Blog Abgreds

Atuk ‘in making’.

Posted on: 1 September 2010

imej dari google

Assalamualaikum atuk. Harap atuk dengan nenek sihat wal afiat.

Cucu di sini sekejap baik sekejap sihat. Sekarang ini banyak penyakit, atuk. Tak macam zaman atuk jadi cucu dulu.

Kawasan rumah abah ini pun baru kena sembur dengan ubat denggi. Baunya kuat. Cucu tak tahan pergi tekup hidung dengan kain basah.

Abah pun kurang sihat. Udara di sini tak bersih la, atuk. Tak macam udara kat kampung. Bersih. Sejuk. Nyaman. Eee..bestnya kat kampung, atuk.

Atuk, atuk masih buat bendang ke? Lama cucu tak turun ke bendang. Abah tu sakit saja. Entah bila nak balik kampung.

Atuk, kenapa orang dulu kuat-kuat? Kenapa jarang sakit-sakit macam atuk dengan nenek? Kalau cucu jadi orang dulu, cucu pun boleh kuat juga ke?

Tadi cucu tanya pada abang, abang kata tak tau. Dia kata nanti kalau cucu dah tua, dah jadi atuk, baru cucu faham. Hmm..lamanya nak faham!

Lama sangat la, nanti cucu lupa. Kalau cucu jadi atuk sekarang boleh tak? Karang cucu belajarlah jadi atuk dengan atuk. Bolehkan, atuk.

Cucu nak belajar macamana nak sihat dan kuat macam atuk. Atuk ajar cucu tau. Nanti bila abah balik kampung, cucu ikut atuk pergi bendang. Pergi hutan. Panjat bukit… ya atuk?

Okey atuk, cucu nak buat kerja sekolah dulu. Assalamualaikum atuk…

****

Dulu masa jadi budak kecik, teringin jadi budak besar.

Dah jadi budak besar, teringin pulak  jadi bapak budak.

Dah jadi bapak budak, teringin jadi budak kecik balik…ngee…

Tiba-tiba teringin jadi cucu pulak! Bukan nak jadik atuk!

Panjang umur nak, jadi atuk tak nak!

Manusia..manusia…eh salah, Abgreds…abgreds… 🙂

Hem, ada bakat ke aku jadi atuk ni?

1 Response to "Atuk ‘in making’."

huhu comelnye sape yang nak jadi atuk tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: