Blog Abgreds

Sesudah satu purnama

Posted on: 19 Julai 2010

Hari ini 19 Julai 2010, blog abgreds genap sebulan. Segerak merangkak, dua gerak bertatih, inilah rupanya wajah blog abgreds. Tentu masih banyak lagi yang perlu abgreds pelajari. 

Tiadalah se-gah mana, namun kelahiran blog abgreds ini tetap menjadi suatu memori peribadi. Sebagaimana kalian dulu, satu dua bulan dulu. Atau satu dua tahun lalu. Atau bagi blogger otai, sejak internet ini mula berkembang di negara kita ini.

Manusia perlu berubah. Manusia terlalu kerdil untuk mengasimilasikan dunia untuk dirinya. Sebaliknya, dialah yang perlu mengasimilasikan dirinya menurut perjalanan dunia. Tentunya dengan asimilasi yang sesuai bagi dirinya.

Kewujudan era IT mengecilkan dunia secara relatif. Batas sempadan dan masa menjadi kurang relevan. Semua masa menjadi serba pantas. Semua dataran menjadi sebuah pentas. Tiada lagi keterasingan. Tiada lagi kebersendirian.

Sebelum bulan yang lalu, abgreds hanya mengikuti dan memerhati. Belum terdetik untuk menyertai. Abgreds lebih senang kelana sendiri. Mengheret secarik usaha dan tawakkal, mengharung hidup sebelumnya ajal.

Sesudah sepurnama ini, dunia kecil abgreds sedikit berbeda. Diizinkan Allah, blog abgreds membuka jendela. Turut serta mencorak dan mewarna, menambah rencam dunia maya. Menjejak tapak kalian semua. 

Melewati sepurnama ini, seperti kalian juga, seterusnya abgreds berharap dapat mengaplikasikan medium internet ini sebaik yang mampu. Abgreds berharap boleh memperoleh pengetahuan, dan pada masa sama, cuba memanfaati pembaca sekalian.

Internet penuh dengan keterbukaan dan kerahsiaan. Cukup mengujakan. Banyak yang abgreds belajar. Misalnya belajar bahasa internet. Belajar berkomuniti dan berkomunikasi – berkata dan berdiskusi tanpa suara tanpa rupa. Cuma taip dan klik sahaja…

Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan bimbingan anda semua!

Salam dari Abgreds,

abgreds

4 Respons to "Sesudah satu purnama"

Salam ziarah, pertamanaya nak ucapkan terima kasih kerana meninggalkan jejak di shoutbox blog saya.

Maka kini lahirlah seorang lagi orang Muar dalam dunia blogging. Mudah-mudahan akan dapat bertemu suatu masa nanti untuk bertukar fikiran dan bersembang-sembang tentang dunia blogging.

Teruskan usaha yan murni ini untuk berkongsi informasi dan pandangan. Semoga suksess!!!

terima kasih atas nasihat otai blogger abg azam. abgreds selalu jugak jadi silent reader kat blog abg azam. nak cp ilmu buat blog! ngeh ngeh..

salam ziarah……
selamat datang ke dunia blog.
juga spt kamu masih lagi dalam pembelajaran selok belok berblog.
tgk blog ni nampk kemas =)

belajo memang tak abis-abis… blog beautiful rose lagi ‘ensem’. makasih ya, mai sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: