Blog Abgreds

Terkenang semasa dulu…

Posted on: 16 Oktober 2010

sumber : google

Hari ni aku teringin nak segarkan minda aku. Nak cerita zaman aku kecik. Beringus lagi. Cerita dulu la tahun tujuh/lapan puluhan.

Budak-budak dulu mana ada tv atau radio. Komputer lagilah tak ada. Sebab tu budak dulu-dulu kena kreatif. Berangan kejap. Lepas tu cuba aplikasikan jadi realiti. Realiti tahap budak-budak la. Contohnya main bas tali. Meh aku citer sikit.

Dengan tali rafia, sambung-sambung jadi satu gelung besar. Sorang pegang depan merangkap driver. Sorang pegang belakang tukang jaga tiket.

Duitnya pakai daun pokok jer. Daun besar nilai besar. Daun kecik nilai pun kecik. Bas ‘diregang’ oleh driver dan penjaga tiket. Penumpang bayar dulu tiket baru masuk dalam bas.

Kumpul ramai-ramai. Dah penuh, jalanlah. Jalan sikit, pemandu jerit “ha dah sampai Muo!”. Jalan jauh sikit “ dah sampai Kolumpo!” hehe.. dia tukang tentukan tempat tu kat mana – kat mana.

Penumpang nak turun ni. Nak tekan loceng? Pakai mulut jerr…Ting!! keluarlah dari bas tu. Dah sampai Kolumpo…konon tengok-tengok la sekeliling … tunjuk-tunjuk … ceh…pandai berlakon siott..

Tukang jaga tiket merangkap juga gear ‘gostan’. Konon bas nak ngundur. “gostan..gostan… lagi..lagi…opp!! ada lubang!..” macam betul…

Seronok kan jadi budak-budak? Kerja main jer. Tak pikir susah payah mak bapak besorkan kita. Sekarang dah jadi mak, jadi bapak baru tahu.

Oh ya, kreativiti main bas tu tak lengkap lagi. Kita orang siap imagine jalan dengan eksiden! Jalan lurus, belok-belok, naik turun bukit…

Sesekali buat konon-konon eksiden langgar pokok la, langgar lembu. Ada bunyi hon panjang, hon pendek…pendek kata macam naik bas betul!

Okeylah, sesekali izinkan aku tulis entri yang personal sikit. Emosi beb… macam-macam perasaan dan perasan dalam fikiran aku bila tulis entri macam ni.

Korang macamana? Apa korang buat kecik-kecik dulu?

Abgreds : belajar jadi orang besar!

14 Respons to "Terkenang semasa dulu…"

Wei teringat masa main-main kecik2 dulu. hahahaha…aku dulu macam game main. tapi yang paling best main konda kondi…hahahahhaa

ahlan wa sahlan shafik..
permainan budak-budak dulu cukup kreatif dan sihat. kepala, tubuh badan semua digunapakai. sebab tu ko tengok baka dulu-dulu kuat antibodi.. kan?🙂

Assalaamu`alaikum Abgreds..
saya rasa itulah yang membezakan zaman kanak-kanak dahulu dengan sekarang. Jauh lebih indah berbanding apa yang dilalui oleh kanak-kanak seangkatan anak sulung saya pada masa kini. Jurang teknologi seakan-akan menjadi tembok di antara kekreatifan dan pengetahuan teknologi. Sebab itu saya selalu memberi ruang kebebasan sepenuhnya untuk anak-anak saya bermain, berharap mereka tidak terlalu dibebani dengan ‘kebahagiaan dunia’ semata-mata. Rasanya proses tumbesaran secara alami jauh lebih penting.

wa’alaikumussalam MM..
moga MM dapat melakukan yang terbaik sebagai ibu kepada anak-anak MM. memang tugas getir mendidik anak zaman millenium ni. pengaruh luar teramat-amat banyak dan hebat..

woh…bro men bas tali ni gak ke dulu?
aku slalu kene jadik driver bas jer dlu..huhu

eh.. game femes tuh. mana boleh tak main! aku suka tang turun bas tu .. macam pelancong kaye raye gitu..🙂

Kangen zaman cilik2🙂

kamu cilik-cilik comel dan keletah, menjadi sumber ria di hati orang tua… ya kita semua kangen banget saat itu..

Assalaamu’alaikum Abgreds…
memang zaman kanak-kanak sangat menyeronokkan. Tiada kerisauan yang difikirkan di benak fikiran dan di sudut hati melainkan main dan main dan main. Kadang sampai etag baru balik, itupun setelah puas emak, nenek dan datuk panggil.

Segala kenangan pasti ada nastolgia yang tak terlupakan. namun kasihan dengan anak-anak zaman sekarang yang terlalu sibuk dengan dunia pembelajaran dari pagi sampai petang hingga hilang sebahagian dari keseronokan dunia kanak-kanaknya.

Kisah Abagreds di atas sungguh menarik dan kreatif sekali. Terkenang saya akan diri saya yang juga main permainan yang sama seperti di atas.

Salam mesra selalu dari Sarawak. Teruskan berkarya.

Wa’alaikumussalam wbt. ibu munsyi siti..

itu antara memori indah hidup kecil saya. cukup dramatik melalui menempuh gaya hidup tradisi lalu menyusur gaya kontemporari hari ini.

saya juga perasan, malah hampir saya ‘entri’kan soal anak-anak zaman sekarang. terbeban oleh pengharapan tinggi ibu bapa, yang mana berpunca dari beban persaingan hidup masa kini. kasihan anak-anak itu.

terima kasih atas komen ibu. moga tugasan ibu menyenangkan di dewan sana.

Zaman kecik yg pasti kita rindu..
Nostalgia yg buat kita ketawa🙂

tempat jatuh lagi dikenang.. segala macam peristiwa yang mendewasakan kita tentunya amat dekat di hati sanubari..

zaman dulu-dulu anak-anak memang kurang terdedah kepada persekitaran seperti sekarang. tapi walau masa tu tak ada henpon dan sma, tak ada komputer dan emel, bapak kita tau apa kita buat sebab ramai yang perihatin menyampaikan kepada mak bapak kita kalau kita buat tak betul.

balik dari rumah bapak dah sedia dengan salur getah nak belasah sebab bapak tau kita berkubang kat parit, walhal bapak tak keluar rumah pun… kalau sekarang ada orang sampaikan kat mak bapak pasal anak tak betul, maka silap haribulan mau pecah kepala orang yang menyampaikan tu….

dulu ada cerita combat kat tv (masa tu tv itam putih jer, nak idup pun guna bateri lori) maka habislah kebun-kebun orang jadi medan perang, akar kayu jadi mesin gun dan senapang.

bila diingat kembali memang kelakar sebab masa tu tak faham ingatkan vick morrow dan rick jason tu adalah kumpulan askar amerika dan jerman, walhal tulah nama pelakon utama. hehehe

lain hulu lain parang. masa mengubah segalanya. masa datang dan pergi. yang tinggal adalah kenangan, kenangan dan kenangan…(filem Mann). itulah hakikat hidup abg azam, kan?
kiranya tidak jauh jurang pengalaman kecik abg dengan saya. cuma tv tu memang keluarga saya tak ada. tapi tau citer combat tu. tengok kat rumah jiran. dulu macam dekat. sekarang bila tengok ..jauh jugak rumah jiran yang ada tv tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: