Blog Abgreds

Cerita kosong tentang kertas.

Posted on: 5 Oktober 2010

Semalam…

Ini sehelai kertas kosong. Cuba kamu perhatikan betul-betul. Apa yang kamu nampak?

Kamu tidak nampak apa-apa? Oh, sebab ia kosong maka kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Mana otak kamu? Mana fikiran kamu?

Kamu tahukah kenapa ia tipis? Kamu tahukah kenapa ia putih? Kenapa ia ringan? Kenapa kertas begitu sifatnya?

Kamu tahukah siapa yang mencipta kertas? Kenapa ada idea membuat kertas? Kenapa manusia perlukan kertas? 

Kamu tahukah bagaimana kertas ini dibuat? Dari mana asalnya? Dari apa bahannya? Apa bahan campurannya?

Kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Mana akal kamu? Mana ilmu kamu?

Kamu tahukah berapa banyak proses membuat kertas? Berapa banyak mesin? Berapa banyak tenaga manusia? Berapa banyak masa diperlukan?

Kamu tahukah bagaimana kertas ini sampai kepada kamu? Siapa yang hantar? Bagaimana dia menghantar? Kepada siapa yang dia hantar?

Kenapa kamu juga perlukan kertas? Apa yang kamu mahu buat dengan kertas? Apa yang kertas ini boleh buat untuk kamu?

Kamu tidak nampak apa-apa? Mengapa kamu ini? Kamu tahukah semua jawaban soalan di atas? Kalau tahu, kenapa kamu tidak jawap?

K e n a p a   k a m u   t i d a k   n a m p a k   a p a – a p a ? ! !

*

*

*

*

*

Hari ini…

Semua kami sudah menghantar tugasan. Tebal. Berhelai-helai kertas kajang. Menimbun tinggi di atas meja. Tajuknya : Cerita penuh sehelai kertas kosong.

imej dari google

Tuan pensyarah masuk. “Ada sesiapa yang tidak nampak apa-apa?”, tanyanya.

Sambil tangannya melayangkan sehelai kertas kosong…

“Cerita ini cerita kosongkah?” , tanyanya lagi…

 

 

18 Respons to "Cerita kosong tentang kertas."

MENdalam cerita ni. antara sedar atau tak.

akhirnya tu yang menarik. adakah kalau kertas itu tak bertulis dan kosong bermakna kertas itu tiada ceritanya.
adakah kalau orang itu nampak biasa orang itu biasa sahaja mindanya.

so kalau kita tak kenal kertas itu apa ceritanya maka kita tak tahu kisahnya.🙂

baik kisah ni. thanks sebab tulis😀

wah..! cekap juga minda ko ni syafiq. tak boleh nak kelentong ko nih… abgreds cuma cambahkan variasi fikir. banyak benda kita nampak sekali imbas. tapi kalau diimbas sekali lagi, akan nampak yang lain…kalau nampak le..🙂

kertas kosong…… penuh makna…. minda kosong tak bermakna…

minda kosong tak buleh la den nak nolong…

semuanya bermula dari kertas kosong….

cuba cek jawap soalan2 tuh… mau 1 rim A4 abiss..

salam abgreds…

mendalam betul makna tu………………

kertas kosong…..walaupun kosong
byk kegunaan….

dari kosong bermula segalanya. walaupun kosong, seakan tiada nilai, tetapi peranannya tetap sepenting satu dua tiga..

aku syak tuan pensyarah tu ejen jual kertas A4 kut.hehe..

mungkin jugak tu penyu, lain macam jer tutorial kertas dia…🙂

kertas kosong utk menulis ilmu.
tugasan klu copy&paste tu.
adalah ia kertas kosong.

banyak guna kertas kosong tu..tu yang jadi penuh..penuh ilmu, kan?

pergh!!! kena baca 2 kali cerita ni and maksud tersirat dibalik yang tersurat😉 thanks for sharing

aisey..sori le terpaksa ko baca 2 kali…apepun harap dapat tangkap maksudnya okey.

thank you for visiting… more brooches soon iAllah~

terima kasih juga atas ziarah anda.

kertas kosong lebih baik dari minda kosong….

betul tu cikgu. dari kertas kosong itulah banyak ilmunya untuk memenuhi minda…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: