitan blog ini sendiri, iaitu kaedah memendekkan entri bagi sesiapa yang belum mengetahuinya, khususnya untuk platform wordpress macam blog aku ni.
Aku bukan tergolong manusia yang pintar IT. Pembabitan aku dalam dunia blog dan internet ini tidak lebih untuk menambah ilmu disamping tidak mahu ketinggalan dalam arus perdana media terkini.
Untuk mencari kaedah yang semacam ini (memendekkan entri) pun sudah jadi masalah buat aku. Sedangkan sudah lama ingin berbuat demikian.
Korang boleh bandingkan entri aku terdahulu yang memaparkan semua isi kandungan entri. Aku punya page pun jadi panjang macam ketapi…
Tapi sekarang tidak lagi!
Baiklah, aku sertakan link kaedah tersebut di sini untuk sesiapa yang ingin merujuk. Banyak lagi tips-tips tentang komputer ada di dalam blog sedara kita ni…
Dipersilakan dengan segala hormatnya berziarah ke blog beliau…
http://ibnrajab.wordpress.com/ atau terus ke link berkenaan iaitu http://ibnrajab.wordpress.com/2009/11/09/baca-lagi-read-more/
Terima kasih daun keladi, insya Allah aku pun nak ke sana lagi…
Nota : entri pendek macam ni perlu ‘baca lagi…’ ke?
perkongsian yang baik.kadang bila melihat entry yang terlalu panjang sudah boleh buat kita rasa bosan mengadap.cari begini nampak lebih kemas.
blog aku satu entri je kat depan
aku tak guna la kod ni
apa pun tq juga
boleh aku belajar nanti macam mana nak buat
17 Januari 2012 pada 9:21 am
salam, lama tak jenguk blog abgreds…sihat ke abgred ? hehe