Blog Abgreds

Tuan sembahyang tuan puasa.

Posted on: 29 Julai 2010

Suatu ketika di suatu bicara… musafir ilmu si anak muda. Pemuda belajar ertinya haji. Bekal kiranya diseru nanti.

“Boleh saya tanya sesuatu?”, tanya pemuda itu. “Boleh saja, silakan”, balas Pak Khir.

“Kenapa pak cik tak mahu dipanggil tuan haji?”, tanya pemuda itu.  “Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji?”, Pak Khir menjawap dengan persoalan.

“Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah, pak cik?”, tanya pemuda itu. “Dekat tempat saya macam itu…”, sambung pemuda itu.

Pak Khir tersenyum. “Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu”.

Pemuda senyum kelat. Dahinya sedikit berkerut. “ Kenapa pak cik tak mahu ?”, tanyanya semula sambil merenung wajah Pak Khir.

“Apa perlunya gelaran haji tu. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat…”, terang Pak Khir.

“Kalau nak juga gelarkan haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat.. Yang puasa pula, Tuan Puasa Ali…begitu ke?”, tanya Pak Khir.

“Tidak pula pak cik”, jawap pemuda.

“Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?”, soal Pak Khir.

 “Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar para sahabat nabi haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar ulama’-ulama’ dahulu haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mulai faham.

“Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?”, soal pemuda lagi.

“Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu….”, Pak Khir tenang bertutur.

Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan.

Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa.

Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?…

p/s : entri ini bukan mempersoal atau menyinggung sesiapa, terutama mereka yang bergelar haji dan hajjah. Tetapi tidak salah untuk kita sama-sama merenung dan berfikir sejenak…

9 Respons to "Tuan sembahyang tuan puasa."

Assalaamu`alaikum abgreds.. artikel abgreds yang terdahulu membawa saya kepada artikel lama ini. Cuba mengenali perwatakan Pak Khira yang cukup menarik. Sinis bunyinya tapi kalau difikirkan kembali membawa satu anjakan paradigma buat kita.

wa’alaikumussalam wbt mama murai..
ada antara kalangan kita yang sama seperti pak Khir ini. ada juga yang sebaliknya, malah berbangga dengan gelaran tersebut.
itulah pencerahan yang cuba abgreds bawakan melalui entri ini.

terima kasih atas komentar anda semua.
pemerhati : pak khir sajer bagi suruh korang semua yg jawab
rashatie & nerzhul : bagus la cam tu…
profhariz , nur fanum & siti : terima kasih..

em.. entri ni bagus la. baru tersedar yg panggilan tu sume tak penting mana. yg penting adalah amalan kita. betul tak?🙂

org yg xnk tu..twaduk..rendah diri..yg nak tu xtau nk kata pe la

Jemaah yang Baik Berpunca Dari Imam yang Baik

Sangat baik entri nie🙂

New Entry Prof-Hariz
HADITH MENGENAI WANITA

salam tuan blog abgreds. ada kawan saya pun tak mahu dipanggil haji. segan katanya.

hmm..like my dad la…dah pegi haji tapi tak gunakan pun gelaran tu….

~~edit sikit-jgn maree..~~

sebenarnya Pak Khir tak tahu kenapa gelaran haji diberi, sebab tu dia cakap macam tu, …🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: