Blog Abgreds

Retrospektif dunia kenit

Posted on: 11 Julai 2010

Kita telah dikurniakan sebuah dunia. Dunia kecil dan kenit. Dunia kita sendiri. Dunia yang usianya muda lagi – dikira dari kita mampu mengingati. Setiap orang memiliki dunia masing-masing. Atas qada’ dan qadar, atas usaha dan tawakkal, kita dibenar membentuk dan mencorak dunia kita itu.

Waktu berlalu dan kita terus berjalan membawa dunia kecil kita. Ke sekolah, ke gedung pendidikan, gudang-gudang perniagaan… ia sentiasa bersama. Selagi hayat dikandung badan, selagi itu dunia kenit kita berputar – di sekitar hidup kita.

Apabila sampai disuatu perhentian, kita akan berehat seketika. Sejenak kita mengenangkan, dalam dunia kita yang kecil itu, betapa banyaknya peristiwa yang berlaku! Peristiwa yang kita lakukan dan yang berlaku ke atas kita. Banyak sungguh!

Dan apabila kita cuba menghitung berapakah banyak peristiwa tersebut, nescaya kita tidak dapat menghitungnya. Tapi Allah Maha Penyayang. Diberinya kepada kita keupayaan mengingat. Terutama terhadap perkara yang istimewa dan memikat. Selain kisah duka yang menyayat.

Demikianlah dunia kenit kita. Daripada ratusan atau ribuan kejadian, hanyalah sedikit yang menjadi ingatan. Kerna itu, memori yang masih tinggal itu menjadi begitu istimewa. Ia menjadi tanda aras siapa kita di dalam dunia ini.

Kenangan lalu yang sukar dilupakan adalah puing sejarah diri sendiri. Barangkali ia sebuah kedukaan. Mungkin juga selembar kegembiraan. Suka-duka kita di dalam dunia kecil, akan mencorak dan mewarna diri kita di dunia besar. Siapa kita? Inilah kita hari ini!

Berhenti berlari di dunia besar ini. Ambil masamu barang seketika. Lihat dunia kenitmu itu. Ada yang perlu engkau selusuri. Ada yang perlu engkau ketahui. Banyak yang kita boleh belajar dari peristiwa lalu. Banyak lagi yang kita perlu tahu. Dari dunia kenit mu.

 Berjalanlah di dunia besar ini, jangan lupa pada jasa dan ilmu dari dunia kecilmu.

 

3 Respons to "Retrospektif dunia kenit"

Yup.. learn from the past

kpd maiyah dan mr. J , terima kasih atas komen dan ziarah.

menarik.. melihat kehadapan dgn menilai apa yg tertinggal dibelakang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: