Blog Abgreds

“Jangan diam-diam Tuman…”

Posted on: 19 Ogos 2010

Diam tak diam, dah dua bulan dah. Two month kata orang putih. Mengadap  komputer. Ketak ketik ketak ketik menaip.

Kononnya nak jadi pengarang. Pandai tulis macam-macam. Haha…berangan jer. Boleh ke berangan macam itu ? Boleh, apa salahnya.

Yang tak boleh tu, berangan saja tak sudah-sudah. Tak buat kerja. Itu tak siap. Ini tak siap. Ha, berangan macam ni pelangkung je jawapnya.

Entri ni pun bukan dok tengoookkk je boleh siap. Nak citer apa? Citer cara mana? Rencana ke, cerpen ke, lawak ke, serius ke…

Itu belum kisah pasal pembaca. Boleh ke kau orang terima entri syok sendiri seperti ini? Hem…banyak benda nak pikir tu. Dulu tak ada blog, tak payah nak pikir semua ni. Ha, sekarang ambik ko abgreds! Huhu…

Ok anda di luar jangan terasa. Ini abgreds ngomel sendiri. Inilah rasanya bila kita mencuba sesuatu yang baru.

Pasti ada pro dan kontra dalam diri sendiri. Sebelum dan sesudah itu cukup berlainan. Kena bijak mencari imbangan. Kini , sesudah berada di alam siber, pro dan kontra itu melebar luas di kalangan pembaca pula.

Itu realiti. Jika kita berkeinginan menulis, serta membenarkan khalayak mengikutinya, maka bererti kita sedia berdepan dengan mereka.

Segala persepsi dan interpretasi mereka harus diterima dengan hati terbuka. Di mana ada penerimaan, di situ ada penolakan.

Sebagaimana kita rela dengan penerimaan, maka relalah pula dengan penolakan. Adil dan saksama. Setiap satunya ada rahsia.

Lewat dua purnama, abgreds belajar dunia siber. Segala komentar, kritik dan saranan dan sokongan anda semua, hanya Allah swt. yang membalasnya.

Sekian untuk kali ini, terima kasih sekali lagi…terima kasih

6 Respons to "“Jangan diam-diam Tuman…”"

salam abgreds. w/pun br 2 bulan, tp dah byk berkongsi berbanding ngan blog sy yg dah setahun tu, masih tak banyak lg perkongsiannya. apapun terus istiqomah dlm penulisan.

terima kasih atas komen dan sokongan anda. abgreds cuma cuba yang termampu seperti adanya ini.

Salam…thanks sudi singgah teratai buruk hamba.huhu

Even Abgreds kata Abgreds ni baru dalam dunia siber (saya pun baru jugak.hehe), tapi entri-entri Abgreds best ohh.

Bukti?

Ni saya nak link blog Abgreds ni. Izin tak?hehe

terima kasih atas komen. silakan link kalau sudi. makasih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: