Blog Abgreds

Rezeki wajib mandi!

Posted on: 18 Oktober 2010

“Boss, cari kerja lain lah… apa kejadah boss ambik kerja ni. Tak sesuaiii le…”

“Ha, korang tak nak kerja, pergi balik. Aku tak nak tengok muka korang. Biar aku buat sendiri. Nanti aku juga yang untung kan?”

“Boss ni… main ugut-ugut pulak. Okeylah, kita redah lah. Ni berbaloi ke upahnya ni boss? Tinggi risiko ni …silap gaya kena kurung karang”.

“Berbaloi la tu. TIGA BULAN gaji, amacam?”

“Emmm… tambah lagilah boss. Lepas ni sah-sah kita orang tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh dekat-dekat bini…”

Korang ni cengkadak jugak yea. Okeylah, tambah lagi elaun rawatan susulan korang DUA BULAN gaji. Last! Tak mau kalu, aku cari orang lain”

Abis tu, boss tak joint kita orang ke?”

“Bukan tak nak joint, aku nanti nak jaga korang pulak. Tah ada yang masuk sepital ke, masuk wad, kena halau ke… sapa susah? Akuuu jugakkk! Dah, dah… nanti tak settel kerja lagi tak dapat upah, sapa susah? Akuuu lagi!”

“Huh, gampang punya boss!”

“Ha, apa lagi? Masuk la. Masuk… jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri! LIMA BULAN GAJI weh…lima bulan. Jangan ingat lain. Korang bayang duiiittt aje! Okey? Ha, masuk-masuk….”

.

.

.

.

.

.

Huhu… inilah tempat boss kita orang tender tu. Tempat gaji lima bulan untuk kerja lima jam! Sekali jerwa cakap lu…sekali jer wa nak kerja macam ni. SESUMPAH!

Skop kerja : cari kat mana menatang rosak benda alah mesin tu. Dengar kata dah DUA bulan tak jalan. DUA BULAN beb!! Bayangkan aroma dia…!

Betul pun kena kuarantin lepas tu. Pejabat kesihatan yang pantau.Sebulan bau taik ko. Berpuluh kali mandi. Sabun wangi dozen-dozen abis.

Boss?? Ada la belikan perfume sorang lima botol…jadilah…

Kawan abgreds : ustaz kata itu rezeki halal. Cuma busuk le… memang wajib mandi!

p/s : cari gambar masa mesin rosak tak ada la pulak. Masa tu ‘air’ tenang jer. Paras pinggang. Tapi kena ‘berenang’ jugak. Mesin tu ada kat dasar…

20 Respons to "Rezeki wajib mandi!"

heh..pernah praktikal disitu..tapi nasib baik tak kene terjun dalam tuh..dah la nampak cacing berenang dengan hepinyer….haiyakkkk…manyak geli wooo

cik ambik course apa sampai praktikal kat situ? geli-geli tu ada yang jadi ‘rejeki’ cacing, dan ‘rejeki’ orang tau..
timo kasih mai drop komen sini yea.. cik 18..

erk,mmg boleh pengsan la jawabnye…….

tu la citer rakyat marhaen rose… keja ngadap susah, ngadap sakit. dapat tak seberapa jugak (purata la)..

hehehehe…mesti tak lalu nk mkn sebulan kan

sudi mampir ke sini.. terima kasih ya nona ejoncb..
lalu tak lalu…dah lapor…bedal ajelah…

Maaf Abgreds, saya hadir lagi.
Mahu mengucapkan terima kasih kerana menaut laman saya di blog ini. Blog Abgreds juga sudah saya tautkan di ruang Dunia Sahabat di sini:

http://webctfatimah.wordpress.com/dunia-sahabat/

Harap Abgreds sudi menjengah untuk menyetujui nama masukannya. Kalau tidak berkenan, sila maklumi saya semula.

Salam persahabatn dari saya.😀

Assalaamu’alaikum Abgreds…

hahahaha…. maaf ya Abgreds, saya sungguhnya ketawa membaca tulisan pengalaman yang sangat bermakna ini. Sejujurnya saya tidak mahu ketawa, tetapi ketawa juga. Subhanallah…. Allah mengurniakan jalan payah untuk mendapat wang dengan mudah. Yang terindahnya, keselamatan dijamin dan ternyata kini abagreds sihatkan. Alhamdulillah… rezeki tu halal walau bergelimang dengan najis.

Satu pengalaman yang tidak pernah dialami oleh orang lain. Malah mungkin tidak mampu dikerjakan jika tidak punya kekuatan mental dan fizikal. Benar bang, bagi saya cukup sekali seumur hidup mengalami pengalaman sedemikian.

Sekurang2nya kita tahu apa itu kesusahan dan menghargai khidmat orang lain yang bersusah payah mencari rezeki untuk keluarganya dan terpaksa bertarung dengan aktiviti hala namun menjijikkan bagi sesetengah orang.

Hehehe… saya kagum dengan kesanggupan abgreds dan teman. Boss abang tu sangat bijak menjalankan peranannya sebagi boss. Bijak. Bijak.😀

Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.😀

Wa’alaikumussalam wbt. ibu siti..

berdinihari ibu ke mari, terima kasih atas masa emas ibu itu.
kita tidak tahu takdir yang belum berlaku. kiranya tahu, tentu kita mahu memilih yang kita suka saja. dan tidaklah dinamakan takdir bila begitu sifatnya.
ada pelbagai sisi dan emosi sewaktu peristiwa ini terjadi beberapa waktu dahulu. abgreds termangu juga saat mahu mencari sudut penceritaan yang sesuai. mungkin yang sedikit lelucon ini kiranya boleh.
sekadar mahu berkongsi sedikit sebanyak rencam perjalanan seorang hamba. kesanggupan yang seperti itu bukan sedikit yang merasakan. ia sebahagian kisah kita manusia.

Bukan senang nak cari rezeki..
Gaji lumayan..
Tapi bleh meroyan dok dapat haruman semerbak itu..🙂

teringat slogan pekerja pembersihan… kebersihan amalan mulia. kena tulis slogan tu kat baju jadi motivator..

alamak… kena fikir banyak kali nie… tak da pengalaman dalam bidang nie…

highway zik cantik.. lurus, elok dan turap tar. highway eh, jalan abgreds ni lobang-lobang. lalu loji lalu gaung.. ko baca je zik.. itu pun dah bagus..

Assalaamu`alaikum
lumayan… gaji lima bulan untuk kerja 5 jam! Boss Abgreds tak bagi baju atau peralatan lain untuk menyelam ke? Kalau saya sendiri pun, fikir 2-3 kali sebelum setuju. Bukan apa, saya risau kesan air kumbahan terhadap kesihatan sendiri.

wa’alaikumussalam wbt..MM
peralatan kerja tu ada. tapi tiris jugak la. cuma memang kerja dipantau oleh jabatan kesihatan. kena kuarantin dalam seminggu kat hospital…cari duit halal..macam tu la..

Betul, saya setuju sangat, sekurang-kurangnya hasil duit itu jauh lebih wangi di mata Allah berbanding pekerjaan yang sedang kita lakukan itu. Yang penting niat untuk mencari rezeki yang halal itu ada.

dulu masa zaman U,pernah ada lawatan pergi loji..memang dapat tengok orang dalam tangki..tapi masa tu air kat peha kot..

tengok dengan rasa tentu tak sama. ada orang rezekinya mudah. tak kurang juga yang payah, yang kotor, yang risiko dan lain-lain.. tu point penting dia..

huhuhu hampir-hampir salah baca tadi…. ingatkan rezeki mandi wajib!
Ingat senang ke nak dapat gaji berganda…. Boss dah kira oklah tu nak bagi macam tu. Dapat sabun dan perfume lagi….

hu..abg azam ni.. sense orang dah kahwin.. mandi wajib jer..🙂 . itu kisah kawan abgreds. susah senang dia cari rezeki…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: