Blog Abgreds

Anak minta maaf, pakcik.

Posted on: 7 November 2010

Pagi hari, selepas beli sarapan. Seorang pakcik dan makcik sedang mencari tempat meletakkan motor mereka.

Pakcik : Maaf NAK, tumpang tanya, kat sini boleh letak motor tak?

Aku : Boleh pakcik. Taruk jer.

Pakcik : Tapi ni tempat kereta, NAK?

Aku : Boleh pakcik. Pagi-pagi tak ada kereta nak parking.

Pakcik : Ish… nanti kalau ada kereta nak masuk macamana?

Aku : Boleh pakcik. Taruk jer lah. ( ‘ter’tinggi pulak suara aku)!

Sambil kepalanya diputar, pakcik tu tanya lagi,

Pakcik : Eh, betul ke boleh taruk sini?

Aku : …..??

Tak ada jawapan sebab aku dah beredar dah. Teruk? Sememangnya. Sampai rumah sesal tak sudah. Entah kenapa hari tu tak ada mood pulak.

Pakcik, aku sebenarnya terkilan tak dapat tolong pakcik hari tu. Tapi aku ingat, sampai sekarang aku ingat, karakter pakcik tu. Tabik tuan! Ini antaranya :

Kasih sayang – aku yakin makcik di belakang tu adalah isterinya. Terpancar imej isteri penyayang dan taat akan suaminya.

Sihat wal-afiat – muka tak makan usia. Badan nampak sihat. Naik kapcai berdua steady jer. Pagi-pagi dah keluar ronda-ronda.  

Budi bahasa – yang ini sudah lama tidak aku dengar. Rasanya last orang panggil aku ‘anak’ kira-kira 25 tahun lalu. Memang masa tu masih kecil pun.

Patuh undang-undanghelmet ketat. Side mirror kiri kanan. Motor bersih, bunyi pun ‘sihat’. Nak parking pun cari tempat yang betul.

Tanya pada yang tau – tak tau buat cara tak tau. Tanyalah pada orang yang tau. Sebab tu pakcik tu tanya aku.

Cantikkan budi pekerti pakcik tu? Tapi yang malangnya pakcik tu...jumpa dengan aku huhu…

Memang pakcik tu jujur lagi cerdas akalnya. Dia tau apa yang dia tanya tu BETUL. Dan apa yang aku jawab tu SALAH!.

(mungkin pakcik tu fikir mana boleh parking motor kat petak kereta –  walaupun diluar waktu kuatkuasa, agak akulah).  

Ha, siapa yang kena? Toiiing!…batang hidung aku yang kena…

p/s : dahlah susah nak jumpa orang serupa pakcik tu, bila terjumpa, aku pulak yang terbuat salah, aduh! Maafkan aku, pakcik!

41 Respons to "Anak minta maaf, pakcik."

best la awak, tu la kadang2 manusia, bila dah berlaku baru ade rase sesal tp takpe janji belajar dari kesilapan,

walau teroknye sy, adab dgn orang tua, kena jage!

makasih duyya bagi komen..
susah juga nak sesuaikan diri dengan cara hidup semasa yang makin lama makin beza dengan didikan yang kita terima dulu. sesekali jumpa yang sama, tak terperasan sebab tu boleh silap..

sian pakcik tu…tp memang btull skrang ni dah jarang nak dgr org panggil ‘anak’ shows that pakcik tu jiwanya penuh kasih sayang

terima kasih atas komennya noreed..
kadang kita tak perasan kita sedang diuji. lalu gagal dalam ujian tersebut. satu momen penuh pengajaran bagi seorang abgreds..

susah nak jupe orang tua macam tu…orang tua sekarang tau2 jer die betol…hurm…yang salah pun kata betol….

betullah omu…
tu yang buat abgreds ingat peristiwa tu sampai sekarang…

aku suka pos ni

hai elmaranji…
makasih komennya..

cpt cari pakcik tue semula mana tau rupanya pakcik tue bau2 bacang kite ke malu nnt..hehehe..

saje nyibok

wah awak lalink7, yang baik cepat-cepat awak ngaku sedara ye… tengok jap… lalink-pakcik, pakcik lalink… cam tak joint je..🙂

hahahhaah..memang xjoin..ktorg bkn dalam satu team yang sma…hehehe

dimaapkan:mrgreen:

hai edda..
wah, edda jadi wakilnya pakcik ya maafin gue..🙂

lumrahnya manusia begitu. yang penting tak mengulangi kesilapan🙂

baik cik alhena!
makasih banget bagi nasi..nasi..nasihat!🙂

salam singgah… terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

pakcik itu memang berbahasa dalam menegur anak muda. Jarang sekali anak muda yang menggunakan pendekatan yang sama dalam menegur. tapi tahniah bro kerana tersedar diatas hikmah yang digunakan oleh pakcik itu…😉

selamat singgah kawie2020..

itulah point entri ni sebenarnya. terharu dan lantas teringat dulu kat kampung semua orang tua panggil budak-budak ‘anak’…
sesekali memang patut kena ketuk kepala aku ni.. jangan pakai tukul besi dah le..🙂

Kalau lah tahu, kenapa pakcik tu masih tanya boleh tak letak motor disitu:mrgreen:

selamat siang cerita dewasa…

di situ ada beberapa motor yang parking. pagi hari memang tiada kuatkuasa letak motor di parkir kereta.

cuma pakcik tu yang khuatir mahu parkir motornya di situ.

hehe.. toinggg!! bik ko ngeee

hehe…memang kena ambik kak maiyah… kasi penyet sikit idung ni..kunun nak idung mancung ngeh ngeh..

salam singgah dan kenal tuan blog..kesian pakcik tu..jgn buat lagi ye🙂

salam untuk anne juga..

terima kasih atas komen dan nasihat tuh..

memang susah jumpa orang camtu…dan memang malang pakcik tu jumpa abgreds..haha..atau mungkin agak malang dia jumpa abgreds masa tu, kalau dia jumpa masa mood baik takde la malang…hehe

tak sangka ada yang sudi panggil aku anak, jadi terkejut jugakla kiranya.
tapi aku respek betul pakcik tu. sebab tu dia berdua nampak sihat ceria, ramai yg suka dengan depa le tu..

Salam kenal, Saye Dendy from Indonesia. Terima kasih dah singgah kat blog saye…. Link awak dah saye simpan kat blogroll saye. Awak sile check… Sorry bahase melayu tak bagus.

sahabatdendy updated. Check it!

salam kenal untuk kamu sobat maya dendy…

tak perlu khuatir tentang bahasa melayu. yang dendy tulis itu okey. bisa difahami kami di sini.

moga terus bersilaturahmi dan berbagi pendapat ya..

blue suka postingan ini
salam hangat

selamat datang blue.
terima kasih berkomentar di sini.
salam kenal juga dari saya.

Tak mengapalah dah lepaskan,memang rasa menyesal lepas tu…saya ada juga kes lebih kurang sama macam kes ni…lepas tu saya more alert kalau orang tanya lepas🙂

tu rasanya generasi lama type kampung. di kampung2 dulu, anak sapa-sapa pun dipanggil anak. budak2 pulak dah anggap orang tua tu orang tua dia orang juga. best sungguh gaya hidup macam tu kan?

hehe..apa boleh buat..bukan setiap hari mood kita ok kan..yg penting kita membantu sekadar termampu

yang tak best mood tu tak de time moment cantik gitu.. em.. kenangan bad mood aku..

huhu. sabor jela.. yang tua dihormati yang muda disayangi..🙂

tu la mimi.. sabor tu dikira masa terjadinya eksiden. dah lepas tu dah tak kira lagi.. tu yg datang sesal tuh..

Memang jarang dengar orang tua
panggil kita ‘anak’..
Panggilan yg agak murni..🙂

P/s: Sila menyesal dan bertekad tidak berulang sekali lagi🙂

orang tua yg panggil…terasa kita cam anak dia pulak, syahdu. lagi-lagi tengok air muka bersih je…

Setuju sangat dengan apa yang Cikgu Nurin catatkan. Itu sebab orang tua-tua dulu kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

entri ini salah satu contoh bagaimana diri abgreds ini. peristiwa yang selalu kita ingat itulah sebahagian sifat dan sikap kita seharian..

citer abgreds ke ni?..hmmm kdgkala,kita seolah di luar kawalan bila melakukan sesuatu,bila dah berlalu,baru rasa menyesal tak sudah…saya pun biasa gak…

kabare cikgu nurin..
semua entri di blog abgreds ni berdasarkan kisah sebenar abgreds.
ada juga beberapa entri berdasarkan kisah orang lain dipersekitaran abgreds.
buat entri kisah benar ni tak susah mana kerana kita cerita benda yang sebenar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Sinopsis blog abgreds

Blog abgreds ingin melihat makna
pada aksara dan kosa kata dari sudut sedikit berbeda, buat menambah variasi
pemahaman semua.
Selamat membaca!

K O T A K — S H O U T M I X

Statistik blog

  • 53,899 - sejak 19 Jun 2010

Salam sejahtera

Blog ini adalah blog peribadi abgreds. Semua artikel adalah nukilan abgreds untuk tatapan bersama.

Artikel abgreds merupakan rangkuman pengalaman dan kisah perjalanan hidup abgreds.

Abgreds harap artikel-artikel di sini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda.

Anda dialu-alukan untuk memberikan idea, pandangan, nasihat, kritikan, dan sebagainya.

Sila tinggalkan jejak anda di ruang komentar atau shoutbox.

Terima kasih atas ziarah anda!

Salinan semula

Abgreds membenarkan kandungan artikel di blog ini diterbitkan semula dengan syarat disertakan kredit / pautan ke blog ini.

Sebarang pertanyaan boleh di e-mailkan ke abgreds melalui alamat : takterra@gmail.com

Sila ambil perhatian, kandungan blog ini adalah diawasi.....

...

Protected by Copyscape Duplicate Content Checker

Negara pengunjung

free counters
Online Users
bighandesign
My Ping in TotalPing.com

BlogMalaysia.com

Blogged.my
%d bloggers like this: