Blog Abgreds

Bukan senang nak senang.

Posted on: 17 September 2010

Kita ada sedara. Dia tanya kita, kita tak mau ke jadi jutawan? Sambil hulur risalah, flyer dan apa benda entah…

Macam-macam iklan nak jadi jutawan. Macam senang aje nak jadi jutawan. Macam mudah aje bila dah jadi jutawan.

Kita tanya dia, dah pernah jumpa dengan jutawan ke? Tak pun jumpa dengan ribuwan atau ratuswan? Pernah tanya sendiri dengan dia orang?

Kita bukan tak suka jadi jutawan. Semua orang pun nak senang macam jutawan. Tapi bukan senang jadi jutawan. Susah. Tanyalah dia orang.

Sekarang zaman dah canggih. Kerja cari duit canggih. Kerja curi duit pun canggih. Lepas bermati-matian cari duit. Kena bermati-matian pulak jaga duit!

Nak jaga duit singgit pun payah. Mat gian, mat rempit bersepah-sepah. Jalan kaki kena samun. Naik motor kena tendang. Tak pasal-pasal masuk sepital. Lagi haru, masuk kubur. Eh, betul ni sedara.

Ini lagi nak jaga duit satu juta, dua tiga juta…uuiii banyak tu. Sebanyak hati-hati dan mata-mata busuk yang berangan nak merembat duit itu.

Sedara, rasa kitalah, nak jadi jutawan tu boleh. Tapi ilmunya mau khatam dulu dong. Macamana mau jadi jutawan…yang rezekinya halal…

Macamana mau mengurus berjuta wang…yang caranya berkat… Macamana mau belanja…yang jalannya selamat…banyak tu nak kena belajar.

Katalah sat lagi sedara dapat satu juta, apa agaknya sedara nak buat? Sempat tak agaknya nak buat apa yang sedara nak buat tu?

Semua orang suka wang. Siapa ada wang, semua orang suka. Yang baik, yang buruk, yang sayang, yang benci, yang jahat…semua ada.

Itu harga menjadi jutawan. Bukan senang nak senang. Nak jadi senang itu susah. Dah jadi senang itu pun susah!

Allah Taala Maha adil. Menjadi miskin ada uji dan duganya. Menjadi kaya pun ada uji dan duganya juga.

12 Respons to "Bukan senang nak senang."

memang bukan senang nak senang, semua orang tahu tentang tu… tapi pihak yang bagi risalah, flyer dan sebagainya tu macam senang jer nak ajak kita jadi jutawan walhal dia orang ni pun belum lagi jadik jutawan.

bila kita tolak dikata kita negatif, taknak percaya dan entah apa apa lagi, konon dia orang nak tolong tapi kita tak nak. dikata kita tak nak usaha untuk mengubah nasib…

kalau nak jadikan aku jutawan, aku memang nak. transfer jer 1 juta kat akaun bank aku…. tak berani pulak… hahaha

terima kasih bagi komen abg azam. abgreds pernah jumpa situasi macam tu.. last-last member tadi tak ke mana pun. dah termalu pulak dengan abgreds…

Bukan susah mau susah, bukan senang mau senang🙂

betul tu nine. nak senang kena usaha. nak susah pun kena usaha juga!

dah senang pun susah jugak..

tapi aku nak senang jugak.hahaha

dah betullah tu, susah dalam senang ok lagi daripada susah dalam susah…

Ketupat palas dah dtg..nak up traffic kuah kacang! ;D

salam kenal untuk anda bro.
ketupat palas kuah kacang, lawat balas.. abgreds akan datang…:)

yup. betul tu. bukannya senang nak senang, bukannya susah nak susah😀

ko tu bila nak jadi jutawan noble? boleh belanja abgreds ngeteh..🙂

tunggu maybank buat lucky draw hadiah RM1juta, pastu sy lak yg dpt.. something like that la :p

iyalah tu noble. baik abgreds ngeteh sekarang jugak!…ngee..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: