Blog Abgreds

Kosong itu bukan kosong

Posted on: 1 Julai 2010

 

“Hari ini terasa kosong. Hati ini kosong. Jiwa kosong.

Wahai kosong, kenapa engkau bertandang? Kenapa engkau ke mari? Kenapa engkau memilih aku? Kenapa?

Wahai hati, kenapa berasa kosong? Tidakkah engkau kasihan kepada aku? Bukankah sudah lama aku begini. Sudah lama bersendiri. Sudah lama derita dan sepi…

Wahai hari,engkau teman setia. Menjengah daku sekian lama. Apa beritamu hari ini? Tiadakah sinar indah untukku?

Air mata dan duka lara, teman daku menyapu pilu. Tiada teman untuk bicara, tiada insan mengucap rindu. Lembaran hidup kita berbeda, jalanmu lurus jalanku berliku. Jiwamu bersemangat dan waja, jiwaku kosong – sendu selalu.”

Jangan begitu teman. Kita tidak pernah sendirian. Kosong itu suatu tafsiran. Nama untuk suatu keadaan. Sedang nama itu cuma ciptaan. Tidak sama hakikat dengan

sifat kebendaan.

Kosong itu ,teman, tidak kosong. Bukan tiada apa-apa. Yang melihatnya kosong adalah kita. Kita yang tersalah dan tersilap. Diperpanjangkan lagi dengan kejahilan dan kesombongan kita tidak mahu mencari pengertian yang benar dan hak.

Kosong itu ada yang memenuhinya, teman. Adalah isinya. Adalah penghuninya. Jiwa kosong itu mainan perasaan. Dilalaikan dari mengingati Tuhan. Dihembus bisikan dan gangguan syaitan. Dihias murung disalut kekecewaan.

Belajar erti kosong yang hak dan benar, maka kamu dapati, tiadalah kosong itu sebenarnya. Tiada lagi jiwa yang kosong. Tiada lagi hari yang kosong.

Bangkitlah, temanku. Penuhi jiwamu semangat perwira. Mulakan perjuangan, nyahkan segala kekosongan palsu itu!

p/s : gambar gelas penuh. Dua-dua penuh ! Tak percaya? Percayalah…

4 Respons to "Kosong itu bukan kosong"

belajar erti kosong.. bila tiada baru ada , bila ada baru tiada.. pelik tapi tidak pelik, belajar erti kosong eloklah belajar dengan yang kenal erti kosong, yang tahu apa disebalik kosong. Yang tahu sebenarnya kosong bukan kosong.

p/s sukalah dengan post2 dalam blog ni.. rasa macam nak berpuisi bila jawab komen

terima kasih jenguk abgreds. sama-sama kita variasikan ilmu pengetahuan. komen tu sendiri dah tunjuk yang zuls pun ada bakat. kasi layan!

kadang-kadang manusia ni selalu meminta melebihi daripada apa yang dia mampu. itu yang bila tak dapat, rasa kosong. tapi, kalau saya. Bila dah mula rasa kosong, cepat2 ingat Allah😉 maka penuhlah kembali. heheh

terima kasih atas komen. lizz dah tau apa nak buat, syabas. tapi ada kawan-kawan kita masih kelabu asap. kita bantulah dia orang setakat terdaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: