Blog Abgreds

Tidak sama, bukan salah…

Posted on: 21 September 2010

Kita sudah belajar dan berilmu. Kiranya tidak salah untuk kita mengeluarkan pendapat. Memang boleh. Berilah pendapat kita.

Seterusnya, kita cenderung mempertahankan pendapat kita. Kita yakin kita benar. Itu juga boleh. Sebab kita ada sandaran ilmu.

Dan seterusnya lagi, kita meremehkan pendapat yang lain. Yakinnya kita tiba-tiba menjadi hijab untuk menerima pandangan sekunder.

Justeru, kita menjadi cenderung untuk mengatakan pendapat orang lain salah. Tanpa mengetahui ilmu disebalik pendapat yang dikeluarkan itu. Nah, inilah yang tidak boleh!

Inilah tertib yang selalu kita langkau dalam menguruskan masalah berbeza pendapat. Iaitu kita sudah menghukum salah sebelum bersalah.

Apabila berhadapan dengan perbezaan pendapat, sepatutnya kita belajar dan mengerti makna berbeza pendapat.

Berbeza ertinya tidak sama atau lain, bukan bererti salah!

Berbeza pendapat ertinya berlainan pendapat. Bukan pandangan aku betul, pandangan engkau salah. Bukan itu.

Betul atau salah sesuatu pendapat itu cerita lain. Itu proses seterusnya dalam mencari penyelesaian atau persamaan.

Betul atau salah boleh diperhalusi dengan perbincangan, muzakarah, dan penelitian sumber pendapat tersebut. Sesudah itu, barulah kita boleh jelaskan status pendapat tersebut samada betul atau salah.

Justeru, jika bertemu dengan perbezaan, katakanlah “tidak sama” dan bukannya “salah”. Ini persepsi awal yang paling adil.

Dengan ini, kita dapat mendidik diri agar menghormati pendapat orang lain. Sekaligus mengelakkan dari berburuk sangka, sombong, tinggi diri, dan ego.

Yang penting, kita selangkah waspada agar tidak menjatuhkan maruah serta memberi fitnah kepada orang lain. Ini teramat-amat penting!

Semoga kita mengerti sekarang. Berilah dan aplikasikan makna sebenar berbeza pendapat. Beza ertinya tidak sama, bukan betul atau salah.

Pengertian ini barangkali juga ‘tidak sama’ dengan anda. Jangan ‘salahkan’ saya. Saya juga tidak sama sekali ‘menyalahkan’ anda.

Insya Allah, dengan cara ini, kita sama-sama ‘betul’ dan beradap dalam berbeza pendapat.

Apa agaknya pendapat kalian?

5 Respons to "Tidak sama, bukan salah…"

stujula~
kata ‘salah’ pastinya mematikan perbincangan. Namun, jgn pula sukar mengatakan ‘salah’ andai kesalahannya itu sememangnya dan setegasnya perlu di perbetulkan. Kadang-kadang org nih tak faham. Kadang-kadang juga orang ni buat-buat tak faham sebab terlampau bertegas dgn pendapatnya. Maka kita pn susahla kalau kita tak bertegas~huhu. nampak mcm setuju ke tak setuju nih..
makna kata bil hikmah la. kalau perlu ..ya perlulah bertegas..selagi tak perlu..maka bertenang~

dalam konteks guru dan murid, mungkin mudah menentukan kata putus. yg sukar adalah pertembungan dua pihak yg sebaya atau setara tapi beza latar ilmu dan didikan. aduh, semua rasa dia yg betul…

Sangat setuju dengan pandangan dalam ni.

bagus artikel nih. bagi saya setiap orang ade pendapat masing-masing dan berhak keluarkan pendapat mereka. takde yang betul atau salah dalam mengeluarkan pendapat. melalui pendapat kita boleh share info dengan orang lain.

terima kasih eiela. yg penting jangan cepat menyalahkan orang lain. kita tak tahu apa yg dia tahu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: