Blog Abgreds

Puasa Red de’ Maiza.

Posted on: 11 Ogos 2010

Red, engkau jangan lupa. Esok lusa dah nak puasa ni.

Jangan liat. Jangan ponteng. Jangan puasa olok-olok macam dulu. Engkau tu dah besar. Dah nak kahwin. Lagi tak mahu puasa. Apalah engkau ni. Malulah aku ada member macam engkau ni.

Bukan olok-olok, tapi aku…

Ah, sudahlah, Red. Aku datang ni nak adjust sikit engkau tu. Aku tau aku pun bukan baik sangat. Tapi kalau kawan aku spesis engkau, aku tak boleh diam la Red. Ni puasa wajib Red, tak buat kena dosa. Nanti kena masuk neraka, siapa susah? Engkau… jugak!

Aku tahulah. Karang aku puasalah…

Wei, berapa banyak karang da…ni dah masuk tiga tahun engkau punya karang tau. Tak apa, aku ada plan cantik punya tahun ni. Tahun ni kalau engkau ponteng juga, aku terpaksa report kat Maiza.

Eh, apa ni? Malulah aku…

Ai? Kat orang engkau malu. Kat tuhan tak malu. Kat mana engkau ngaji? Red, engkau tu nak jadi suami orang. Kesian kat Maiza, mati-mati dia ingat engkau puasa tahun lepas. Aku pun kena subahat pulak!

Ala Man, tahun ni jer. Last-last, tahun ni jer…

Eh bhai, aku bagi last warning ye…engkau nak aku report kat Maiza ke, atau dekat Haji Dollah? Ha, jawap-jawap… ha, lagi satu…engkau jangan tak tau Maiza tu pun syok kat aku, karang aku yang nikah karang…

Wei, baik punya cilok! Apa punya kawan la.. okeylah, okeylah.. aku puasalah. Betul-betul ni…

Ha, jangan tipu arr. Aku tak nampak, tapi Allah nampak. Tu, kiri kanan kau tu, ada penjaga. Kalau engkau tipu, aku tuntut karang. Lagi satu, niat tu biar betul. Puasa kerana Allah Taala. Bukan kerana Maiza atau Haji Dollah. Ingat tu!  

Ye lah. Ye lah..aku tahulah..terima kasih banyak yer….

Peh, apa punya cuaca hari ni? Pagi-pagi dah kena leter dengan Man. Padan muka aku! Belajar kena leter aku hari ni…

Man : korang semua jangan ikut tune ini budak Reds. Puasa rajin-rajin, puasa sungguh-sungguh. Nanti saper sayang korang? Akuu… jugak! 🙂🙂

Selamat menjalani ibadah puasa…

4 Respons to "Puasa Red de’ Maiza."

azatie dan cik mawar … terima kasih dan selamat berpuasa kpd anda juga.

salam red….makasih berkunjung keblog saya..selamat berpuasa…& selamat brbuka ptg nanti…

Selamat Menunaikan ibadah puasa En.Red😀

ramai gk peminat ustaz nih.
jaga2, bulan 10 ni tutup pintu dah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: