Blog Abgreds

Statik, statistik, futuristik.

Posted on: 29 September 2010

Emak : nak hujan ni. Pergilah beli payung.

Abah : dah hujan nanti belilah payung.

Emak : dah hujan buat apa beli? Dah basah dah.

Abah : belum hujan buat apa beli. Tak pakai nanti.

Emak : tadi belum hujan kenapa tak beli?

Abah : tadi belum hujan, buat apa nak beli?

Emak : ha, sekarang dah hujan, macamana nak beli?

Abah : dah hujan pun. Tak payahlah beli.

Emak : nanti demam macamana?

Abah : demam nanti beli ubat le.

Emak : dah demam baru beli ubat?

Abah : dah demam le baru beli ubat. Belum demam buat apa?

Emak : dah demam, macamana nak beli ubat?

Abah : dah demam tak payah beli ubat. Nanti baik la.

Emak : kalau la boleh baik. Kalau tidak?

Abah : kalau tidak, sakitlah.

Emak : kalau beli payung tadi kan tak basah, tak sakit…

Abah : eh, belum sakit lagilah. Kan baru basah aje.

Emak : orang cakap KALAU lah…

Abah : kalau kalau….

Orang perempuan memang futuristik! Semua kemungkinan dan kebarangkalian dah hafal dalam kepala. Tabik spring kat awak orang pompuan

Orang laki-laki? Statik dan statistik🙂 . Alasan alasan alasan… control macho jer tak abis-abis…betul tak orang pompuan? Betul…

Susah ke nak faham lelaki atau perempuan? Tak susah. Janji mau belajar. Lelaki ke perempuan ke, semua kena sama-sama belajar.

Tapi percayalah, subjek ni memang tak akan habis punya. Dah kahwin, dah berpuluh tahun kahwin…pun masih ada yang tak faham.

Awak tengah couple? Kawan-kawan? Atau sedang bertunangan? Baru kahwin? ….eleh…sama je. Kononnya faham dengan pasangan…kononnyalah…

Konon pun kononlah. Suka hati awak! Janji mau belajar. Non-stop belajar..ok?

Adios…

16 Respons to "Statik, statistik, futuristik."

hehe terbaek..!!

selamat datang ke blog abgreds adib..

kalau gitu aku pun ada sedikit aura otak perempuan la? sebab ada juga perkiraan dan statistik. taakulan dan juga agakkan.

laki cara laki, perempuan cara perempuan… dua-dua ada lebih ada kurang. sebab tu digalakkan berkahwin. menutup mana yang kurang. manfaat mana yang lebih..

teringat pepatah “sediakan payung sebelum hujan” maknanya kena beli payung sebelum hari hujan. kalau dah hujan tak boleh beli payung, macamana nak beli nanti basah pulak, dah basah buat apa nak beli payung?

hakikatnya cara pemikiran lelaki dan perempuan memang berbeza, tentu ada sebab kenapa allah mencipta demikian….

berbeza ni bukan buruk sangat. malah di suatu sisi, ia menjadi rempah ratus yang memberi nikmat hidup manusia. kalau terlebih batas saja yang membawa mudarat…

erm. saya sokong! smpai bebila pon takkan paham. adeii. kena ade pembelajran spnjng hayat.

bukan tak faham langsung, tapi prosesnya panjang. setiap kali dapat memahami sesuatu, ia mengurangkan jurang salahfaham yg dulu. okey la tu daripada tidak berusaha langsung.

Ada n3 untuk abgreds di blog saya…

untuk pengetahuan cikgu dan pembaca blog ini, kad raya tu abgreds beri cuma kpd sesiapa yg ada tinggalkan email (komen) di blog abgreds. itu sebagai penghargaan abgreds kpd komentator di sini. tak timbul soal penerimaan. itu hak penerima. tak terlintas pun nak menganggap sombong kpd sesiapa. apa pun abgreds ucapkan terima kasih atas entri tersebut.

salam.
begitulah cantiknya Allah menjadikan hambanya. Saling berbeza untuk saling melengkapi. Saling berkenalan untuk saling memahami. Andai kefahaman terhadap pasangan tu dah boleh dicapai seawal perkenalan, maka hilanglah manisnya dalam berumah tangga. Andainya ketika berumahtangga itu sudah hadam dan faham tentang si dia, maka pasti hubungan semakin lama semakin bosan kerana tiada lagi benda yg menarik untuk difahami dan diladeni.

Tak. Allah dah aturkan dengan cantik. Kita saling mengenali dan saling belajar untuk faham pasangan kita. Maka semakin hari semakin banyak yg kita pelajari. Belajar sepanjang hayat~

Namun, bukan kita pelajari dan fahami sikapnya untuk MELEMAHKAN tetapi mencari kekuatan yg boleh dijana bersama!. Tolak ansur, sabar, nasihat menasihati..itu pastinya memaniskan hubungan keluarga…Maka.. itulah juga yg memaknakan hubungan sebagai manusia yg pelbagai.

wallahu’alam. sekadar fikir seorang fakir yg hina🙂

terima kasih atas komen yang bernas… pemahaman kita terhadap sesuatu perkara memang terbatas. tapi tidak bermakna kita berhenti setakat itu. sumber luar terlalu luas terbentang untuk di pelajari. perlulah sentiasa berusaha, berdoa dan tawakkal ke arah itu. insya Allah, kita akan temui rahsia dan hikmah yang kita cari…

salam hati…..perempuan oh perempuan…..

terima kasih berziarah ke mari amanda..

“Orang perempuan memang futuristik! Semua kemungkinan dan kebarangkalian dah hafal dalam kepala. Tabik spring kat awak orang pompua”

P/s: terima kasih atas pujian itu wahai lelaki🙂

benda betul..bukan tipu.. tu kelebihan perempuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: