Blog Abgreds

Puasa seorang pakwe…

Posted on: 21 Ogos 2010

Pukul tujuh buka puasa. Makan nasi tambah-tambah. Teguk air tak kira-kira. Perut kenyang duduk termengah.

Pukul lapan buka komputer. Layan internet, layan chatting. Ingat buka sekejap saja. Alih-alih sampai terbaring.

Pukul sembilan masih kat situ. Mak ayah tak ambil tahu. Pukul sepuluh member telefon. Ajak keluar nak pinjam handphone.

Pukul sebelas keluar rumah. Dekat dataran janji berjumpa. Pukul dua belas perut keroncong. Pergi ke gerai pekena mi bandung.

Pukul satu mata dah celang. Member borak tungtang tungtang. Pukul dua tidak terasa. Embun sejuk? Eh, jaket kan ada?

Pukul tiga telepon bunyi. Ingatkan umi, rupanya siti :)  . Cuma tanya “nak sahur apa?” “Dengar suara u pun dah kenyang” jawabnya.

Pukul empat telepon lagi. Ni kat mana ni? Tanya si umi. Ada ngan kawan, dia jawab. Dengan mata mulai sembab. 

Pukul lima singgah kat warung. Makan sahur esok puasa! Pukul enam mata dah cengkung. Balik rumah digagahkan jua…

Pukul tujuh sampai satu. Qada tidur qada mimpi. Pukul dua sedarlah baru. Ingat dah buka, em.. belum lagi.

Pukul tiga keluar rumah. Kedai bazar habis diredah. Pukul empat terasa penat. Lepak-lepak sambil mengurat…eh bukan,istirehat…

Pukul lima di bazar ramadan. Pilih-pilih mana berkenan. Pukul enam balik rumah. Tak sudah-sudah jeling juadah.

Pukul tujuh buka puasa, sila baca dari mula…🙂

p/s : ha, kawan-kawan, Red tak cerita pun pasai sembahyang ka, terawih ka…kau orang jangan pandai-pandai tambah aarr…

Kita tengok zahirnya saja. Hati budinya kita tak tau. Bersangka buruk menambah dosa. Hanya Allah yang maha tahu.

Mari kita belajar baik sangka posa-posa ni. Tak gitu siti?

Sumber : kawan pakwe si siti payung.

6 Respons to "Puasa seorang pakwe…"

oo aa’aah la. tq2😀

alamak.. terasa! haha

che arm, ko ganti jadi hero citer ni lah. boleh? terima kasih datang sini.

memang terkene kat ramai orang ni🙂

abgreds….

pengalaman kah ini? hehe.

er…citer dulu ni. sapa tah hero dia. lupe lak… 🙂 timokasih mai sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: