Blog Abgreds

Puasa @ Suria Bmcc

Posted on: 27 Ogos 2010

Nama aku Man, kawan Red. Tumpang blog dia. Aku tak ada blog. Tak pandai buat blog. Tak reti tulis blog.

Aku nak citer sikit ni. Ala, citer orang marhaen macam aku. Semalam dok aku tengah lepak kat opis, boss suruh aku hantar barang.

Alamak boss, dah tengahari ni. Petang sikit le. Petang? Sergah boss aku. Panas ni boss. Aku kerut-kerutkan dahi. Ala, macam tak biasa, balas boss.

Bukan macam tu, semalam lupa sahur boss. Aik? Asyik lupa je. Buka tak lupa pulak. Dah-dah, customer dah tunggu tu. Pergi-pergi…

Aku tak kuasa la kan. Dia boss. Aku kuli. Aku ambil barang, ambil jaket, start motor. Hui, panas giler weh. Takpe-takpe, demi duit raya.

Dengan matahari terpacak atas kepala, dengan jalan jam, aduh! Panasnya korang tau la. Kena masa tunggu lampu hijau, peeehhh.

Tengah dok tunggu tu, parking lak sebelah cina jual buah potong. Tembikai, jambu, nenas. Ada air cikang, air kelapa… aduuhhh…

Nasib baik le aku anak cucu tok bendang. Dari kecit dah selalu berpanas berhujan. Kalau aku anak dato’ tak tau lah. Anak orang kaya ada rasa susah ke? Aku tak tau sebab aku bukan anak orang kaya ! 🙂

Balik opis je, duduk bawah air-cond. Fuh, kering tekak beb. Ujian betullah. Dah lega sikit, aku pun terpikir. Agaknya dia orang yang kerja teruk-teruk tu macamana pulak? Yang kerja kontrek, kerja gali lubang tutup lubang.

Tak pun orang kampung yang kerja berpanas. Buat bendang. Memerun. Nyawit. Tukang rumah. Samalah kena lapar kena panas.

Pas tu, dia orang tak ada air-cond, aku ada la jugak,walaupun boss punya. Kira aku sikit okey dari dia orang.

Tapi boss aku lagi okey lah. Duduk dalam air-cond. Tak kena panas. Huhu, someday aku nak jadik macam dialah.

So, sapa-sapa yang kerja dalam air-cond, tak pun kerja yang tak kena panas dan hujan tu, syukurlah banyak-banyak.

Aku? Syukur jugak. Kerja kontrek? Sama. Semua pemberian dan kurniaan Allah Taala sama juga. Tinggal kita jer..nak syukur atau tidak.

Man : belajar bercerita.  Abgreds : belajar tulis cerita

Bmcc : bandar maharani city center…ceh!

8 Respons to "Puasa @ Suria Bmcc"

betul tuh. mana2 pon same jji pendapatannya halal.🙂

ok tu. terima kasih bagi komen…

ada pejabat rasa nyaman sllu, bila dpt klr best gak sb dpt cuci mata tapi lagi besh klu waktu tu bukan time pose maksud hari biasa sure mengulur jer lebih heee

ni ngulur apa ni suri. macam tau-tau je ni…ok terima kasih suri sudi jenguk abgreds.

Bila kita pandang orang di bawah..
Kita akan lebih besyukur apa yg kita ada..
apa yang kita rasa 🙂

terima kasih mai sini dan bagi komen missgee.

ada aircond ke tak der ke…janji halal…kerje cikgu pun tak duduk bawah aircond,lagi guna suara kalah orang jual barang kat pasar malam…sampai kul satu,suara pun tak boleh keluar dah…..

betul tu cikgu nurin. arr.. dengar tu semua murid-murid. kesian kan kat cikgu-cikgu kita. nanti raya datang rumah cikgu tau.. ingat kat jasa cikgu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: