Blog Abgreds

Terbang sang helang.

Posted on: 22 Oktober 2010

Apa agaknya hobi anda? Tentu yang anda suka membuatnya dan memberi anda ketenangan dan kegembiraan.

Kadang-kadang suatu hobi itu boleh juga mendatangkan beberapa manfaat sekaligus, kalau kita berupaya memanipulasikannya.

Bagi saya, saya suka melihat langit yang terbentang luas di kawasan yang lapang. Sungguh nikmat. Terutama ketika cuaca cerah.

Menyusul sejurus itu adalah mencari objek…UFO ke (kalau ada!). Tapi, yang biasa tertangkap oleh mata saya ialah sang beburung terutamanya helang. Seekor atau berkumpulan.

Apa yang saya buat? Saya suka mengekori layangan helang nun jauh di angkasa. Tampak sangat kecil dan berbalam-balam.

Tatkala itulah, langsung saya suka menguji sejauh mana sihatnya mata saya. Cara mudah lagi percuma. Cuma perlu senyum…ehh, perlu lihat saja.

Jika ada kawan dan jika sang helang itu juga berkawan, ujian menjadi lebih rancak, lebih meriah dan lebih telus kerana saling bersaksi.

Kami akan saling mencabar, melihat sejauh mana helang itu pergi. Dan sejauh mana ia kami mampu mengekori. Ujian santai yang cukup berkesan sebagai satu senaman mata.

Bolehkah keputusan ujian ini disahkan? Tentu tidak secara data klinikal. Tapi, memadailah untuk saya mengetahui keupayaan mata saya.

Mata anda bagaimana? Masih terang dan jelas? Atau sudah kabur sedikit? Atau sudah menggunakan teropong sakti (kaca mata lah!)?

Mata itu punya hak untuk sihat dan sejahtera. Jangan dera dengan tabiat yang jahat. Umpamanya melihat skrin berjam-jam, kurang rehat dan tidur, atau juga tidur berlebihan.

Apa pun, selagi upaya melihat, jangan sampai lupa nikmat. Cari pandangan yang berkat. Jauhi yang maksiat lagi mudarat.

Abgreds : belajar tentang mata.

p/s : sekarang, anak-anak kecil lagi sudah berkaca mata, kenapa ya?

10 Respons to "Terbang sang helang."

sy suka tgk burung di langit dan lautan.. rasa tenang🙂

tengok sesuatu yang luas, lapang , tenang, hijau dan biru.. mungkin ini terapi universal untuk manusia kot..

jarang nampak burung helang,,tapi suka tengok langit,,biru je pastu tengok sawah padi,,sedap je mata memandang.

hai eiela..
abgreds pun suka tengok sawah. tapi sawah tu sekarang dah jadi dusun dah..

sokong..kadang2 ada nampak budak tadika pakai spek..kesian,kecik2 dah pakai spek

mungkin sebab genetik.. tapi kalau pemantauan aspek kesihatan dan kegiatan harian mungkin boleh dielakkan kot..

nmpknye kalo sye mmg x leh nmpk la helang tanpa spek or contact lens…heheh…
sbb rajen mbace kot jd rabun..hehehe
=P

selamat datang hana. terima kasih sudi drop komen. rabun sebab baca tak pe. tambah ilmu… musti mu jadi budak pandai la ni..

helang saya jarang jumpa bila memandang langit.
tapi burung enggang banyak sekali..mungkin musim penghijrahan burung agaknya.

:: saya rabun silau…huhuhuh

enggang terbang agak rendah. tapi boleh gunapakai jugak.. cuba elakkan silau tu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: