Blog Abgreds

Kita dan OKU

Posted on: 5 Julai 2010

Kesempurnaan itu milik Allah swt. Manusia cuma hamba, sama seperti makhluk lain- punyai banyak kelemahan dan kekurangan. Namun, ada juga dikalangan kita enggan mengakuinya. Malah ada yang terlalu sesat hingga mengaku bukan lagi makhluk, tetapi tuhan.

Kita perlu bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Hiasan-hiasan duniawi berupa paras rupa, harta benda, pangkat dan kuasa- semua itu hanya sementara. Tiada halangan berusaha mencari kebahagiaan dan keselesaan, tapi jangan melebihi batas.

Kesibukan mengejar rezeki adakalanya menuntut korban yang bukan sedikit. Masa untuk beribadah, masa untuk keluarga, masa untuk komuniti, hampir semua tertinggal. Dibakikan sedikit sekadar memenuhi asas. Itu pun kadang tiris kadang gagal.

Akhirnya kita terlepas pandang. Banyak isu sekeliling kehidupan kita berlalu begitu saja. Bahkan boleh tersalah anggap terhadap sesuatu kejadian.

Umum mengetahui apa itu OKU, siapa itu OKU. Tapi jarang yang mahu memahami, menghalusi dan menghayati hidup mereka.    

Kita dilarang sama sekali menghina orang lain. Kehadiran golongan OKU penuh hikmah dan rahsia yang besar. Mereka adalah ‘cermin hidup’ kepada diri kita sendiri. Sedangkan mereka agak sukar menjadikan kita sebagai cerminan hidup mereka, lantaran upaya yang tidak sama.

Marilah kita muhasabah diri seketika. Belajar erti OKU dan kaitannya dengan kita. Tiada beza kita dan mereka. Kita juga OKU sebenarnya. Banyak perkara yang kita tidak upaya lakukan. Banyak cacat dan cela yang tidak kelihatan. Adakah kita tidak sama dengan mereka? Kita pun ada kelainan (baca : kurang ) upaya juga.

Justeru, manusia itu sama. Semua tiada sempurna. Semua ada kurang upaya. Hanya iman dan takwa menjadi aras dan beza.

Disaat kita kecewa dan derita, mari kita lihat hidup mereka yang lebih sengsara. Belajar dari mereka erti tabah. Belajar berjuang dan menggapai kemenangan. Di atas sana ada blogrool OKU. Kita jenguk mereka. Kita gembirakan mereka. Kita gembirakan diri kita sendiri. Sama-sama belajar…

10 Respons to "Kita dan OKU"

salam abgreds

pertama kali di sini… membalas kunjungan abgreds ke blog saya tempohari…

abgreds oku juga ya?
saya oku komuniti deaf…

salam kenalan

terima kasih tengok gubuk buruk abgreds ni riesna. macam yg abgreds tulis, kita semua ni oku semata. cuma ada yg eksyen tak mau mengaku. biarlah mereka kan? bukan ensem pun eksyen cam tu!🙂

abgreds oku apa ya?

sukar hendak mencari kwn2 sesama oku di siber ni… terutama yang sealiran penulis… teruja juga mengenali abgreds

maksud entri itu, kalaupun abgreds atau siapa bukan oku ikut takrif jkm tu, kita semua tetap oku juga. kerana kita ni kan manusia yg tak sempurna sifatnya…

belajar menerima kelebihan & kelemahan diri sendiri serta orang lain, baru kita sedar siapa diri sendiri

nazra- makasih jenguk abgreds.

assalamualaikum..
manusia di sisi Allah s.w.t sama, tapi manusia yang membezakanya.. bila manusia cari kesempurnaan ia sebenarnya x wujud..menjadi seorang OKu mmg sukar untuk di terjemahkan tetap selagi bergelar makluk ciptaan Allah s.w.t tiada beza di sisinya

wa’alaikumussalam wbt wusly. wajarlah kita menjaga pandangan terhadap orang lain. didik diri memelihara mata dan lidah – deria paling peka dan juga paling alpa.

Salaamun alaikum w.b.t…. cantik! manusia terutamanya yang beriman, semuanya diuji mengikut kadar dan kemampuan masing2. Orang OKU ke biasa ke semua sama, yang berbeza hanya TAQWA, dan itu hanya Allah S.w.t yang tahu.

Semoga kita saling hormat menghormati dan bekerjasama, tidak kira kita bergelar OKU , normal dan sebagainya. Jazaakallahu khoir🙂

wa’alaikumussalam wbt. memang yang lebih baik kita periksa dulu diri kita. hubungan kita dengan Allah. hubungan kita dengan manusia. terima kasih ziarahi abgreds.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: