Blog Abgreds

Rumah terbuka. Minda terbuka.

Posted on: 1 Oktober 2010

imej dari google

Minggu lepas bersusun senarai rumah terbuka. Sabtu dan ahad penuh. Hari sabtu, memang aku terjah. Dapat dua tiga rumah, aku dah mengah.

Syukur aku dapat rasa makan free macam ni. Juadah pun enak banget! Naik boroi perut. Hari ahad? Wei, tak larat nak perambat rumah terbuka lagi. Aku hantar sms minta maaf. Aku ada rancangan lain.

Aku pergi ke satu daerah dan terjah rumah-rumah kenalan aku kat situ. Ada la empat lima buah jugak. Yang istimewa, kenalan aku ni merupakan kawan bapak angkat aku. So, semuanya warga emas, umur 60 lebih.

Ironis sungguh. Kalau sabtunya aku melantak makan kaw-kaw, dengan majlis yang happening, ahadnya cukup simple.

Ada satu keluarga tu, dah berkebun pun dia orang…haha…aku sampai saja, yang suami tengah tanam apa entah. Yang si isteri tengah merumput.

Dia orang dah tak beraya dah. Kuih pun ala kadar. Tapi dia orang hati baik. Last-last dipelawa aku tidur rumah dia orang. Alamak, aku datang nak beraya lah pak cik! Baik-baik aku tolak pelawaan tu…

Rata-rata sama saja keadaan dia orang. Pasangan warga emas yang serba susah. Hidup miskin. Rumah pun usang. Tinggal sendiri atau berdua. Ada jugak yang berteman anak cucu seorang dua.

Ada pula yang makin uzur dan sakit. Jalan bertongkat. Kurang jelas melihat dan mendengar. Begitulah, sedikit demi sedikit nikmat diangkat.   

Aku bukan apa. Menziarahi warga emas ini menyejukkan hati aku. Banyak yang mereka kongsi cerita dengan aku. Banyak ilmu dan teladan kat situ.

Aku teringat, kita ni selalu berdoa mintak umur panjang. Tapi belajar berumur panjang yang betul tak mau. Jenguk orang tua tak mau.

Jadi, kalau kau orang ada orang tua, atau kenal kawan-kawan orang tua kita, jenguklah mereka. At least dapat membuka minda kau orang.

Aku sendiri terbayang macamana kalau aku berada di tempat mereka. Tiada yang melawat dan menceriakan aku. Alamak! Terkedu aku sioott..

Yang penting, aku lebih rasa gembira bertamu kepada mereka daripada menerjah rumah-rumah terbuka.

Eh, esok dah sabtu lagi. Ada lagi rumah terbuka…aduuhhh…sabor jer.

8 Respons to "Rumah terbuka. Minda terbuka."

Salam visit…..

Hanya pergi rumah terbuka yg dijemput oleh pihak korporat. Ibu ibu bapa..nenek dan atok dah ngadap awal2 lagi… RUmah terbuka hati terbuka…

bagus la macam tu. nanti kalau kita dah tua, anak cucu tak kekok nak tengok kita pulak. gilir-gilir..

harap2 dah tua nnti kita tak sunyi🙂

kalau berharap seperti itu, sekarang mulailah merencana jalannya bagaimana…ya mr. noble.

baru telefon mak mertua..sembang 10 minit
rasa mcm nk balik la la tu juga

wei..kak ji, menantu mithali ni. untung mak mertua.. moga kak ji pun nanti dapat menantu yg sayang kak ji 🙂

karamah orang orang tua ni akan menjadikan hati lebih tenang…( ada entri untuk abgreds di blog saya..)

orang tua pun ada banyak kumpulan. ada yang ok ada yang tak. tapi nak tau boleh .. tengok air muka dan cara hidup mereka..(pasal entri tu abgreds dah komen di blog anda)- terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: