Blog Abgreds

Ter’bersara’ jua akhirnya…

Posted on: 8 Oktober 2010

Perlahan langkah diatur. Satu-satu. Sesudah memberi salam, lalu duduk menanti. Selesai azan, maka berdirilah.

Mulailah beliau membacanya. Dari suara yang terang lancar, perlahan-lahan menjadi perlahan dan terus perlahan. Antara dengar dan tidak.

Bahkan sesekali, dengung pembesar suara akibat diterjah angin kipas, lebih kuat dari bunyi suara beliau. Buah butir isi bicara tidak jelas lagi.

Para makmum terdongak. Terteleng-teleng. Menoleh sesama sendiri lalu mengangkat kening dan bahu. Kenapa?

Seketika kemudian….huarrgghhhhh…tiba-tiba kedengaran sangap kantuk yang panjang. Masya Allah…terdengar desis di sana-sini.

Begitulah ‘saat bersara wajib’ bagi seorang imam di tempatku ini. Lalu solat jumaat pada hari itu tidak diimami olehnya sepertimana biasa.

Sudah diberi tanda, sudah termalu diri sendiri, barulah beliau mengundur diri. Itulah. Susah benar kita ini mahu mengakui kelemahan. Ego.

Beliau sudah lama menjadi imam di sini. Kita tidak nafikan. Tapi lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.

Dulu sikapnya tampak wibawa, warak dan berkarisma. Suaranya garau dan lantang. Khutbahnya jelas kuat dan terang.

Sesudah beberapa waktu, tidak tahu mengapa, seolahnya beliau bukan beliau yang dulu itu. Lemah seperti kehilangan semangat hidup.

Tapi tegar mendakap tampuk mimbar erat-erat. Dan anehnya juga, masih diperbaharui watikah perlantikan. Boleh ya? Entahlah…

Sekarang beliau sudah bersara. Ter’bersara’ sebenarnya. Sudah ada pengganti yang dilantik. Namun, insiden tersebut segar bugar diingatan.

Anda ada menegur orang? Yang ditegur tidak peduli? Pedulikan dia. Nanti akan ada yang lebih hebat menegur dia.

Anda selalu ditegur orang? Anda tidak peduli teguran tersebut? Hehehe… jaga-jaga, nanti ada teguran lebih hebat dari Dia…

Tak percaya? Tunggguuuuuuu……!

8 Respons to "Ter’bersara’ jua akhirnya…"

biarlah yang muda.. menggalasnya jika sudah tidak mampu…

perlukan ilmu dan hikmah yang tinggi untuk menegur orang dalam bab agama ni. sesiapa yang mampu kenalah bertindak..

abg ada juga dengar kisah imam yang tak mahu bersara walau pun sepatutnya harus melepaskan jawatan kepada orang yang lebih bertenaga.

kedegilan imam itu akhirnya mengurangkan jumlah makmum dari hari ke hari. namun kes ini berlaku disebuah surau, maka tidaklah sehingga khutbah terganggu dengan “sangap kantuk yang panjang”.

semoga allah memberi petunjuk kepada imam yang abg maksudkan. tak perlu cerita di surau mana, tetapi dalam daerah kita tetapi bukan di kawasan abg.

ini salah satu imej cemar dalam lingkungan umat islam. terpaksa diakui kerana berlaku depan mata. semoga generasi pelapis dapat mempelajari sesuatu dan janganlah berbuat silap yang sama..

itulah cabarannya menjadi imam…sukarnya menjadi seperti imam muda yang penuh karisma….

imam tiada muda atau tua. kelayakan dan ilmu yang utama. para makmum juga jadi imam di rumah. semua perlu belajar peranan masing-masing. terima kasih atas ziarah dan komen anda.

Assakamualaikum..kunjungan balikku..salam kenal pak, semoga terjalin persahabatan yang saling memberikan manfaat..

wa’alaikumussalam wbt.. makasih ya ummurizka kerna sudi bertandang ke gubuk abgreds. sama-sama memanjangkan silaturrahmi sesama umat nusantara..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: