Blog Abgreds

Borak selipar buruk.

Posted on: 27 September 2010

Semasa beraya kat kampung, sambil memakai selipar buruk, aku pusing keliling rumah. Malangnya, aku terpijak sebatang paku karat.

Sakit jugak dan berdarah ibu jari kaki. Selepas seminggu, lukanya sembuh dan kering. Tapi ada benda alah kuning dalam luka kaki aku.

Risau aku. Takut ada karat masuk daging. Bahaya tu. Tak pun ada nanah. Tapi tak sakit pulak. Kelmarin, aku kopek sikit-sikit kulit yang dah kering. Akhirnya … aku jumpa benda alah tu. Apa benda agaknya?

Rupanya kau orang tahu, bukan nanah atau karat paku, tapi cebisan selipar buruk aku itu! Besarnya sebesar hujung paku karat yang menusuk kaki aku. Sebab itu luka aku tak berapa dalam.

imej dari google

Kalau aku pakai selipar baru atau lembut, getah selipar yang tertusuk paku akan menepi, dan paku akan terus menancap daging.

Tapi ini selipar getah lama yang nipis dan keras. Bila tertusuk paku, langsung terkoyak ikut saiz hujung paku tersebut.

Dan cebisan selipar itulah yang menghalang paku dari menancap tembus jauh ke daging. Termenung aku sekejap…

Tuhan tu maha berkuasa kalau nak buatkan karat paku itu masuk ke dalam kaki aku. Tapi diberinya aku idea nak pakai selipar buruk…

Sekali lagi aku tengok cebisan selipar buruk tu…yang mengajar aku agar berwaspada dan bersyukur.         

Hem… aku ni selalu lupa dan alpa. Patut benar kena ‘sound’ macam tu, kan? Itu pun masih di ‘cover’ lagi dengan selipar buruk aku…huhu…

Okeylah, kau orang tu berjalan baik-baik ye. Mata tengok bawah. Karang ada yang jadi macam aku.

16 Respons to "Borak selipar buruk."

pengajarannye… yg buruk, yg lame, yg uzur, yg tua, yg usang dan yg seumpamanya tula yg berguna, yg mkn garam dr yg muda, yg cantik, yg baru. huhu. jangan pandang brg lame sebelah mata tau.🙂 papepon, cerita yg patut diambil iktibar.

tapi selalu terlepas pandang…tu yg haru tu..

owh macam tuh…buruk2 pun selipar jugak…

macam kita la bukan memanjang ensem jer..sok sok buruk rupa juge..🙂 eh, kita ensem ke zik? perasan!

Harian metro berita terkini…
ia dibeli oleh cik rahim….
hari2 singgah di blog ini…
berblog selalu menjalin silaturahim…..

ni copy ustazah baiyah punya pantun…daun selasih daun kayu, terima kasih teng kiuuu…

tandanya Allah sygkan kita.. yg pnting bersyukur

tu la…nampak kecik je bendanya, tapi beso jasanya..makasih kak maiyah.

selipar buruk jangan dibuang, elok simpan buat koleksi. ada ketikanya berguna juga.

katakan pada selipar buruk tu “jasamu dikenang hingga akhir hayat”

t/kasih reply kat sini. abg azam..blog abg boleh buka, tapi nampak header dgn nuff adv. jer. content dia keluar jap, pas tu ilang..

blog abg kalau buka dengan ie memang punah, gunakan firefox atau opera. mungkin theme ta sesuai dengan ie.

okey .. dah buka buka pakai firefox tadi..

Selipar buruk tapi masih elok..
Berguna pada tuannya🙂

jangan buruk sangka pada benda buruk… tiap benda berguna mengikut kesesuaian fasa umurnya..

setiap benda tu ade kegunaannya kn bro?🙂

ha’ah.. dah buruk pun masih berguna. makasih usop mai sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: