Blog Abgreds

Sekolah pondok ‘online’?

Posted on: 4 November 2010

Ada seorang pencari ilmu sedang berkelana. Dia jahil erti berguru yang sebenar, lalu menjadikan laman-laman web islamik sebagai gurunya.

Nah, apa fikiran kalian? Gawat? Tapi rasanya sudah terjadi. Lalu apa yang bakal terjadi? Bagaimana harus mendepani krisis ilmu seperti ini?

Salahkah para bijak pandai, para ilmuan, ustaz-ustaz dan ustazah membuat laman blog untuk berdakwah? Perlukah syiar Islam mengecualikan internet sebagai medium penyebaran?

Kiranya jawapannya tidak salah. Maka soal penerimaan pengunjung pula tentu satu hal yang besar persoalannya. Betapa tidak? Tahukah kita siapa yang mengunjungi laman tersebut?

Adakah dia sudah belajar dan ada ilmu sedikit sebanyak? Atau seorang yang bodoh dan masih diperingkat asas pemahaman Islamnya?

Dan lagi, sejauh mana pemahaman para tetamu itu terhadap perkara yang dibaca di laman web tersebut? Makin fahamkah dia? Atau makin keliru?

Apa yang anda simpulkan dengan persoalan-persoalan yang saya tanyakan tadi?

Baiklah, anda renung dan anda fikir sejenak. Sememangnya setiap anda ada pendapat sendiri.

Bagi saya, ini sisi hodoh dan jelek mesin internet ini. Yang tidak dapat tidak turut terpikul di pundak kita sewaktu kita mengkagumi keanehan dan kecanggihan dunia maya yang fana ini.

Disamping mungkin memudahkan usaha menyebarluaskan seruan Islam, tetapi risiko untuk menambah keliru dan haru biru beragama juga tinggi.

Jadi, kesimpulan kasar- yang baik akan bertambah, yang keliru ikut bertambah. Hanya angka dan ulahtingkah menjadi pemisah.

Kepada mereka yang berada diperingkat anak-anak, peringkat remaja serta para pencari ilmu agama peringkat permulaan, carilah guru (manusia) yang sebenar guru. Bukan berguru dari mesin ciptaan manusia ini.

Ini perkara yang AMAT MUSTAHAK.

Carilah ilmu dengan cara berguru. Carilah guru dengan cara berilmu!

15 Respons to "Sekolah pondok ‘online’?"

Tak salah mencari penyelesaian masalah di internet. Kalau blog mengajar suatu hal umpamanya berkaitan akidah, kita masih boleh berkomunikasi dengan admin untuk mendapat penjelasan.

Namun merujuk kepada guru yang hidup atau guru yang bertauliah adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan dari kita terima apa saja yang kita baca tu bulat-bulat dan akhirnya membawa kesesatan.

tak salah mncari dalam internet tapi si pencari haruslah pula merujuk kepada yg lebih arif..mncari ilmu agama sgt dituntut tdk kira apa jua caranya tapi sebaik2 nya guru yg ada didepan mata…

hai alexa yussida…

sebab itu ayat akhir entri ini perlu diperhatikan. ilmu ada pada guru. tapi untuk mempastikan guru itu guru yang benar dan hak- kenalah ada ilmu tentang guru pula.
semua panduan sudah ada. tinggal lagi kita mahu mempraktikkan atau tinggalkan..

Salam..

Memang benarlah, manusia seharusnya belajar dengan guru yang ‘hidup’. Bisa belajar dari hati ke hati. Namun bukan tidak bisa belajar dengan guru yang ‘kaku’ yakni bahan media yang ada kini, sekadar penambahan ilmu yang sudah ada, dan apabila terbit sebarang kemuskilan, kembalilah kepada yang seharusnya..

Wallahu a’lam

salam saudara merahs..

terima kasih berkunjung ke blog ini dan menulis komen.
guru (manusia) mengajar bukan saja dari tutur kata saja, bahkan dari pandangan mata, pandangan jiwa, matahati, bahasa tubuh, bahasa rohani dan sebagainya lagi yang tidak termampu dilakukan oleh mesin.
itulah point utama entri ini.

Assalamualaikum abgreds,

maCy antara individu yang gemar membaca terutamanya buku dan juga di alam maya ini. diakui bahawa setiap ilmu memerlukan gurunya yang sebenar bagi mengelakkan salah faham yang mampu membawa bahana kepada diri kita sendiri nanti. tetapi rasanya tidak salah jika ramai yang mahu belajar melalui alam maya, lebih baik daripada mereka yang tidak mahu langsung mengambi tahu..

cuma, memang benarlah adakalanya belajar tanpa guru boleh mengakibatkan sesat, begitu juga belajar dengan guru yang salah. moga dijauhkan..

wa’alaikumussalam wbt maCy..

abgreds kira membaca di internet tak salah pun. cuma kena bezakan isi kandungan dan ilmu yang diperolehi. jika hal tentang kehidupan dan keduniaan tak ada masalah.

tapi hal yang berkaitan akidah dan kepercayaan misalnya, eloklah merujuk mereka yang lebih arif. belajar secara formal dan berguru dalam ertikata yang sebenar.

entri ini terhasil setelah abgreds sendiri terjumpa blog-blog yang bersifat demikian. ini cukup mengelirukan bagi mereka yang kurang berpengetahuan serta melulu percaya apa yang dibaca…

Assalaamu’alaikum Abgreds…

Berguru ke padang datar dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar bagaikan bunga kembang tak jadi.

Untuk mencari ilmu dan memahami ilmu tersebut haruslah berguru dengan manusia. Jika tidak syaitan akan jadi perantaraannya yang selalu membisik ke hati manusia untuk selalu keliru.

Saluran media apapun tidak menjadi kesalahan sebagai media dakwah dalam menyebarkan Islam. Cuma kita tidak dapat memastikan apakah kandungan yang disampaikan itu benar atau salah kerana terdapat penulis yang tidak kita kenali dan tidak tahu kesahihan latar belakangnya.

Ini sangat bahaya bagi mereka yang mencari kebenaran dan peningkatan ilmu agama. Jika salah mencari guru online untuk dirujuk, pasti kesesatan ilmu akan banyak berlaku dan keserongan akidah semakin bertambah. Sebaiknya cari guru sebenar guru untuk kepastian ilmu yang barakah.

Semoga Allah meredhai sesiapa sahaja yang menyebarkan ilmunya di dunia maya dengan niat yang baik untuk merubah olah tingkah manusia dan menjauhi kita dari menyesatkan orang lain. Amiin.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak.

Wa’alaikumussalam wbt puan Siti…

laman web islamik yang lengkap dengan biodata dan latar belakang penulis tentu tidak termasuk laman yang dicurigai. blog ini sendiri ada membuat pautan ke laman-laman tersebut.

tetapi ada lagi laman-laman web yang konon berunsur islam dan dakwah, tetapi tidak diketahui penulis asalnya. pengisiannya itu seolah-olah benar dan selari seperti ilmu yang hak juga.

dengan status penulis yang demikian, tentulah pelbagai kesangsian akan timbul. masalahnya, sukar untuk menghalang berlakunya perkara ini. dan lebih sukar untuk menghalang ia dari kunjungan khalayak pembaca.

saya cuma mencuba untuk memberi sedikit penjelasan serta pesanan agar anak-anak, adik-adik dan sesiapa jua agar lebih waspada.

untuk ilmu agama yang hak, tuntutlah secara berguru dahulu. pengetahuan dari internet juga seharusnya dirujuk kembali kepada guru.

terima kasih atas komen puan Siti yang selalunya merupakan pandangan yang baik dan menyeluruh.

kalau melibatkan soal agama,adalah lebih baik berguru dengan org yg nyata,bukan di alam maya..malah tak semua benda bukan berkait dengan agama yg di google tu betul..

kita sendiri ni pun harus hati-hati Rol.. ada laman islamik yang mengupas ilmu yang ‘tinggi’, yang ‘dalam’, dan yang ‘khusus’ yang rasanya tidak sesuai untuk bacaan umum.
pengajian seperti itu layaknya cuma berguru secara berdepan, bukan melalui perantara. aku sendiri kalau baca pun rasa keliru, budak- budak apatah lagi. tapi nak bendung macamana?
ni salah satu faktor kebejatan nilai agama dan kemanusiaan kontemporari.. aku harap kita semua berdoa dan berusaha agar tidak termasuk golongan mereka yang keliru..

betul tu.. kena cari guru.. x boleh hanya baca2 sahaja..

tanpa guru yang hak, gurunya adalah setan…minta dijauhkan..

hakikat belajar perlu berguru dengan guru yg betul

berilah pengertian kepada mereka yang keliru…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,876 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: