Blog Abgreds

Metropolitan KTPI

Posted on: 15 Julai 2010

Hari masih pagi. Embun merembes di daun kayu. Sejenak daku berdiri kaku. Cuba mengingati…

Benar, daku sudah lama di sana. Di kota batu, tempat daku memerah kudrat memerah keringat. Mencari rezeki, menggendong harap, dan memijak onak duri. Buat mengalas laparnya perut. Buat memuas hausnya tekak.

Penghuni kota batu – dihimpit kurang yang selalu. Kurang itu kurang ini. Susah itu susah ini. Kurang dan susah yang perlu ditutupi setiapnya hari. Maka, bekerjalah daku. Seupayanya. Tiada rehat tiada cuti. Sibuk dari dinihari sampai satu lagi dinihari. Sibuk semalam, dibawa hari ini, diheret ke esok pagi! Dakulah itu. Daku penghuni kota batu.

Daku sedari perilaku diri. Sungguh tidak patutnya begini. Cukuplah! Daku ingin istirehat. Buat merawat iman yang karat. Daku kan pergi. Biar seketika cuma, daku kan pergi jua. Bumi tuhan masih luas terbentang. Nun di sana, ada wilayah dan ada kota. Sudah lama daku tidak ke sana.

Dan hari ini, pagi ini, tika fajar mula menyingsing, tika embun mula mengering.. daku sudah ada di sini. Kota yang damai. Sungguh tenang sekali. Hembusan bayu dan kicauan burung.. pantas membuang jauh keresahan, kesibukan, kelelahan di kota batu.

Daku menarik nafas yang panjang. Daku memikir dan mengenang.. yang dulu dan yang sekarang. Yang akan datang dan yang terkemudian. Betapa benarnya kejadian daku. Betapa benarnya kejatian daku, insan yang diciptakan.  

Wahai kota metropolitan, dikau suatu perhentian di dalam suatu perjalanan. Dikau suatu perjanjian di dalam suatu kepastian. Kenallah wajahku ini. Daku akan ke sini. Daku akan berada lama di sini, di suatu saat nanti. Dakulah bakal menjadi penghuni. Yang bakal menyusul mereka yang mendahului.

Daku di sini, belajar mengerti suatu yang pasti. Ya, pasti daku akan ingat kota ini. Metropolitan yang penuh pengajaran dan pengharapan. Moga dikau terus aman. Mengibar panji kebenaran, mengingatkan daku dan mereka yang kelekaan.

Daku dan dikau, kita akan ke kota itu. Dan kita sudah hampir… masihkah dikau tidak mengerti ?

Pusara adalah sebuah tempat persemadian. Mengingatkan kita akan suatu persinggahan. KTPI – Kawasan Tanah Perkuburan Islam…suatu metropolitan, suatu peringatan, suatu kepastian.

2 Respons to "Metropolitan KTPI"

btol tu..kene beringat slalu kan..

Malaysia, Indonesia Mahu Anjur Piala Dunia Bersama ?

abgreds pun ada baca berita nak anjur piala dunia tu, emm alahai…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: