Blog Abgreds

Kepala nombor : Satu.

Posted on: 3 Ogos 2010

Kepada pembaca baru, sila baca entri terdahulu berkaitan : Catatan 1 – Nombor ekor, nombor kepala!

 Catatan 2 :nombor

“ Dalam kumpulan nombor kepala ni, ada tiga angka, satu – dua – tiga”

Ketiga-tiganya penting tuan-tuan. ‘Kepala’ lah katakan… memang penting. Ya tak? Cuba tuan-tuan jalan tak de kepala… hahaha… saya pun cabut lari!”.

Seluruh dewan riuh dengan tawa yang banyak. Berdekah-dekah. Tok penghulu yang gigi rongak tu pun tak tahan nak ketawa juga.

“Baik tuan-tuan, sedara sedari, kita terus pergi ke angka satu. Satu ini memang kepala nombor paling besar”, tukang cakap meneruskan ceramah.

“Satu ini, kata budak-budak komputer – keyword dia ialah paling. Perkataan paling. Itulah perkataan kembor bagi angka satu ni…”

“Paling ini ertinya level terakhir. Sehabis peringkat. Tidak ada lagi selepas itu. Jadi, mana-mana perkataan yang di sambungkan dengan perkataan ‘paling’ ini, ia memberi erti ‘yang satu-satunya sahaja’…”.

“Contoh tuan-tuan ya, yang paling pandai-maknanya hanya seorang itulah yang pandai. Kalau ada dua tiga orang, kita namakan ‘antara yang pandai…’, kan?”

“begitu juga – yang paling bangang, paling lawa, paling hensem, paling kaya, paling kayap…. siapa yang paling kaya tuan-tuan?”

“Bill Gates la..”, jawap seorang peserta. “Robert Kuok, raja gula”, sahut yang lainnya. “Sultan Brunei lagi kaya”, kata lagi yang lain.

“Bukan tuan-tuan…”. Tukang cakap menyambung lembut. “Yang paling kaya itu adalah kaya hati…”

Toing…! Kena kat batang hidung aku lah pulak! Dewan turut menjadi senyap. Masing-masing terkesima. Padan muka korang, dan muka aku…ngeh ngeh…

“Kaya hati ni kaya yang paling hakiki. Kita ni bukan kaya hati, tapi kayappp hati!…ha ha …”

Berderai lagi ketawa. Mengetawakan diri sendiri…emh, dah nasib…

“Baik tuan-tuan, sedari sedari…, kita tahu dah bahawa satu itu cuma satu, tak ada dua tiganya. Maka perlulah kita faham, kita tahu, dan kita jaga dia. Kalau yang satu itu kita tak jaga, maka habislah kita…mana nak cari lagi?”

“Apa contoh ‘satu’ yang penting tuan-tuan?”

“Satu ‘anu’ tuan!”, jerit satu suara. Haha… semua peserta dalam dewan ketawa.

“Awak nih…., satu tu jer yang ingat?”, balas tukang cakap dalam tawa yang bersisa.

“Sebenarnya, ada beberapa perkara yang cuma ada satu, yang perlu kita tahu. Saya ringkaskan dengan contoh berikut : satu tuhan iaitu Allah swt. Dialah yang maha esa, tuhan seru sekalian alam”

“Yang kedua ialah satu agama iaitu Islam. Agama yang diredhai oleh Allah swt. Agama yang tinggi dan tiada yang mengatasi”.

“Yang ketiga ialah nyawa. Semua kita ni ada satu nyawa saja. Bukan dua bukan tiga”.

“Kita kena tahu perkara ini tuan-tuan. Kita ditakdirkan untuk hidup. Allah swt. memberi kita nyawa. Dan diturunkan pula al-quran”.

“Jadi, tugas kita sekarang ialah belajar. Belajar tentang nyawa, tentang agama. Belajar mengenal Allah…”.

“Pendek kata, jika kita rasa sesuatu perkara itu cuma satu-satunya yang ada pada kita, maka mestilah kita berusaha mengetahuinya”.

“Kemudian dari itu, wajib pula kita belajar dan melaksanakan hak-hak yang berkaitan perkara tersebut….faham semua?….”

Senyap. Ada yang terangguk-angguk. Ada pula yang tersengguk-sengguk…

“Itulah dia pentingnya kepala nombor – nombor satu – tuan-tuan sedari sedari. Tak ada satu, tak adalah dua, tiga , dan seterusnya”.

“Baiklah, hari pun dah petang. Kita rehat dulu. Esok kita sambung pasal kepala nombor – nombor dua pula”.

“Sekian dulu, terima kasih banyak-banyak, dan assalamu’alaikum wbt…”

2 Respons to "Kepala nombor : Satu."

terima kasih atas komen anda ..beautiful rose.

entry yang menarik.x sabar nak tgu entry y seterusnya..ada unsur2 motivasi..thanks 4 sharing =)

Tinggalkan komen

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 65,622 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my