Blog Abgreds

Dibelenggu kebebasan.

Posted on: 3 Oktober 2010

Ini perkakas kehidupan – belenggu dan bebas. Belenggu itu ikatan, aturan, syarat. Bebas itu leraian, tiada aturan dan syarat.

Naluri kita ingin bebas. Tentu sekali. Siapa mahu belenggu? Tiada siapa mahu terbelenggu, terikat dan tersyarat.

Soalnya, tiada bebas tanpa belenggu. Tiada. Semua aspek kehidupan perlu suatu peraturan. Baru ada keseimbangan dan kesinambungan.

Tetapi sebahagian manusia memilih untuk bebas. Memperjuangkan kebebasan bermati-matian. Tidak mahu diatur. Jangan bersyarat-syarat. Ingin bebas sebebas-bebasnya.

Mereka dambakan hidup dalam dunia sendiri. Menurut akal dan hawa nafsu. Sudah tentu akal akan kalah kerana awal-awal lagi sudah menolak peraturan.

Semua tindakannya dirasakan betul. Tidak perlu nasihat. Tidak payah bagi pandangan. Aku-aku, engkau-engkau. Habis. Noktah.

Manusia seperti inilah yang menjadi racun dan duri masyarakat. Apabila sudah terlanjur, tersalah, tersilap, baru tersedar. Sudah terantuk baru tengadah.

Mereka inilah manusia yang dibelenggu kebebasan. Mereka hidup bebas. Akhinya kebebasan itu yang memerangkap dan membelenggu mereka.

Baru mereka tahu bebas itu bukan bebas. Bebas itu satu belenggu. Malah belenggu yang amat dahsyat akibatnya.

Mereka boleh kesal. Mereka telah terpedaya dengan keindahan dunia. Mereka tidak tahu betapa palsunya kebebasan itu.

Kita yang tahu juga perlu berasa kesal. Kita sudah belajar erti bebas dan belenggu. Tetapi kita tidak dapat sampaikan kepada mereka.

Barangkali kita orang tua kepada anak-anak. Barangkali kita rakan taulan kepada kawan-kawan. Usahakan sesuatu apa yang kalian mampu.

Beritahu, ajar, nasihat, doa dan sebagainya. Semoga mereka ini sedar. Semoga yang masih tercari-cari panduan, memperolehinya dari kita.

Nota kaki : Suatu entri reaksi kepada gejala kurang sihat yang melanda masyarakat kita, khususnya di kalangan generasi muda.  

6 Respons to "Dibelenggu kebebasan."

Assalaamu’alaikum AbgReds.

Salam perkenalan dari saya.
Terima kasih kerana sudah ke laman tulis saya.
Semoga perkongsian ilmunya akan meningkatkan manfaat minda, kejernihan jiwa dan hikmah yang besar untuk kita menambahbaik diri agar sentosa juga bermakna hidup ini.

manusia yang sukar meletakkan dirinya dalam suatu peraturan hidup baik peraturan alam mahupun peraturan agama, pasti akan lebur, punah dan sesat hidupnya. Keinginan untuk mencari kebebasan hanya satu tuntunan nafsu yang menggila hasil tiupan manisan syaitan yang selalu inginkan manusia hancur tanpa pegangan.

Kerana itulah, banyak disebut oleh Allah akan golongan yang menggunakan akal dan ilmunya sebagai golongan ulul-albab, abhar dan abrar. Semoga kita selalu berfikir sebelum melakukan tindakan.

Salam mesra selalu dari Sarawak.😀

Wa’alaikumussalam wbt bonda Siti.

terharu rasanya menerima kunjungan bonda Siti ke teratak abgreds yang tidak seberapa ini. sememangnya laman bonda siti sudah lama jadi teman abgreds. banyak ilmu dan perkongsian yang sungguh bermanfaat buat abgreds.

abgreds berdoa agar bonda Siti dikurnai anugerah kesihatan dan hikmah ilmu dalam menjalani hidup seharian. disamping itu, abgreds juga berharap bonda Siti dapat menjalankan tugas baru bonda dengan cemerlang.

moga menempa kejayaan di bidang bonda Siti itu… sekali lagi, terima kasih bonda Siti.

kesimpulannya kesederhanaan juga adalah yang terbaik, terlalu bebas mengundang padah, terlalu terbelenggu menyiksa diri dan perasaan.

kesimpulan itu hanya difahami oleh mereka yang memahami. malangnya untuk memberi faham kepada golongan sasar yang tersasar – itulah cabaran besar yang dilihat kian sukar ditangani…

terlebih bebas la tu.klu jadi
anak Raja.lagi susah nak kuar
rumah pon payah.

semua sikap yang keterlaluan memang tidak sesuai dengan fitrah manusia. mana tahu anak raja susah nak keluar rumah? ha…pernah jadi anak raja ye ko ali…🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: