Blog Abgreds

Kepala nombor Dua.

Posted on: 4 Ogos 2010

number* entri ini adalah sambungan 2 entri terdahulu.

Catatan 3 :

“Tuan-puan, sedara sedari…, ini ada satu ujikajilah, ya”.

“Cuba pada suatu masa, kita sorang-sorang pergi dekat bus stand. Lepas tu kita cakap sorang-sorang!. Cuba jer…”

“Lepas tu, kita ketawa sorang-sorang… aaa…ha ha ha, aaa… ha ha ha…- agaknya tuan-tuan, apa orang pikir pasal kita?”

“Ya… tuan-tuan…, dah tentu orang pikir kita ni gi…? …gila…”

“Ada kat sini yang cakap sorang-sorang?”, tanya tuan penceramah.

“Tu yang tengah pegang mic tuh!”. Ha ha ha…berderai tawa di dewan. Tuan penceramah turut ketawa.

“Sapa yang cakap tu, mai sini engkau…”, tuan tukang cakap membalas. Dewan masih kedengaran tawa-tawa kecil.

“Baiklah, baiklah…pandai engkau ya. Sekarang kita pergi pada point kita. Kita dah dapat bayangkan, macamana kalau kita ni hidup sorang-sorang”.

“Memang susah tuan-tuan…, memang susah. Sebab itu Allah swt. beri kita kawan untuk hidup. Ada nombor satu, adalah kawannya , nombor dua. Pentingnya nombor dua ni tuan-tuan, banyak benar, mari kita tengok.”

“Bagi nombor dua ini, keyword dia ialah pasangan. Istilah pasangan ini merujuk kepada maksud ‘ada satu lagi yang berkaitan’.”

“Rujukan ini pula boleh dibahagi dua, iaitu rujukan sebanding dan rujukan silang. Rujukan sebanding adalah yang sama, padan, dan setara. Misalnya satu lelaki dengan satu lelaki, jadilah dua orang lelaki…”

“Manakala rujukan silang adalah rujukan pembeza, dan berlawanan. Misalnya, satu lelaki dengan satu perempuan, jadilah apa tuan-tuan?”.

“Jadi anak!”, sahut seorang. “Ish, sedara ni, jadi pengantin dulu lah…”, sampuk peserta lain. Tuan penceramah senyum saja.

“Betullah tu…apa yang perlu kita faham, bahawa kedua – dua rujukan ini membawa satu peranan yang sama iaitu pelengkap.”

“Allah swt. dah bagi banyak contoh, tuan-tuan. Ada sejuk – ada panas. Ada laki-laki – ada perempuan. Ada betul – ada salah. Ada kaya….ada miskin. Semua itu ada peranan masing-masing”.

“Dalam banyak-banyak contoh tentang dua ini, ada tiga perkara yang amat dekat dengan kita yang bernama manusia ini.”

“Pertamanya ialah tentang Allah swt. dan Nabi Muhammad saw. Kita sedia maklum, seluruh alam ini serta isinya adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa. Dan Allah menciptakan seluruh alam ini dengan sebab kemuliaan yang diberi kepada nabi kita itu…”

“Justeru, kita sebagai orang mukmin, mestilah sentiasa ingat kepada kedua-duanya – Allah dan rasul-Nya… sentiasalah berwirid berzikir semampunya, ya tuan-tuan.”

“Jangan asyik lalai dengan dunia ni. Lalai dengan kerja. Lalai dengan pak we mak we, henset, komputer, internet tu…ya?” 

“Dua yang kedua, ialah tentang ibu dan ayah kita. Itulah dia duo yang berjasa. Mereka membesarkan kita, memelihara, mendidik, menjaga… tak terkira kita akan jasa dia orang, tuan-tuan”.

“Hormat dan kasihi mak ayah kita. Tak guna rumah besor, duit besor, keta besor, bini besor…eh bini lawo…kalau kita tak hormat orang tua kita, betul tak Tok Penghulu?”.

Gamat sekejap dewan dengan celoteh tuan penceramah. Tok penghulu terangguk-angguk.

“Tengok tok kita ni, jawatan besor pun sama saja macam kita. Makan pakai sama semua. Barulah namanya pemimpin masyarakat…ya tak?”

Tersengih tok penghulu. Buat-buat tak dengar le konon…

“Dua yang ketiga pula, tuan-tuan sedara sedari…ialah pasangan hidup dan mati. Ini satu lagi ni. Bab hidup okey. Suka kita cerita pasal hidup. Tapi bab mati ni…hei…susah!”

“Kalau saya tanya, esok siapa yang nak hidup? Wah, masing-masing panjang leher. Semua nak hidup. Konpidennn… je ,kan?”

“Kalau ditanya, esok siapa yang nak mati? Huh, mula la tunduk je. Nyorok-nyorokkan muka. Murung je. Buat muka seposen. Apa ni tuan-tuan?”

“Mana keadilan untuk diri kita ni? Tak boleh macam tu. Lepas hidup, kita akan mati. Jadi, kita kena belajar untuk hidup, dan untuk mati. Barulah jalannya tu tegak gitu… ”.

“Macamana nak belajar mati? Ha, yang informalnya, pergilah jenguk sedara-sedara kita yang dah meninggal tu. Ziarahi pusara dia orang…sedekah fatihah…doa, kan boleh macam tu.”

“Ingatlah, satu hari nanti kita pun akan mengikuti jejak mereka tu, kan?”

“Jadi, tuan-puan sedara sedari semua, inilah maksud saya dalam membincangkan tajuk kepala nombor ini. Kita dah tau pentingnya nombor satu. Kita dah tau perihal nombor dua.”

“Insya Allah, kita akan semak yang nombor tiga pada sesi seterusnya, ya. Er… mana tadi yang nak cakap sorang-sorang, marilah ke depan?”

Senyum-senyum semuanya. Entah, aku pun dah lupa yang mana orangnya.   

“Baiklah, baiklah…saya gurau aje. Kita berhenti rehat dulu, ya.”

“Sekian, terima kasih banyak-banyak, dan assalamu’alaikum wbt…”

4 Respons to "Kepala nombor Dua."

kepada adilah, zik dan crk… terima kasih atas komen..

singgah… blog yang menarik!

ya betul tuh bro..terima kasih diatas peringatan tuh..

notes:- zik dah link kan..terima kasih..

uoWhh.. bgus citer ni.. ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: