Blog Abgreds

Susahnya nak susah!

Posted on: 17 Julai 2010

miskinTidak semua pedoman dan nasihat baik atau sesuai dengan kita. Entri ini juga sedikit mengkhusus kepada mereka yang barangkali sudah senang hidupnya. Rezeki murah. Keperluan hidup cukup serba-serbi. Hingga terlupa bahawa kesenangan itu adalah jua satu ujian.

Keselesaan dan kesenangan yang sedikit itu cukup cepat untuk menjadikan kita kembali lemah tanpa kita sedari. Lemah kerana kita tidak akan kuat lagi untuk berdepan dengan ujian berat kesusahan, kemiskinan, penderitaan dan penghinaan.

Kita selalu berdoa agar jangan susah dan sengsara. Namun kita sedar, takdir kita akan datang tiada siapa yang tahu. Barangkali lebih senang dari sekarang ini. Tidak mustahil pula akan diuji sama dengan mereka yang susah-susah pula. Tidak mungkinkah? Segalanya mungkin…

Walau apa pun, memperingati diri itu penting. Langit tidak selalu cerah. Saat ini, cuba tanyakan pada diri sendiri, kiranya aku adalah mereka yang menderita itu, apakah aku akan kuat dan tabah seperti mereka?

Jangan tanyakan saja, cuba jadi seperti mereka. Cuba susahkan diri sedikit. Belajar dan ingat tentang susah. Ada tilam empuk? Cuba tidur di lantai. Alas tikar mengkuang.

Ada rumah batu yang besar? Pergi ziarah rumah keluarga di kampong. Cuba hidup cara kampong,dalam seminggu katakan. Ada kereta sendiri? Cubalah naik keretapi. Tidak pun, lrt. Ataupun jalan kaki…

Sanggup? Amat berat rupanya. Sungguh selesanya kita. Sayang benar dengan mudah dan senangnya kita. Sudah tiada lagi dalam kamus hidup kit erti susah erti derita. Hanya suka, riang, gembira…

Dahulu semasa hendak senang, rasanya susah, kan? Sesudah senang, susah pula untuk diingatkan. Janganlah begitu. Cubalah beringat. Kalau Allah kehendak, bila-bila masa rezeki kita boleh diangkat.

Kalau anda ingin mengerti erti susah, yang dialami oleh orang yang susah, cubalah hidup dengan mereka. Tidak sanggup? Cuba hidup seperti mereka…boleh? ………..

Ya, susah juga hendak susah, ya?

3 Respons to "Susahnya nak susah!"

lol.. memang susah nak susah ni.. nice one! abgreds

zuls : terima kasih !
aisha : ye la tu.. sendiri mau ingat.

setuju!
semorang nak senangg.

masa susah jek dok ingat nak bantu org susah bila dah senang, bila dah senang?? lupaa semua. kann?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: