Blog Abgreds

Gebang si tukang-tukang.

Posted on: 9 Ogos 2010

Anda seorang pelukis? Saya bukan pelukis. Saya tidak berbakat dalam lukisan. Tapi saya suka lukisan. Saya suka cara berfikir seorang pelukis.

Lukisan mengandungi seribu perkataan, kata bijaksana. Malah beribu-ribu perkataan, atau lebih lagi. Terutama lukisan abstrak.

Seorang pelukis sama seperti manusia seni yang lain, ingin menyampaikan sesuatu cerita. Cuma medium yang digunakan tidak mengizinkan dia bercerita menggunakan aksara dan kosa kata.

Justeru semua frasa dan ayat, subjek dan predikat, diletak baik-baik di dalam mindanya. Jadi tukang karang dahulu. Setelah itu, barulah ia mula bercerita…

Dengan menggunakan kemahirannya melukis, si pelukis bermain dengan cat dan warna. Sekarang dia beraksi sebagai tukang cat. Satu warna dan calitan mewakili suatu kisah, suatu rasa dan suatu makna. Hingga akhirnya, lengkaplah menjadi sebuah lukisan.

Apabila hasil tersebut dipamer, maka tiba saatnya si pelukis menjadi tukang cerita. Bersuaralah dia dari mula sampai habis, akan maksud dalam karyanya. Bersungguh dan bertegas tentang warna dan simbolisnya.

Namun dia sedar, tidak semua orang memahami. Melihat kerut-kerut di dahi, si pelukis amat mengerti. Mulailah dia menjadi tukang terjemah. Yang ini ertinya begini. Yang itu ertinya begitu….katanya dengan berhemah.

Tetapi, ya ampun sang pelukis. Kiranya saya ini bukan berjiwa seni. Tiadalah yang dapat saya fahami, melainkan sedikit sekali.

Namun izinkan saya mengagumi kamu sang pelukis. Kagum dengan usahamu menyampaikan maksud karyamu itu. Bersusah payah cuba memudahkan suatu erti pada mereka yang ingin mengetahui…

Kita semua ada cerita sendiri. Kita faham cerita kita, waima apa pun bentuknya. Tapi tidak untuk orang lain. Mereka perlu memahami kita dahulu, untuk memahami cerita kita. Dan ini belum tentu mudah bagi mereka…

Cubalah kita bersusah payah sedikit memahami kesusah payahan orang lain terhadap kita…

7 Respons to "Gebang si tukang-tukang."

salam ramadan . terima kasih atas komen anda.
ierah , yanamib : kita hargai bakat sendiri, hormati bakat orang lain.
farass : ok. abgreds pun suka ayat orang lain yg ‘ensem2’ .
tmukmkd : betul2…nak kena ngeteh baru kenal🙂
alissa : bagus la itu. nanti boleh buat blog seperti emila yusof..

melukis ngan saya tak dapat dipisahkan..umpama irama dan lagu

ada banyak dikepala tetapi tiada apa yang dapat ditulis.😀
mungkin tak cukup mengenali kamu

“Kita semua ada cerita sendiri. Kita faham cerita kita, waima apa pun bentuknya. Tapi tidak untuk orang lain. Mereka perlu memahami kita dahulu, untuk memahami cerita kita. Dan ini belum tentu mudah bagi mereka…
Cubalah kita bersusah payah sedikit memahami kesusah payahan orang lain terhadap kita”

suka ayat ni.. thanks 4 de share

sy xpandai melukis…tp suka tgk org melukis..hehe~

sy pun sama..sgt2 la suka tgk lukisan yang cantik2.. tp nak buat cmne.. x der bakat nak mewarna apetah lagi melukis.. bila tgk lukisan cantik2 leh terpegun dibuatnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: