Blog Abgreds

Genius internet?

Posted on: 24 Oktober 2010

Berapakah usia yang sesuai untuk memperkenalkan IT kepada si kecil?

Pertanyaan ini tercetus apabila aku terlihat sekumpulan budak sekolah rendah baru ni. Masing-masing memegang henpon sorang satu.

Bila aku risik-risik, peh..! kalah henpon aku. Dia orang punya ada kamera, ada tv, ada online game, ada internet.. macam-macam ada!

Lepas tu, aku terbaca juga cerita perihal anak-anak, adik-adik atau budak- budak sekolah rendah yang dah pandai berinternet.

Yang lebih hebat, ada juga yang diceritakan itu masih belum bersekolah. Kiranya umur kanak-kanak lagi. Pun dah berjinak-jinak main game.

Agaknya apa motif keluarga dia orang buat macam tu? Mengenalkan subjek internet dalam usia yang begitu muda? Kenapa ya?

Kalau pun memang ada duit, boleh belikan anak-anak henpon yang canggih-manggih, takkan tak boleh tunggu besar kot?

Tak pun belikan dulu henpon yang ‘cap ayam’ punya dulu. Bila anak tu dah besar, dah sekolah menengah, baru beli yang sofistikated tuh, tak boleh ke?

Budak-budak kecik (belum sekolah) tu tak payahlah dihadapkan kat depan komputer dulu. Tak payahlah dibukakan internet kat dia orang.

Entahlah. Aku cuma buat ‘demo’ perasaan aku je. Buruk baik pun, anak-anak korang jugak. Aku ni bukan siapa-siapa.

Okeylah, sapa-sapa yang pandai pasal psiko budak-budak berkaitan internet ni mungkin boleh kongsi panduan kat sini. Aku nak tau jugak.

25 Respons to "Genius internet?"

rumah aku skrng ada internet.
bnyk gak belajar benda baru
dari internet.

wah..tahniah encik ali. bebaik guna internet tu ya…

anak saya mula guna internet sejak umur 3 tahun (cbeebies.co.uk), sekarang dah 8 tahun, celik IT dan boleh tahan result di sekolah. Pada saya tiada masalah pengunaan internet jika betul jalannya.

asal dipantau tak de masalah la. bebudak yg tak dipantau ni…susahla..

bagi aku, tak salah ajar anak-anak guna internet dari kecik…tapi yang penting, kena pantau betul2, kearah mana penggunaan diorang, dan hadkan masa untuk mereka.

famili yang bertanggungjawab memang memantau. tapi ada kalangan famili yang dah tak terpantau pulak. ini isu yang sebenar..

entahlah, tengok anak sedara nak ajak keluar gi jalan-jalan kat tasik pun taknak. Asyik dengan komputer dan internet. Susah gak kalau tak control. Kalau orang dewasa boleh addicted, budak2 apatah lagi.

jadi kita yg dewasa ni sebetulnya yang kena betulkan dulu. anak-anak boleh claim balik apsal tak boleh berinternet lama-lama, sedangkan orang tuanya sama juga.. betulkanlah mana-mana yang patut tu..

Assalaamu`alaikum abgreds..
ini mungkin salah satu contoh yang dapat kita ambil melalui dasar pandang ke timur. Positifnya pendedahan teknologi sedari awal boleh meningkatkan pengetahuan anak-anak kita kepada bidang teknologi tinggi dan memupuk minat mereka agar lebih kreatif. Tapi saya rasa kesan negatif akibat pendedahan awal gajet ini jauh lebih banyak berbanding positif. Masing-masing boleh fikirkan sendiri. Apa pun ia bergantung kepada pengawasan ibu-bapa sebenarnya. Kalau niat penggunaan itu baik, maka baiklah hasilnya.

wa’alaikumussalam MM…
salah satu kaedah mengawal akses internet kepada anak-anak adalah dengan menghadkan jenis gajet yang bersesuaian. tapi apa yang abgreds tengok, gajet mereka ni cukup canggih dan tentu boleh mengakses internet dengan mudah di luar rumah. tentu sukar dikawal jika macam ni..

boleh kalu nak dedah anak pada internet tapi kita sebagai ibubapa kena pantau dan bagitau apa yg boeh dan tak boleh.

sebaiknya begitu. famili ada sekali dengan anak-anak masa berinternet…

jikalau memang orang tua dalam hal ini juga sudah paham tentang internet dan serta manfaatnya, sudah pasti ia akan mengarahkan anak-anaknya, tentu dengan kontrol….

betul tu mas usup. kiranya dibawah pengawasan orang tua, anak-anak ini lebih terjamin dari tersalahguna internet ini. terima kasih atas komentarnya.

Saya rasa boleh saja anak-anak dikenalkan dengan internet, agar tidak ketinggalan teknologi yang makin berkembang sekarang ini.
tapi tetap perlu adanya pengawasan orang tua, jangan dibiarkan mengakses internet sendiri, tetap didampingi dan diberikan pengertian tentang baik buruknya berinternet..🙂

salam sahabat dari Jakarta, Indonesia..🙂

makasih atas kunjungan dan komentar kamu advertiyha..
penglibatan orang tua memang perlu untuk anak-anak. soalnya, jika sudah berjauhan seperti di luar rumah atau disekolahan, siapa pula yang mengawasi mereka? ini bagi mereka yang punya akses mobile internet melalu handfone atau notebook..
apapun makasih sekali lagi yah..

Bro AJ..

terima kasih bertandang ke mari bro. cuma tak pasti memang sengaja atau tidak bro reply komen kepada bunda siti..

itu tak pe aj. bonda siti punya komen memang aku tabik. panjang tapi jujur, dan hidup dengan semangat keibuan yang tersendiri. ala, macam bro jugak..

apapun untuk komen bro aj tu, aku setuju bab kita sendiri sebagai ‘orang tua’ kat depan pc ni. kalau kita pun dah corner, camana nak bagi teladan kat anak-anak?

okey bro aj, terima kasih atas pandangan tu..

wa’alaikumussalam wbt bunda siti..

terima kasih sudi berkomentar di sini. tentu sekali entri ini memperihalkan pembabitan anak-anak dengan teknologi dan internet yang DILUAR KAWALAN ibu bapa.

maaf juga sedikit sebanyak ideanya membias kepada keluarga bunda serta mereka yang serupa dengan keluarga bunda siti ini. jika masih ada aturan dan kawalan yang munasabah serta berpatutan, tentu hasilnya akan jadi lebih baik.

apa yang abgreds khuatirkan adalah kelompok yang tersisih dari pemerhatian. mereka ini cukup bebas lepas berintraksi dengan dunia maya tanpa pedoman sesiapa.

kelompok ini yang bisa tercemar minda fikirnya sehingga terserlah dibalik ulahtingkah mereka di depan khalayak. sungguh bukan pewaris seperti ini yang bisa mewarisi kecemerlangan generasi terdahulu…

Assalaamu’alaikum Abgreds..

hehehe… saya membaca tulisan abgreds ni sambil ketawa. serasa kena sindiran aja ni. Sebab anak saya dah ada handfon sejak usia 10 tahun. handfon second hand mak dan abah dia. Mahal juga tu masa beli dulu tapi dah lama, maka kira murah jugalah kini. Anak2 hanya dihadkan beberapa jumlah wang sahaja yang boleh digunakan untuk panggilan, jika lebih maka kena bayar lanjutannya. Jika melebih had yang ditetapkan beberapa kali, maka handfon ditarik balik.

Tujuannya untuk kemudahan berhubung sesama keluarga dan teman2 mereka bagi perbincangan ilmu. Jika berlaku kecemasan, mereka sudah tahu siapa yang harus dihubungi segera dan tahu menggunakan sms juga.

tentang komputer dan inetrnet, anak saya sudah didedahkan seusia 4 tahun tapi dalam kawalan. iaitu untuk main games yang berbentuk ilmu dan sekali sekali menonton cerita kartun melalui you tube dan berkongsi berita2 smasa. Seronok juga bersama mereka yang selalu riuh rendah dengan ulah dan tingkah.

Anak2 cuma dibenar berinternet dan main game pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari sekolah tidak boleh. Dan diberi giliran selama satu jam seorang sehingga mereka bosan.

Setakat ini tak ada masalah yang timbul kerana dalam kawalan. tujuan mendedahkan anak2 awal dengan kepintaran internet ini adalah untuk memberi ilmu dan membimbing mereka dengan disiplin diri, mewujudkan kerjasama dan bertolak ansur juga dapat merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Corak pandangan saya mungkin berbeza dengan orang lain. Saya melihat dari sudut pandang yang positif dan tidak menafikan pengaruh negatifnya juga ada. selalu mendoakan agar anak2 tidak menyasar dari tujuan baik yang diharapkan kerana mereka selalu diingatkan tentang itu.

Salam mesra dari saya di Sarikei, Sarawak.😀

Salam
Pandangan ini aku suka.
Ah, mungkin bukan semuanya sehaluan dengan yang aku rasa, tapi, paling tidak, ini satu pandangan yang hebat.

Begini saja.
Sebolehnya, beri mereka pendedahan dan pengetahuan. Sebolehnya pantau sedaya kita.
Jangan terlalu negative, dan tentu saja jangan terlalu positive dalam semua hal. Guidance need to be firm and strong.

Apapun, kita sendiri kena ada teladan yang baik.
Andai kita sendiri yang kandas dan gugur dalam mempertahankan diri kita sendiri di depan internet, pasti anak-anak ikut saja bukan?

Hmm

waktu paling sesuai masa Tingkatan 1..pernah aku pergi ke cyber cafe,penuh dengan budak2..ada yg buka FB,main game online..kecik2 lagi dah hanyut dengan dunia maya

sekarang tak payah ergi cc, ada henpon cukup. hanyut budak-budak ni.. yang abgreds tengok tu, dengan tingkahlaku dan dressing pun dan tau dah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: