Blog Abgreds

Hidup dengan kematian.

Posted on: 14 Oktober 2010

Mengingati mati – seruan yang acapkali didengar oleh telinga kita. Untuk mendengar tiada masalah. Bab nak buat yang selalu kalah..

Tapi ada juga antara kita yang hidup dengan kematian. Tak payah diingatkan, mereka cukup arif dalam bab-bab mati. Antaranya :

1.      Tukang selamat

Anggota penyelamat seperti bomba, polis, dan pasukan ambulan hospital. Mereka selalu jadi orang pertama berhadapan dengan kematian. Maklum sajalah statistik kemalangan maut di Malaysia ini.

2.      Tukang ubat

Tugas doktor untuk mengubat segala macam penyakit, kecuali mati. Itu pun masih ada usaha mencari penawar mati. Bukan halang kematian, tapi untuk melunakkan saat-saat akhir bakal simati (aduh, boleh ke dianggap begitu?).

3.      Tukang mayat (uruskan mayat)

Anda pernah mandikan mayat? Yang dewasa barangkali pernahlah. Di rumah mayat hospital, kadangkala ada sikecil berumur 9 atau 10 tahun dengan cekap ikut bapanya menguruskan mayat di situ. Sudah biasalah itu.

4.      Tukang kubur

Sekarang pengurusan kubur lebih teratur dan melibatkan ramai peserta. Suatu waktu dahulu, di sesebuah kampung, ada sebilangan kecil profesional kubur. Merekalah yang sibuk di kawasan kubur bila berlakunya kematian.

5.      Tukang kepuk

Minta maaf ya peniaga kepuk. Hakikatnya pelanggan anda adalah simati.. opss..waris simati. Jadi anda tentu lebih ‘alert’ dengan kematian di tempat anda. Jangan doa selalu ada orang mati sudahlah, ya?

Nah, mereka inilah yang selalu berhadapan dengan situasi kematian. Bukankah itu menyebabkan mereka mudah mengingati mati? Anda pula bagaimana? 

6.      Tukang baca

Anda tidak termasuk lima ‘pasukan’ di atas? Tapi awas, kita perlu juga hidup dengan kematian. Caranya, baca dan belajar erti mati. Mati itu pasti dan sedang menanti kita di penghujung usia..bersiap siagalah hendaknya…

update :

7.    Tukang gantung –  dia orang ni kerja di penjara. Walaupun yang digantung tu penjenayah, tapi penjenayah tu manusia juga. Mesti dia orang ingat mati.

8.     Tukang sembelih – bukan sembelih orang. Ini tukang sembelih ayam. Pernah tengok kan? Mereka ni lagi hebat, berpuluh-puluh kematian satu hari.

Tapi kan, tengok muka tukang sembelih tu, ceria saja. Tak sedih. Tak takut. Dia orang ingat mati ke? Ke.. ingat duit kot…. jangan marah… :)

10 Respons to "Hidup dengan kematian."

Mohon di share ya abangreds… hik hik..
semoga kesudahan hidup kita berakhir dengan kebaikan..amin🙂

silakan cik mawar.
sama-sama kita saling ingat mengingati..

no 6 tu…tukang baca..memula ingatkan tukang baca talkin…huhu

boleh jugak tu. tapi lagi molek satu point tu untuk peringatan kita sendiri. kita pun tak lama lagi…

kalau dikira ada 8 tukang sering terlibat dengan orang mati. tapi yang no 5 tu paling best…..

hah, sama pulak kita fikir. sebenarnya point no. 5 tu la yang buatkan saya tulis entri ni… dah lama dah idea ni dalam kepala..

mati adalah pasti…hidup insyaALLAH

betul tu. nak bukak mata pagi pun susah kalau Allah tak izin…

Mati itu pasti!!!!!

tiap kali tido pun dah kira mati kecik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: