Blog Abgreds

Archive for November 2010

Kali ni aku bagi tau awal-awal yang entri ni bukan aku yang punya. Aku cilok dari seorang penjaga mata. Korang baca jer mana yang patut ok!

Aku fikir elok sekali sekala test mata aku..dan aku fikir korang pun elok buat benda tu sama. Mata ni kena mata-mata jugak.. jangan bior jer, kan?

Lepas tu kalau ada apa-apa pertanyaan, korang afdalnya tanya kat penjaga mata tu ya, aku ni bukan pakar ..err.. neo…ro…lo…gi…,ok!

Tapi kalau korang nak jugak komen kat sini, korang tulis jer. Nanti aku jawab gaya ..err..neo..ro…lo…gist… celup punya, ok!

—————————————-

Short Neurological Test

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

99999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 99999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 99999999999999999999999699999999999999999999999999999999999 99999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 9999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMMM   MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!

part 2

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.
Only great minds can read this. This is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

 ——————————–

Sumber : http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2010/11/cuba-baca-ni.html

Advertisements

Bab satu – buat layang-layang.

Ambil kertas suratkhabar. Bentangkan. Gunting empat segi sama. Ambil lidi penyapu dua batang dan ikat di kedua belah pangkal. Letak lidi yang dah telah diikat di atas jari. Buat timbangan. Panjang mesti sama. Berat mesti sama. Kalau pakai buluh diraut pun sama. Mesti mau seimbang. Lidi atau buluh untuk tulang layang-layang pun kena buat.

Pergi toreh pokok getah. Tunggu sekejap. Dapat dalam setengah cawan getah dah cukup. Bawa susu getah ke ‘pejabat operasi’. Sapu dua sudut kertas suratkhabar dengan susu getah. Tunggu sekejap. Agak-agak nak kering, ambil lidi/buluh sayap layang-layang. Lentur hingga hujung sudut suratkhabar. Lipat kertas dengan lidi/buluh berada di dalamnya.

Letak tetulang layang-layang. Wokeh! Siap dah badan layang-layang. Sekarang buat ekornya. Gunting memanjang, kira-kira lebar tiga jari (?). sambung satu-satu. Lekatkan pakai susu getah. Agak-agak panjang lapan kaki (?) cukup. Sambung ekor layang-layang ke badan layang-layang. Dah siap!

Bab dua – buat tali layang-layang.

Pergi kedai runcit wak Jaman. Beli tali lembu tiga posen. Dapatlah dalam empat hasta (?). Bawa tali lembu ke ‘pejabat operasi’. Pegang pada satu hujung. Panggil seorang kawan, suruh pegang hujung satu lagi. Pusingkan tali lembu ikut arah lawan ia dipintal. Pusing sampai pintalannya longgar.

Panggil lagi seorang kawan. Suruh dia ambil utas-utas kecil tali lembu tadi. Tarik seutas demi seutas. Utas kecil yang telah ditarik diletak pada pokok cenderai. Panggil lagi seorang kawan. Kerja dia ialah menyambung utas-utas tadi menjadi ‘tali tangsi’.

Panggil lagi seorang kawan. Mulanya dia kena cari empat lima tin susu atau tin sardin. Dah dapat, pergi ke ‘pejabat operasi’. Kerja dia menggulung ‘tali tangsi’ untuk menjadi tali layang-layang. Buat sampai sorang satu dapat satu ‘set’ tali.

Dah siap tali? Pergi ikat pada layang-layang. Mari kita main layang-layang! Eh, alamak hari dah petang. Angin mati. Baliklah. Main esok sajalah. Okey, kawan-kawan, balik dulu. Jumpa esok.

Bab tiga – hujan!

Punyalah excited nak main layang-layang, pagi-pagi buta dah bangun. Basuh muka tak. Kencing tak. Terus tengok layang-layang. Sengih.. dah imagine layang-layang dok melayang liang lintuk membelah angkasa!

“Red !! buat apa tu?!” Suara ‘rimau’ dah mengaum. Hish kakak ni, sibuuukkk aja. “Hah, jangan gatal-gatal nak main. Pegi kencing, lepas tu basuh muka, lepas tu sarapan. Karang ikut kakak pungut getah beku!” alamak, camana nak main layang-layang?

Pukul satu dah. Kejap lagi pukul dua, boleh mula ‘operasi’. Tangan bau getah sekrap (getah beku) lagi. Dah tenyeh pakai limau nipis, bau lagi… ah, bau-baulah, yang penting petang ni mesti main layang-layang. Mesti..mesti….mesti……..z .. zz …. zzz….

 Buka mata saja, terus tengok tingkap. Alamak lagi, hujan pula dah! Duduk. Terkebil-kebil. Gosok-gosok mata. Korek hidung. Toleh kat layang-layang sekejap. Huhu.. air mata dah keluar. Kakak rimau jeling kat aku, “ ha, pergilah main. Pergilaaahhh…” tak apa kau kak. Nanti Red main, jangan harap nak bagi kakak!

Hari ini tak boleh main layang-layang, hujan. Hem…, esok lagi!

Bab empat – cari tempat melayang layang-layang.

Kalau musim konda-kondi ke, atau musim ting-ting, atau musim galah panjang, tak susah nak cari port. Laman rumah banyak. Tapi kalau musim layang-layang, fuh, jenuh beb! Padang sekolah kalau tak booking awal, dah tak dapat masuk.

Bebudak yang rumahnya tepi padang dah congquer. Kadang ajak geng dari kampong sebelah. Padang pun bukan besar. Dua tiga group joint, habis penuh. Hem, cari port lainlah. Melilau biji mata. Tak jumpa. Panggil kawan meeting. Cari tempat nak main layang-layang.

Usin kata kebun wak Asim baru diperun- nak ganti pokok getah dah tua. Apa lagi, serbu! Tiba saja kat sana, dah ada yang parking. Tapi masih ada tempat. He he.. dapat juga tengok layang-layang ni terbang melayang. Seronok sungguh. Sedar-sedar hari dah petang.

Malam. Lepas mandi tadi, tengok layang-layang lagi. Esok nak main baik punya. Tali tangsi dah tambah lagi segulung. Mesti lagi tinggi dia naik nanti. Dan jadi juara!

Esok, pagi-pagi dah sampai kebun wak Asim. Tak ada orang lagi. Main seorang diri. Pukul dua – tidak ada orang lagi. Aik? Mana pergi semua orang? Pukul tiga… Ijam datang. Tak bawa layang-layang pun?

Mana layang-layang kau Ijam? Apalah kau ni Red. Musim layang-layang dah habislah. Dia orang ‘start’ main galah panjang…!

p/s : secebis kenangan era lapan puluhan…

 

Beberapa hari lalu, saya diminta seorang kenalan untuk membantu beliau menguruskan sebuah majlis. Tugas saya senang, jadi PSP katanya.

PSP? Apa benda tu? PS2 tu taulah saya. Er.. setakat tau nama. Tapi tak pernah main benda alah tu.

Pegawai Seranta Program, kata kenalan tersebut. Huh? Sekali lagi dahi saya berkerut. Inilah bahana dah lama tak selak kamus.

Apa benda seranta? Macamana jadi pegawai seranta?

Ah kamu ni, Red. Lebih kurang macam pegawai perhubungan awam. Tukang umum itu ini kepada khalayak. Macam pengacara juga.

Pengacara? Eh, tak maulah. Saya tak pandai cakap-cakap depan orang ni…

Bukan suruh jadi pengacara. Cuma minta kamu buatkan surat-surat siaran ni, ujar kenalan abgreds. Kamu kan ada komputer, ada printer.., sambungnya.

Oh, kalau macam tu, bolehlah, jawab saya. Ini draft dia. Kamu sunting dan gayakan sikit bahasanya. Kamu kan pandai psikolinguistik, ujar beliau lagi.

Dan lagi dahi berkerut, psikolinguistik? Eh, mamat ni pandai pula bahasakan aku, kata hati saya. Apa benda psikolinguistik?, tanya saya pada dia.

Ah, malas aku nak layan kamu, Red. Buat-buat tak tau konon. Macamlah baru semalam kenal kamu. Balas beliau tersengih.

Zaman sekolah dulu, saya suka b a c a kamus. Memang faham jugalah entri yang asing-asing digunapakai. Tapi itu dululah! Dulu…

Sudahnya, terpaksa saya buka kamus online. Semak kembali kosa kata yang digunakan oleh kenalan saya itu.

Nampaknya beliau lebih tahu. Tapi beliau masih merujuk saya macam zaman sekolah dulu…eee..malunya kalau dia tau saya dah blur …hehehe..

Apapun, majlis tersebut telah selamat disempurnakan. Saya dapat juga siapkan tugasan. Tak taulah, memenuhi impian beliau atau tidak.

Tapi masa majlis tu, saya tengok dokumen yang saya siapkan digunapakai. Rasanya okeylah tu.

Lepas majlis, beliau datang mengucapkan terima kasih. Saya sengih saja. Aku dah agak, kamu punya psikolinguistik memang hebat, Red, kata beliau.

Tapi aku tak sangka, boleh juga aku psiko kamu, ya Red?

Aku kena psiko? Psiko apa pula ni?

Er..kau orang dah baca habis? Saya tak psiko kau orang tau…  🙂

Opss…jangan tafsir sembarangan! Baca dulu idea paling pantas abgreds ini…

Ini betul-betul idea spontan. Masa buat lawatan blog sebentar tadi (blogwalking) abgreds terjumpa blog santai ni. Entrinya pendek dan comel.

Ini printscreen dari blog beliau…

Abgreds terus teringin untuk memberi komen, malangnya akses wordpress tidak membenarkan. Melihat ayatnya agak cun, abgreds fikir baik buatkan saja satu entri…   

‘Nak tulis pendek-pendek pun kena pikir panjang-panjang…, ya tak?’

Itulah komen yang mahu abgreds titipkan sebelumnya…

Kepelbagaian latar ilmu, masa, usia, sikap dan sifat penulis blog akan seterusnya mewarnai gaya dan rencam persembahan blog masing-masing.

Ada yang menulis panjang-panjang. Ada yang pendek-pendek. Ada yang bercerita melalui sajak atau cerpen, serta gambar juga.

Semua kaedah itu boleh saja digunapakai kerana ia sama dengan kepelbagaian citarasa dan selera para pembaca di luar sana. Pasti ada peminatnya.

Sebagai kredit kepada pencetus ilham entri ini, abgreds panjangkan sedikit apa yang ingin abgreds komen sepatutnya.

Soal dasarnya adalah berfikir. Sama ada nak tulis panjang atau pendek – kena berfikir dulu. Pastikan mesej yang ingin disampaikan itu jelas dan dapat difahami pembaca.

Kemahiran memahami entri juga pelbagai peringkat. Ada yang faham walau entri atau ayatnya pendek. Ada yang perlukan sedikit penerangan. Ada yang perlukan contoh, rajah, gambar, dan lain-lain.

Begitulah skema normal kita manusia. Jadi, teruskan saja. Abgreds cara abgreds, anda cara anda. Panjang pendek semua boleh! Janji ada ilmu beb

Baiklah, ingat entri pasal pendek ini pendek saja. Rupanya dah panjang juga. Minta maaf ya. Idea spontan ini gayanya memang macam itu. Sebelum dia hilang entah ke mana, baiklah dicatat dulu.

Kepada tuan blog tika leh, http://tikalehpunya.blogspot.com/ terima kasih atas entri pendek anda.

Jadi, abgreds dan anda semua mau ingat ya…

‘Nak tulis pendek-pendek, kena fikir panjang-panjang…,’

‘Nak tulis panjang-panjang, jangan fikir pendek-pendek…’

 

Sesekali terdetik di hati saya, apakah berbaloi pengorbanan ini? Beberapa waktu saya terkorban depan skrin komputer?

Sesekali terasa juga, apakah faedah pengorbanan anda? Beberapa waktu anda terkorban depan komputer juga?

Apakah entri saya ada manfaat untuk para pembaca? Atau mungkin merugikan serta mensia-siakan masa pembaca di sini?

Sememangnya saya cuma manusia biasa. Cukup sedar akan kelemahan dan kekurangan diri.

Dan saya amat sedar, ada ketikanya, saya membuatkan anda kecewa. Tulisan yang biasa. Kisah yang serupa. Entri yang entah apa-apa!

Makanya saya telah membuatkan pengorbanan masa anda berkunjung ke sini adalah sia-sia. Hanya merugikan anda sahaja!

Barangkali pula ada yang berasa tidak faham, keliru, tersalah erti, bahkan mungkin berasa dipermainkan oleh tulisan saya, mana tahu?  

Tiadalah apa yang dapat diperbuat oleh saya. Kita boleh merancang, Allah yang menentukan. Pasti ada hikmahnya.

Di atas kekurangan dan kelemahan itu, saya bermohon maaf kepada anda semua. Sungguh bukan niat saya untuk membuatkan kesia-siaan itu.

Interaksi berblogging sebegini rupanya saling mengertikan erti pengorbanan. Sama-sama berkorban masa menulis dan membaca artikel.

Saya korbankan masa untuk menulis. Anda korbankan masa untuk membaca. Jika ada cacat, cela, kurang, lemah dalam interaksi itu, kita korbankan saja!  

Ambil yang baik, buang yang buruk. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat dari surat-surat tulisan kita ini.

Oh ya, jangan lupa mengulang baca kisah pengorbanan tersohor Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sungguh Allah telah mengangkat darjat mereka berdua…

Untuk semua pembaca blog ini, abgreds ucapkan Selamat hari raya korban…

Dia seorang cikgu pencen. Seorang cikgu zaman skuter. Anaknya juga seorang cikgu. Cucunya juga sedang kursus jadi cikgu.

Ini cerita tentang cikgu. Tentang dia. Katanya, cikgu sekarang tak macam cikgu dulu. Cikgu dulu pangkat dia saja dah orang hormat. Orang tabik dan segan.

Cikgu dulu tak ada saingan. Nak tahu tanya cikgu. Nak pandai tanya cikgu. Nak informasi tanya cikgu. Pendeknya, cikgulah ‘ komputer’ zaman dulu.

Murid dulu tak ada komputer. Internet belum wujud. Semua benda nak rujuk pada cikgu. Semua masalah mengadu pada cikgu.

Cikgu dulu terpaksa belajar banyak perkara. Cikgu dulu jadi cikgu dan jadi ‘murid’ setiap masa. Baca suratkhabar, majalah, buku ilmiah tebal-tebal…

Masalah murid dulu bukan saja tentang pelajaran. Semua adu pada cikgu. Tak ada baju sekolah, tak ada duit makan, kasut dah koyak, rumah abah bocor, mak suruh pergi menoreh…macam-macam…

Dan macam-macam caralah cikgu nak selesaikan masalah muridnya. Dulukan duit sendiri, pergi ziarah rumah, jumpa ketua kampung, jumpa ajk surau…

Nak pergi bukan ada kenderaan. Paling biasa adalah basikal palang. Yang pandai berjimat dapat beli motor skuter. Itulah yang dibawa ke hulu ke hilir.

Dah jumpa ajk surau karang, cerita punya cerita, masuk topik kenduri kendara. Ajk mengadu dana tak ada. Minta cikgu jumpa ketua kampung.

Hajat hati tadi nak minta derma. Langsung diam tidak terkata. Dah kena tolong ajk surau pula. Ni lah pangkat cikgu dulu kala…

Katanya lagi, anaknya juga jadi cikgu. Tapi tak sama dah macam zaman dia dulu. Dah pakai kereta, dah guna komputer. Serba serbi kemudahan ada.

Tapi kepala pusing macam kena migrain. Murid sekarang baiknya kurang. Anaknya jadi cikgu tak tahan. Hari-hari kena masam. Hari-hari kena garang.

Niat nak didik penuh kasih sayang, tapi terpaksa mengherdik, terkadang mencemuh, terkadang macam nak bagi pelempang!

Dia menghela nafas panjang. Katanya, dulu dialah yang memberi perangsang. Agar anaknya juga menjadi guru. Seperti dia suatu waktu dahulu.

Tidak menyangka begini pula, anaknya di zaman cikgu komputer. Dan anak didik anaknya di zaman internet…

Katanya lagi, dia tak tau nasib cucunya. Bakal cikgu di zaman ‘www’. Zaman cikgu di dunia baru- internet dan dunia siber.

Apakah lebih baik dari anaknya? Atau lebih ……….. dari anaknya? Dia tidak pasti. Tak terfikir di benaknya. Dia sudah berusia, katanya…

Cikgu skuter, cikgu komputer, cikgu siber

Bagaimana prinsip perjuangan kalian?

Tetap teguh kukuh?

Alhamdulillah….

“Pak Tua, jarang kami melihat Pak Tua di masjid. Bukankah solat berjemaah itu lebih baik dari bersendiri?” Tanya kami petang itu.

sumber : google

“Itu benar”, kata Pak Tua. “Berjemaah itu lebih baik. Tapi saya yang kurang ilmu”. “Kurang ilmu?” Tanya kami.

“Benar, berjemaah itu banyak ilmunya. Kena tau cara berjemaah. Cara menjadi imam. Cara menjadi makmum…”

“Kemudian, perlu juga tau adab-adab di masjid. Perlu jaga niat ke masjid. Perlu jaga hati agar tidak terpesong..”

“Apa maksud Pak Tua dengan terpesong?” Tanya seorang antara kami. “Oh, itu banyak sekali” ujar Pak Tua.

“Bila ke masjid, kamu akan berada di sana bersama-sama manusia lainnya. Mungkin ada antara yang mereka tidak mengerti atau culas dengan peradaban masjid, lalu mereka sering melakukan kerosakan dan kesalahan..”

“Umpamanya meletak Yassin di lantai semasa bersolat. Mengganggu orang sedang berwirid berzikir. Membaca dengan kuat semasa bersolat atau membaca al-Quran...itu semua tidak benar…”

“Itu belum lagi mereka yang bercerita hal dunia. Bersembang lalu ketawa-ketawa. Itukan masjid? Tempat menyembah dan berserah diri..”

“Jadi saya ini tidak boleh melihat seperti itu. Saya kurang ilmu menahan marah. Selalu cepat merasa marah. Ingin rasanya saya menegur mereka…”

“Tapi saya kena berbalik pada niat saya. Niat dan tujuan saya bukannya begitu. Justeru, saya perlu menimbangcara resolusi yang baik bagi saya.”

“Kalau begitu, kami ini tidak perlu ke masjid? Tanya seorang diantara kami.

“Masya Allah, bukan begitu. Kalian perlu belajar dan bermohon pada Allah Taala jalan yang terbaik bagi kalian”

“Apabila kalian sudah tahu, kalian akan merasa di mana kalian lebih bagus, lebih enak, lebih nikmat dalam beribadah…”

“Mungkin kedudukan kalian lebih berfaedah di masjid. Kalian faham beradap sopan dan lebih khusyuk..dan kalian boleh sabar lalu boleh menegur nasihat orang yang lupa atau bodoh itu… maka sebaiknya kalian di masjid”

“Lalu Pak Tua bagaimana? Tanya lagi seorang.

“Biarlah saya begini. Yang penting hati kalian jangan bersangka-sangka pula. Kalau nampak ada orang tidak ke masjid, tanya dulu kenapa, barulah buat kesimpulan atau tindakan…”

“Solat sendiri ada ilmunya. Solat berjemaah ada ilmunya. Mendirikan masjid ada ilmunya. Mengimarahkan masjid ada ilmunya…”

“Baiklah Pak Tua, terima kasih atas penjelasan. Kami bermohon untuk pulang Pak Tua. Assalamualaikum…”

“Wa’alaikumussalam warohmatullah…”

———————-

Lagi kisah Pak Tua :

https://abgreds.wordpress.com/2010/08/23/selunak-hatinya/

https://abgreds.wordpress.com/2010/07/09/kami-penjaga-anjing/


Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 56,579 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Artikel Terbaik

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my