Blog Abgreds

Cikgu garang tak pernah senyum.

Posted on: 23 September 2010

garangAku teringat kepada cikgu aku yang seorang ni. Muka dah la garang gaya algojo. Yang paling aku ingat – tak pernah nampak dia senyum.

Kami semua memang kecut dengan dia. Bila tiba masa subjek dia aje, sunyi sepi kelas macam dilanggar garuda.

Satu hari tu, dia masuk dengan muka yang super masam punya😦 . Biji mata macam nak terkeluar. Pucat lesi kami dibuatnya.

“Hari ini saya nak kamu buat kerja sendiri. Jangan bising. Faham?” katanya dengan suara yang kuat. “Faham, cikgu”, jawab kami.

Lega sikit. Tak mengajar maknanya tak adalah antara kami yang kena marah, kena herdik, kena denda itu ini seperti selalu.

Cikgu lalu duduk di meja guru dan sibuk buat sesuatu. Sesekali dia menjeling kami. Muka tetap garang. Kami tak terkutik pun. Terpaku kaku.

Tiba-tiba cikgu tu berdiri. Mukanya lebih masam. Dikepal-kepal sehelai kertas lalu dibaling ke tong sampah. Fuh! Kami dah cuak semacam.

Semua mata terarah ke cikgu. Cikgu tu juga memandang kami. Seketika kemudian, mukanya bertambah merah.

Tiba-tiba kau orang tahu, dengan muka yang bertambah merah tu, cikgu jalan perlahan-lahan. Mata kami mengikut saja. Pergi ke mana?

Laa… dia pergi kat tong sampah tadi. Dia ambil balik kertas yang dibuang tadi. Dan itulah…itulah kali pertama kami tengok dia senyum.

Senyum dengan muka merahnya. Mulalah ada antara kami yang tersenyum. Lama-lama… cikgu ketawa. Pecah juga ketawa kami seisi kelas, wakaka… gelinya hati kami.

Tak tertahan kami dengan insiden cikgu tu. Bayangkan muka seorang algojo tiba-tiba berubah jadi wajah badut sarkas…lawak la cikgu!

Kadangkala kita terkena juga peristiwa yang memalukan diri. Apa nak buat. Sesekali jadi sang badut okey apa…mengembirakan orang lain.

Dan cikgu kami itu telah belajar sesuatu – kurangkan garang, tambahkan senyuman… betulkan, cikgu?

p/s : gambo hiasan je…bukan gambo cikgu ensem aku arr.. :)

19 Respons to "Cikgu garang tak pernah senyum."

Nampaknya saya kena kurangkan garang. Nanti tersalah kepal kertas, malu sendiri.

=)

Hehe…cikgu Sephi ni garang ke? Mestilah..budak-budak zaman ni tak boleh cikgu lembut-lembutkan…semoga suksess cikgu….

hye, salam ziarah d sni..wah wah wah, lucu punya story..kenapa cikguu tu tak penahh senyum?? atau korang semua nakal nii?? haha..

sebenarnya muka cikgu tu memang kategori serius. senyum pun nampak serius. garang apa lagi le… terima kasih bagi komen fifiey.

hehe. cikgu garang bdk respek zaman dlu ar. skg je da lain. hmm

sekarang nak jadi cikgu garang kena pikir sepuluh kali..

lain sekarang nie … cikgunya lain .. muridnya pun makin2 lain…

iyalah zik. dah tu teks pembelajarannya pun lain. dah kurang berkesan untuk budak-budak sekarang…

skrg anak murid dah x mcm dlu kan, kalo murid skolah menengah ni mmg ssh sket nak kawal biar cikgu garang camne pun

itulah yg kita dengar dari cerita cikgu-cikgu ni. dia orang ni fight dengan pelbagai gajet internet utk membentuk insaniah budak-budak. satu cabaran besar…

itu cerita dulu, anak murid memang takut kat cikgu, hornat kat cikgu sebenarnya….

sekarang, kalau ada cikgu yang macam tu anak murid tak takut pun… sikap hormat macam dah tak ada lagi…

cikgu sekarang bercakap dengan murid pun kau – aku, kalau dulu saya – kamu… nampakkan kekasaran bahasanya….

cerita lebih-lebih nanti cikgu marah, kata anak murid kurang ajar. anak murid pulak kata cikgu bodoh!

nak salahkan siapa?…. tolong fikir-fikirkan bersama…

dulu nak belajar kurang ajar kat mana bang azam?.. internet tak de, komputer tak de…yg diikut cakap dan tingkap cikgu la. cikgu dulu pun pekerti maintain tip top punya. sebab tu murid hormat cikgu. bagi abgreds, ini semua adalah kos yg perlu dibayar bagi sebuah pembangunan yg tidak seimbang pengisiannya…
* abg azam, tadi pegi blog abg tapi tak boleh buka – kena pakai rss baru boleh..

itulah susahnya kalau terlebih belajar tapi berguru dengan syaitan.
#tak perasan plak pasal blog yg x boleh dibuka….

cikgu disiplin sy dlu bkn takat garang, suka nau tgn nk melibas rotan…hehh~ T__T

cikgu disiplin memang kena garang. cikgu abgreds dulu tu bukan cikgu disiplin, tapi cikgu kira-kira (matematik). agaknya dia naik sengal tengok bebudak macam abgreds ni lembap beno bab kira-kira ni…🙂

Adakah yang garang itu cikgu lelaki??
ke-garang-an lelaki memang harus ditakuti..
Sebab memang nampak ngeriii..🙂

tepat sekali missgee. garang2 cikgu pempuan ade gak senyum lembut dia…ini memang cikgu laki2. memang ngerii ko. taula hati budak2 kan kecik jer!…(zaman sekolah rendah)

salam. erk..cikgu garang..hehehe..hm, pagi ni ada simulasi pengajaran..ha, memang tak boleh nak garang-garang bila nk mengajo nih. tapi..bila budak tak faham2..cikgu pn naik hantu la…
sebabtu ramai cikgu yang masuk tampoi..huh~

bicara hati cikgu~

ish cikgu sara ni…jangan le sampai masuk tampoi. kesian kat budak-budak. tapi abgreds memang paham benor pe’el budak-budak sekarang. tak makan saman! harap cikgu sara dan warga pendidik sabor ye…dugaan..Insya Allah saham akhirat cikgu-cikgu semua adalah tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: