Blog Abgreds

Bahasa Melayu warisan ‘melayu’.

Posted on: 12 Oktober 2010

Salam sejahtera. Penulis (abgreds) fikir mungkin ada sebahagian daripada pembaca blog ini dapat ‘membaca’ sedikit latar belakang penulis.

Walaupun penulis tidak membayangkan secara terang, sebahagiannya ada di dalam hasil tulisan-tulisan penulis di blog.

Sekadar satu pencerahan, penulis akui mempunyai minat dan kecenderungan dalam hal bahasa dan budaya melayu. Sebab itu penulis memilih ‘kosa kata Abgreds’ sebagai slogan blog ini.

Tetapi barangkali menjadi satu kemusykilan pula apabila pembaca menelusuri artikel-artikel di blog ini. Tiada pun artikel mengenai bahasa mahupun budaya? Malahan, sebahagiannya langsung seperti ‘merosakkan’ bahasa.

Benar, itu juga penulis akui. Tetapi penulis tidak berniat untuk merosakkan bahasa. Penulis mempunyai alasan serta tujuan tertentu untuk mempersembahkan tulisan dalam bentuk yang demikian.

Bagaimana pun, penulis tidak berhasrat untuk membincangkan perkara tersebut dalam artikel kali ini. Sebaliknya, penulis ingin memberitahu sedikit pandangan peribadi penulis berkenaan isu bahasa di sini.

Beberapa waktu yang lalu, isu bahasa amat dekat di hati penulis. Bermula di zaman persekolahan hingga tamat dan mula bergelar pekerja.

Kempen-kempen berkaitan bahasa seperti Bulan Bahasa Kebangsaan, Cintailah Bahasa Kita, dan macam-macam lagi, sentiasa diberi perhatian penulis. Namun, perhatian penulis sedikit berkurang lantaran komitmen penulis sekarang .

Bukan bererti penulis sudah jemu atau tidak lagi menyayangi bahasa melayu ini. Penulis cuma berasa sedikit lelah dan terkilan. Penulis ada mengikuti perjuangan beberapa tokoh bahasa kontemporari.

Ternyata mereka juga menghadapi hambatan uji yang bukan sedikit. Hanya kerana mahu melihat bahasa melayu menjadi tuan di negara sendiri – banyak usaha, waktu, tenaga dan wang ringgit dikorbankan.

Tetapi hasilnya masih mengecewakan. Malahan hingga hari ini frasa ‘sila rujuk versi Bahasa Inggeris’ untuk dokumen-dokumen tertentu masih kelihatan. Belum lagi isu terjemahan aksara yang kini cuma ditukarkan ejaannya saja.

Banyak lagi isu bahasa jika penulis ingin senaraikan. Tetapi cukuplah sekadar itu. Peranan yang amat penting dan mencabar kini menanti mereka yang profesional di bidang bahasa dan terjemahan ini.

Mereka telah menerbitkan pelbagai karya akademik dan ilmiah tentang bahasa. Tetapi soal perlaksanaan, penggunaan dan memartabatkan bahasa melayu itu sendiri masih merupakan jalan yang panjang.

Penulis masih menaruh harapan agar kalangan pengamal bahasa ini dapat berbuat sesuatu yang boleh memberi kesan langsung terhadap perkembangan bahasa melayu ini.

Penulis juga memohon maaf sekiranya penulis termasuk mereka yang ditakrif sebagai ‘perosak bahasa’, lantaran hasil tulisan penulis di blog ini.

Itu cuma cara penulis mendekati khalayak pembaca. Penulis ingin mereka mesra dengan gaya karya dan artikel penulis terlebih dahulu.

Selebihnya, penulis cuba menyelitkan dan memperkenalkan beberapa aksara yang barangkali tidak diketahui oleh pembaca. Bolehkah ini dinamakan sebagai satu usaha? Terpulang kepada persepsi pembaca sekalian.

Abgreds : belajar berbahas, belajar berbahasa…

8 Respons to "Bahasa Melayu warisan ‘melayu’."

Assalaamu`alaikum abgreds
saya rasa kempen dan kesedaran sudah tidak relevan dewasa ini. Bahasa kita semakin dipandang enteng oleh masyarakat kita yang begitu taksub dengan budaya asing di mata saya. Mereka lebih suka menjadi pelawak dan perosak bahasa waima mereka sebenarnya mempunyai taraf pendidikan yang cukup tinggi!

Saya selalu tekankan di dalam blog saya bahasa Inggeris itu sangat penting, tapi gunakanlah ia semasa perlu. Bergelumang dengan lumpur di sawah padi dan bercakap dengan ayam menggunakan bahasa itik menyedarkan saya bahawa ada golongan kita yang sebenarnya terlalu ego untuk menerima warisan bangsa sendiri.

Wa’alaikumussalam wbt mama murai.
pertamanya abgreds ucapkan terima kasih atas ziarah mama murai ke blog abgreds. sudah ketahuan nampaknya salah seorang pembaca senyap blog mama murai yang sudah gah di alam siber ini.
hal yang sama disampaikan kepada abgreds oleh seorang teman. teman ini seorang usahawan korporat tetapi berjiwa patriotik. kesimpulan teman ini adalah golongan elit Melayu yang mempunyai kuasa dan akses terhadap undang-undang tidak memberikan sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan mengangkat martabat bahasa melayu.
kalaulah sudah demikian, apakah pula kesudahannya bagi golongan rakyat yang begitu bersungguh-sungguh mendaulatkan bahasa kita? cukup sukar rasanya untuk suara marhaen ini tembus ke atas sana..

itulah yang dinamakan perjuangan! sesuatu yang bukan mudah untuk dilaksanakan. cabarannya terlalu banyak yang datang dari berbagai sudut. namun usaha harus diteruskan kerana bahasa jiwa bangsa!

terima kasih atas komen abg azam. tapi nampak seperti jiwa bangsa kita melayu telah layu (akibat dari banyak faktor). natijahnya, perjuangan memartabatkan khazanah bangsa seperti bahasa dan budaya turut sepi.. apapun, moga ia akan diperhebatkan kembali.

Salam, kunjungan perdana di sini. Salam kenal ya.

Bahasa merupakan hasil budaya yang luar biasa, jika tidak ada bahasa, komunikasi antar sesama bangsa (bangsa mana pun) tentu akan mengalami kesulitan.

sekarang ini semakin mudah untuk saling mengenali walau berlainan bangsa dan bahasa. ada internet, ada translator..semua boleh berkomunikasi.

di negara-negara asia, sepertinya masalah kebahasaan ini memang sedang mareak. Bahasa inggris sudah mendominasi dan bahasa setempat tidak lagi menjadi tuan di negeri sendiri. sebagai blogger, saya pun berusaha untuk tidak memakai bahasa inggris bercampur dengan bahasa indonesia. semoga usaha kita yang kecil ini bisa menjadi sumbangsih.

makasih frima kerna sudi berziarah ke blog ini, juga atas komentar kamu. ya, kiranya kita berada dalam situasi yang sama. jadi sama-sama berusaha ikut mampunya kita untuk menjaga masalah kebahasaan masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: