Blog Abgreds

Kami penjaga anjing

Posted on: 9 Julai 2010

Dia seorang tua. Badannya kurus, nampak tulang selangka. Pak tua tinggal seorang diri. Bersawah berkebun sumber rezeki. Sebagai bahagian hidup duniawi.

Pak tua ada teman hidup – seekor anjing! Anjing garang yang liar sangat. Sentiasalah anjing ini mengekori, kemana saja pak tua pergi.  

Sejak kecil pak tua bela, sampai sekarang begitu juga. Anjingnya garang dan selalu lapar. Menyalak pak tua tak sabar-sabar. Siang malam terus berganti, pak tua pasrah takdirnya Illahi. Mencari hikmah yang tersembunyi.

Anjing pak tua tidak pernah puas. Minta dilepas minta dibebas. Namun pak tua sabar dan awas. Tali kekang diikat kemas. Anjing garang perlu ditewas. Anjing dan pak tua sama-sama degil, sama-sama melawan. Memang itu intipati kehidupan.  

Saban hari itulah kerja pak tua. Kerja di dalam diri sanubari. Mujahadah memerangi nafsu-nafsi. Ibarat anjing yang garang, nafsu sentiasa menyalak akal fikiran. Cuba segala upaya dan propaganda. Cuba menyesat, memesong, memerangkap. Agar pak tua tunduk tertiarap.

Dan ketahuilah, bahawa pak tua itu, bukan sendirian. Kami dan kamu adalah juga seangkatan. Masing-masing ada ‘anjing’ peliharaan. Sebagai peralatan ujian dan ketakwaan.

Ya, kami ini serupa. Kami kerja jadi tukang jaga, seperti pak tua juga. Kami kerja menjaga ‘anjing-anjing’ yang sentiasa lapar mahu mengigit kami. Mahu merobek iman kami. Mahu memamah yakin kami. Tiada hentinya. Tiada lelahnya.

Bantulah kami, sahabat dan teman. Doakan kesejahteraan kami. Kami ingin menjejak pak tua. Melihat hidupnya menjaga tali kekang. Kami mahu belajar mengekang anjing kami pula. Marilah! Mari kita ke pondok pak tua. Mulakan langkah dengan bismillah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: