Blog Abgreds

Haji tumpang…

Posted on: 26 Oktober 2010

Cerita teman abgreds. Dia bahasakan dirinya sebagai kawan. Ikuti kisah beliau…

Dalam satu kursus haji, kawan berjumpa seorang pakcik tua yang agak uzur. Kawan tanya dia buat apa? Dia kata nak kursus haji.

Kawan tanya lagi, baru pertama kali ke pergi haji? Dia kata dah LIMA kali. Ini masuk yang ke enam. Wah… rajinnya pakcik ni. Senang pulak tu..

Anak-anak yang bawa, katanya. Kuota warga emas, sambung pakcik tu lagi. Ikutkan badan dah kurang kuat. Tapi kesian kat anak-anak. Dia orang TAK sanggup tunggu giliran…

Kawan dah termenung dengar kata-kata pakcik tu. Sayangnya pakcik tu pada anak-anak dia. Anak-anaknya pun sayang pada ayah mereka.

Tapi kesian pulak tengok fizikal pakcik tu. Dah tua dan uzur. Masih kuat ke? Atau dikuat-kuatkan? Eh, ke situ pulak kawan fikir. Tak baiknya…

Minta maaf la, pakcik, bisik hati kawan sambil berlalu. Apa yang kawan fikir…? Apa takrif MAMPU pergi haji ni?

Adakah sanggup tunggu giliran termasuk takrif MAMPU yang dimaksudkan?

Adakah dengan menggunakan nama warga emas dikira sebagai USAHA yang dibolehkan?

Maaf ya, kawan tanya jer, tapi tak tau nak jawap…😦

Abgreds : tukang sampaikan.

14 Respons to "Haji tumpang…"

amalan kita tu yg penting.cuba tgk artis.
perangai tetap sama.hehehehe……

artis gak yg kena ye.

amalan kita bertitik tolak dari gaya hidup kita.
kalau artis tu memang susah sikit nak cakap…
kalau duit tu dapat cara halal akan nampak keberkatan dia, kan?

Assalaamu`alaikum abgreds..
“Anak-anak yang bawa, Ikutkan badan dah kurang kuat” ayat ini siapa yang cakap? Kawan abgreds ke atau pakcik itu? Kalau ikut nada ayat ini, sepertinya pakcik itu tak larat sangat nak pergi haji. Entahlah mama pun susah nak cakap pasal nie, rasanya ia berbalik kepada nawaitu pakcik itu sendiri.

wa’alaikumussalam MM…
ayat tu pakcik tu yang cakap. situasi tersebut mendedahkan betapa kroniknya cara fikir kita ummat islam.
nak buat ibadah pun sampai berlaku penganiayaan baik sengaja mahupun tidak…

salam…bagaimana dengan yg seumur hidup mmg xmampu nk buat haji..sempurnakan iman dan islam seseorang tu?

salam ummi…
Allah maha adil. haji itu hak untuk semua orang yang beriman tak kira kaya atau miskin. jika tidak mampu, buatlah amalan yang pahalanya sama seperti pergi menunaikan haji. sila rujuk ustaz untuk lebih lanjut.

yang penting ikhlas…takde shoutmix yer

shoutmixnya ada kat panel tepi tu.. tak tau nak buat dia kat muka depan lo..πŸ™‚

takper …jemputan Allah…mungkin 5 kali…mungkin lebih….mungkin hikmah utk anak2 ….

yup…hikmah yang agak tersembunyi dan perlu keikhlasan yang tinggi untuk mendapatkannya…

hmm.. ade jugak anak2 macam tu ye? kesian ayahnye. tp itulah kasih ayah. sanggup digagahi jua badannya itu. tabik la kat pakcik!πŸ™‚

ia adalah pertembungan antara aturan dengan tuntutan pergi haji. perlu diperhalusi oleh mereka yang terlibat agar niat ibadah tidak terjejas..

hrumm….sy pun tk pasti tntg ini….nampak macam si anak hanya mempergunakan ayah dia saja…πŸ˜‰

jom ke APA KATA HATI pulak,
CHINTA

barangkali isu ini terlebih dewasa untuk umur nabilah. tak apa. satu hari nanti sampai masa untuk nabilah lihat ia secara lebih fokus.. terima kasih drop komen..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: