Blog Abgreds

Makhluk asing? Begitu?!

Posted on: 20 Oktober 2010

Ini teman yang ku ceritakan kelmarin, Pak Khir. Pemuda berkata dengan lembut.Teman Pemuda itu tunduk berdiam diri.

Bicaralah sesuatu kepadanya Pak Khir. Dia mau bertaubat. Sungguh-sungguh mau. Semalaman dia memujukku menemukan dengan Pak Khir.

Untuk apa? Balas Pak Khir. Mukanya sedikit merah dalam menahan amarah yang mulai membara. Teman Pemuda itu mencuri-curi pandang.

Kamu sudah berbuat maksiat yang besar. Kamu fikir kamu siapa? Gumam Pak Khir. Sa..saya mahu bertaubat pak, getar suara teman Pemuda terdengar.

Kamu ini berani. Pergilah. Lawan hingga nyawa kamu kehabisan, ujar Pak Khir. Sa..saya tahu saya salah, pak. Bantulah saya.., rintih teman Pemuda.

Kamu ini apa? Kamu bukan malaikat. Malaikat tidak berkahwin. Kamu bukan manusia. Manusia itu pemuda berkahwin dengan pemudi…

Bahkan haiwan jantan itu maunya cuma dengan si betina. Kamu in apa?! Pak Khir menghela nafas panjang. Pemuda dan temannya diam kaku membisu.

Bukan juga kayu dan batu batan. Bukan. Bukan. Entahlah. Barangkali kamu bukan dari bumi ya? Kamu ini makhluk asing? Begitu?!!

Mengetap bibirnya yang kering, Pak Khir langsung mengusap-usap dadanya. Sungguh berani kamu melawan Allah. Lupakah siapa kamu? Kalau bukan jadi manusia, kamu ini cuma setitis MANI yang jijik dan tengik, mengerti!!

Hening. Sunyi tanpa suara. Pak Khir beristihgfar perlahan.

Bawalah temanmu ini pulang dahulu. Aku khuatir sabarku lemah menengok dia. Bukan hak aku untuk marah dan benci dia…mohon dijauhkan ya Allah, ucap Pak Khir seterusnya. Pemuda mengangguk tanda memahami.

Ke marilah esok pagi. Kamu bimbing dia mana yang kamu tahu dahulu, ya? Pinta Pak Khir. Baik, pak, balas Pemuda itu.

Assalamualaikum, pak, ucap Pemuda. Wa’alaikumussalam waroh matullah, balas Pak Khir. Matanya mengekori langkah Pemuda, dan temannya yang terjebak pujuk rayu cicitnya kaum Luth.

Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa. Kenapa ini berlaku? Kenapa?

*       *       *

Siapa Pak Khir dan Pemuda ?  Cuba baca di sini :

https://abgreds.wordpress.com/2010/07/29/tuan-sembahyang-tuan-puasa/

13 Respons to "Makhluk asing? Begitu?!"

Assalaamu`alaikum abgreds….
saya setuju kalau Pak Khir mengutuk tindakan kedua-dua lelaki yang jauh terpesong itu, tapi pada saya menjirus air kepada api yang sedang marak bukanlah resolusi kepada permasalahan ini. Saya risau jika menggunakan pendekatan kekerasan pemuda yang rapuh imannya akan merasa terbeban dengan agama. Natijahnya si pemuda bukan sahaja enggan berubah, malahan akan benci dengan agama yang pada pendapat mereka terlalu tegas. Mungkin jarang kedengaran, tapi tidak mustahil ada.

Saya rasa pendekatan cara halus lebih sesuai, macam mana? Mungkin hanya mereka yang pakar dalam bidang motivasi boleh menjawabnya.

wa’alaikumussalam wbt mama murai…
bukan pak Khir menolak untuk menolong teman pemuda itu. tetapi beliau khuathir akan sabar pada dirinya sendiri berhadapan teman pemuda itu.
justeru beliau perlu dahulu menangkis amarah sebelum mencemar niatnya mahu menolong teman pemuda itu.
MM lebih mendekati mesej abgreds sebenarnya, iaitu berfikir di pihak pak khir. sedangkan komen sebelumnya banyak menilai kepada teman pemuda itu.

huh, kalaulah perbuatan itu makhluk asing… ??? tapi ia adalah perbuatan manusia…

tu pasal orang tua Pak Khir susah nak kod tu.. orang tak dak akai tu..

Kirain mahluk asing itu alien atau apa, ini mah cuman sindiran ya?

bener gitu pak guspur, cuma sindiran aja. selamat ke mari ya pak, makasih..

ni Pak Khir yang ok bukan mb bersara tu yek

hehe.. brutal betul nona ni pikir… tentulah bukan.. makasih nona brutal..

apakah makhluk asing itu ya ?

itu bahasa sindiran ummu. dalam cerita ini, Pak Khir ini marah sekali kepada ‘teman pemuda’ yang melakukan dosa curang sesama laki-laki. jadinya diumpamakan ‘makhluk asing’ saja. boleh mengerti ya ummu..

hubungan cinta sesama kaum Adam ke?Memang makhluk asing..hehe

tak sangka rol.. dulu benda macam ni cam jauh no. sekarang ha, merata gak. ini kisah kawan abgreds.. kawan dia yg hanyut tu mintak tolong kat dia.

saya sendiri pun ada kawan macam ni..siap mengaku depan2 saya..cuak gak mula2 tu,takut kena apa2..tapi Allah buka pintu hati dia untuk berubah..sekarang dah normal balik dah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: