Blog Abgreds

Bukan pergi untuk ‘pergi’.

Posted on: 1 November 2010

“ 7 maut bas terbalik…”, “ 5 maut kereta terbabas…”

Al-fatihah untuk arwah. Takziah untuk keluarga mereka.

Sudah takdir, sudah tersurat, terima dengan hati yang redha…

Sedih. Noktah. Cukup? Jangan cerita lagi?

Diamlah. Tak mahu cerita pasal kemalangan. Tapi nak cerita pasal MALANGnya LELAKI yang kemalangan sebelum maut.

Siapa tu? Kitalah. Akulah. Dan laki-laki lain yang masih hidup ini.

Sebelum maut, atau kemalangan maut, ada kemalangan suku-suku maut. Iaitu tak mengingati maut. Tak ingat mati. Lupa. Lalai. Leka…

Bukankah nak jalan jauh itu ada adabnya. Ada tertibnya. Ada doa, ada usaha dan tawakkal. Ada sirah Nabi s.a.w untuk dirujuk.

Semasa Nabi s.a.w hendak berhijrah ke Madinah, Baginda telah merancang perjalanan tersebut dengan penuh teliti.

Banyak suri teladan yang boleh diambil dari kisah perjalanan Baginda itu. Itu nabi yang maksum. Kita? Belasah saja. Ambil mudah…

Maafkan kami, ibu-ibu, nenek-nenek. Maaf ya, kakak-kakak, puteri-puteri, dan semua-semualah dari gen bonda Hawa ni.

Laki-laki zaman ini kok begitu. Tak ada kanser, tak ada sakit, tapi cepat pergi.

Kok ramai-ramai mati begitu…eksiden, hisap dadah, merempit, gaduh… aduh!

Aku juga laki-laki. Kadang…, ya… terkilan juga dengan gen sendiri.

Cukuplah. Ambil peringatan. Ambil pengajaran.

Takdir itu lawannya doa, dan usaha.

Buatlah sesuatu untuk keselamatan kita.

Ya? Laki-laki? Dengar ya?

Lihat, di sana ada PEREMPUAN yang mengangguk setuju!

p/s : ustaz pahrol, pinjam gambo.. sejuk tengok gambo ustaz..link ustaz – http://genta-rasa.com/

19 Respons to "Bukan pergi untuk ‘pergi’."

Takziah dan simpati buat keluarga mangsa. Apa yg berlaku harus juga jadi pengajaran dan peringatan buat semua.

encik ismail n…
terima kasih atas komentarnya dan selamat berkenalan dengan blog abgreds.
setiap peristiwa ada teladan untuk difikirkan..

angahsayang 2314 : terima kasih atas komentar…
khairol : sama-sama kita ambil peringatan..

Al-Fatihah buat yg telah pergi..takziah kepada keluarga mereka..kita?teruskan hidup dan jangan sesekali lupa pada Allah dan kematian..

alfatihah buat keluarga mangsa.. moga rohnya dicucuri rahmat di sana amin…

4llow uuu jom kita tukar2 link

Mmm…bermkna betol entry ni abgreds… Terharu kerana seorg lelaki sanggup merendahkan diri utk menulis tentang kelemahan kaumnye sendiri…

Utk kaum2 lelaki yg terbaca n3 ni, manfaatkan la sewajarnye…

adialuvluze…huh..nama…
makasih drop komen ya. laki-laki ni memang cam tu. kena cubit kena ketuk baru ingat…tapi kalo yang cubit atau ketuk tu orang pempuan…lagi dia ingat!🙂

abgreds…orang lelaki ni,kalau memandu memang laju ker?

ada yang laju ada yang perlahan. tapi biasanya nak mula bawak tu yang laju. maksud abgreds kalau nak drive nak cepat jer. jarang nak cek tayar ke, minyak enjin ke..

orang sekarang suka ringkas dan cepat. nak langkah kaki kiri ke kanan dah tak peduli lagi. orang dulu penuh petua, hembus nafas dari hidung, mana lebih kuat, kiri atau kanan. barulah bermula atur langkah dengan doa. sekarang ramai yang bismillah pun tak sempat nak ucap.

tapi… kena ingat. kalau dah takdir nak mati, mati juga walau kat tempat tidur… cuma usaha kearah keselamatan itu perlu.

tu dia otai sudah mari…dasat jugak abg azam ni. dulu masuk pencak yea bang… petua tu biasa dapat kat tempat silat-silat…

apapun refresh minda kita. mati itu pasti, hidup insyaAllah..

tu la kan…inilah dinamakan malang tak berbau…kadang2 kita dah cukup berhati2, tp disebabkan kelalaian org lain, kite yg jadi mangsa…erk??kita??oh tidak..

terima kasih drop komen kat sini intan..
ala.. taula intan dok kem sana… tak nak jadi kita pun tak pe doh.. 🙂 ..memang entri ni nak cubit ‘tinger’ laki-laki ni… hem.. biasa dia..

Takziah..
Al-fatihah..

P/s:Tak terbayang kesedihan keluarga mangsa korban..

itulah… orang lain tak betul, kita pulak dapat ‘nama’ huhu…

yang pergi terus pegi… yang hidup teruskan perjuangan….

betul la zik.. cuma tentu ada lainnya. tentu kena adjust dan selaras kat mana-mana…

sob2.kes bas tu, orang kampung ni..tapi mangsa2 tu takde plak yang kenal. al-fatihah.

ya. takdir semua dah ditentukan. doa je yang boleh tentukan baik dan buruk.

selamat datang ke blog abgreds, donha…

agak orang kampung ko ye… takziah juga untuk ko..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: